24 February 2011

HIJAB : List Evolusi HIJAB 2011

Assalamualaikum ....Tadi dok jenguk-jenguk facebook kawan-kawan bayu, mulalah syiok dan masyuk tengok amoi-amoi nih melaram. Memang cantik sunggguh lah... Dan yang paling best tu, Sangat-sangatlah sesuai dengan koleksi wardrobe bayu nih.Bayu suke benor beli baju, tapi, bila nak pakai mix and match, selalu..Kiookkkk...


So, Bayu nak mudahkan kerja-kerja cari dan gali senarai blog,web,facebook dan ape-ape sahaja media yang bersangkut paut dengan HIJAB.  Di samping kita dapat belajar pakai HIJAB dengan betul, (sempena kempen Wear It Right,WIR) saya nak kongsi sikit sekadar mana yang saya mampu.




#1  Aishah Amin : ( I love her style the best)

The album in Facebook called The Hijab Diaries's Photos - Looks You Might Like. Go and see her Pictures Facebook in here.


#2  Hana Tajima

  
She is the latest celebrity in the HIJAB world..Yeah, most probably not really suitable for me.  She is 23 years old, a japanese-British born stylish and owned a fashion line called Mysaa.

Go and look at her blog here. Its beautiful and has fresh ideas on wearing HIJAB and yet, so far i think the modest among others. I mean really modest. Yup, she may use models tht are not at all covering the Aurat, but, she herself  do a great Job. Although she embraced Islam since 5 years back, she still keep her style and try to keep up to live in the western world without any 'stares' from others. 

Wanna read her interview? Look here.
I want to highlight  her posts about her stay in Malaysia, at the tea party  with fellow sisters like,






Daripada blog-blog kat atas, ada yang bayu berkenan, ada yang bayu tak berkenan sangat. Nak bersederhana lah kalau boleh. Nak melaram sakan-sakan nih, macam tak kena aje dengan jiwa raga dan fulus  BAyu..Huhu. So, Pandai-pandailah mika nak memilih mana yang baik pada diri sendiri. BAyu bukan ape, biarlah apa jua yang kita buat tu ikhlas dan datangnya dari hati. Kalau bab Hana Tajima tu, saya faham sangatlah kekangan Muslims di sana yang memang sentiasa hidup dalam kegelisahan disebabkan HIJAB yang mereka pakai. Janganlah pula, kita  orang Malaysia ini yang hidup ada kebebasan untuk pakai apa jua yang kita nak, ikut cara kita terikut-ikut dengan cara Barat. Mereka ni halus sungguh dalam bab tipu daya supaya kita dapat terima cara mereka.Jangan sampai Orang Islam di Malaysia jadi macam rakyat kat Singapore,  di suruh pemimpin untuk " tidak berpegang KUAT dengan ajaran Islam sepenuhnya". Waduh, krisis ini ! 

Jadi, sebelum saya melabuhkan tirai malam ini..saya nak tolong Sisters kat luar sana untuk berkempen Wear It Right, WIR HiJAB.... 

Menutup aurat secara sempurna. It's not easy. It's a process.
But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically.
 For those who are wearing the hijab, let's do it right!





Renung-renungkan di mana iman dan cara hidup anda berpijak.Memanglah Nabi menyuruh kita untuk bersederhana, tapi kalau dalam bab-bab agama, bukan boleh main-main. Masuklah Islam secara kaffah,iaitu secara keseluruhan, bukan cuit-cuit,bukan cubit-cubit,bukan gemgam-genggam,bukan sampai ke pangkal lengan...bukan itu... Jangan hanya Islam bila nak kahwin, dan MATI sahaja. Nauzubillah...Minta dijauhkan... Firman Allah :

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (TQS al-Baqarah [2]: 208-209).






p/s : Gali semula baju-baju lama yang dah tak pakai berapa kurun lamanya. Jahit ,longgarkan dan labuhkan lagi dan lagi. Untuk persiapan musim panas di India.. (*v*)

13 February 2011

Ayah...saya sayang AYAH !!!

Hari ini,

13 februari 2011,

genaplah umur ayah 50 tahun...





Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". 

[Maryam, 19:33]










kepada Ayahanda Khairuddin Bin Maskom

Yang banyak berjasa kepadaku
sentiasa ada dikala bayu daku memerlukan..

Seperti tika suka dan duka...
Duka? belum lagik...Sebab anak ayah sorang nih pemalu orangnya..

Apelah, dah besar panjang pun takkan nak nangis-nagis depan mak bapak kan?
nanti dikata ayah gembeng dan cengeng pula....(gembeng in Jawa = kuat nangis )


Kalau nangis kena marah adalah...itupun, masa zaman kanak-kanak tak degil macam batu,
Tak reti bahasa tak dengar cakap orang tua...naekkan darah ayah aje..For that ayah, i'm sooo  sorrrriii....


Tapi,

Sekarang anak ayah dah besar panjang...
kawan-kawan sebaya semua dah pergi belajar jauh-jauh...
termasuk lah anak dia..kena pi hantar ngn JPA belajar ilmu perubatan kat India...
nun jauh beribu batu dari rumah...

Kalau dulu, ayah selalu hantar pergi balik sekolah-rumah atau STFJB-Segamat....
Sekarang, tak boleh lagik lah...
Anak dia kena belajar naek bus sendirik pergi sekolah(sape suruh dok jauh2, ngade2 tknk dok hostel!!!)
Mula-mula, ralit lah sikit...
Sebab selalu sebelum gi sekolah, salam tangan ayah...dari belakang tempat duduk van ayah...
Van? Sebab anak ayah ramai benor...6 orang..Gedeh-gedeh semuanya sekarang...(gedeh = besar)
Anak ayah rindu moments macam tue...
kalau dulu, ayah make sure anak dia gi sekolah dengan hantar dia pergi balik pejabat-sekolah-rumah...
Sekarang, anak dia buat semua tue sendirik..takda orang yang nk jerit dari dapur..suruh cepat...

Sekarang anak ayah suke benor terponteng kelas

Setiap kali ada majlis-majlis atau hari yang penting,
Ayah memang tak lekang dengan kamera fevret dia..
Dulu, masa kecik-kecik siap ada video kamera besar gabak macam wartawan tv3..
Tapi, bila dah pindah rumah kayu yang baru, video tape lapuk tu dh kena makan anai-anai pula..
Sayang betul....
Kalau tak mesti dapat tengok perangai akak masa kecik-kecik kan?
Mesti nakal dan hyperactive..I bet i'm super BeCok !!! Suke ngusik budak-budak kecik sampai nangis...
Mentang-mentang lah anak ayah ni BEsAr sket dari budak2 lain..Suke benor buli orang....

Tu dulu ler...

Sekarang, bak orang tua-tua kata bila datang bertandang untuk raya...

"Eh, dah besar panjang dah puteri Encik Din nih..Dah anak dara dah"...
(cuba baca dengan slang JAWa,sebab tulah ayat famous dikalangan sedara kat kampung...)

Haha, akak dah kena jalan,cakap,berperangai sopan-sopan..
sudah kena pandai masak,jaga rumah,jaga adek-adek,...
sudah kena pakai baju macam anak dara lah...
Bukan hanya pergi bandar dengan track suit dan t shirt ulang pakai seminggu tiga kali....(baju fevret okeh!)
All thanks to ayah...not to forget my Ibu too...
Sebab ajar tue semua..dengan penuh keSABARAN dan penuh KASIH SAYANG...
Sampai anak dia nih lepas belajar merantau ke negara orang..
Dengan ilmu tu semua anak ayah dan ibu dapat survive di kalangan masyarakat yang berbagai ragam...
Anak ayah belajar SABAR dan jadi SERBA BOLEH macam Ayah...

Hah, SERBA BOLEH?
Yup, ayah pandai bertukang, baiki perkakas, buat perabot sendrik,buat pondok mainan( bukan pondok kodiatau skema yerk,pondok gempak punyerrr...), suke berkebun tanam pokok-pokok ala-ala bonsai tu,(bonsai tu dengar citer dari ibu lagi tua dari akak,betul ke?)...buat sendirik bilik air dan ubah suai sendrik bilik-bilik kat rumah dengan keringat ayah sendrik...Itu skills ayah yang memang anak-anak dia kagum dengan  kebolehan dia...Sampaikan kitorang suke benor maen-maen gergaji,mesin-mesin tu semua as toys kitorang maser kecik2....Mase ibu mengandungkan si Maryam ngan MAryana pun ayah jaga kitorang dengan baik..Pulak tu, Maryam lahir masa ujung-ujung puasa...Terkejut besarlah akak dan adek-adek.. Ghupanya ayah pandai jugak masak dan menjahit baju raya anak-anak dia...Ayah siap buat kebaya biru corak kuning lagi untuk akak... Tulah kebaya pertama akak pernah pakai...Tu pun dah hilang entah kemana...

Akak janji untuk belajar menjahit macam ayah n ibu  bila dah free nanti

My last wave to them. Gambar diambil dari dalam pesawat MAS..kowt... Sayang korunk semua!!! I love u ALL!!!

Okayh, sempena hari lahir ayah..akak nak ucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya ayah...
Syabbas mere papaji!!!!! ( in Hindi = tahniah ayah !) Sebab dapat menyumbangkan tenaga dalam operasi banjir kat Segamat tempoh hari...Dan untuk segala inspirasi dan ilmu dan nasihat yang ayah bagi selama ini...
InsyaAllah, anak ayah akan pulang sebagai doktor kebanggaan keluarga. Nantikan kepulangan akak ye...
Ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkan makan minum,ilmu ayah beri...



Hingga di lain kali...

~~anakmu~~

p/s : Rindu nak salam ayah!!!







10 February 2011

Vlogger Gempak : we eat nasi




S.E.N.G.A.L

Ya, itulah yang perkara yang best kat mamat vlogger sorang nih..

Instead, tulis blog , mamat yang pekat sungguh cakap utara buat youtube...

Mamat nih jugak memang sangat berbakat tiru slang-slang negeri laen...

Dengan kata lain,

Mamat nih memang SENGAL..

Lucu...

Sempoi...

Video clear dan soundtrack gempak-gempak...

Pandai budak nih buat video...

Vlogger paling best!!!

*tabik*


p/s : mane tau giliran bayu pulak yang buat video...Nanti...Kita tunggu yerk!!!!


01 February 2011

Segamat Banjir 2011


Okeyh, kalau baru-baru nih kita di gemparkan dengan banyak cerita. Antaranya, banjir di Johor dan negeri-negeri di pantai timur. Mari kita lihat, apa lah yang jadik kat tempat tinggal bayu nih. Kawasan dalam gambar ni memang amatlah dekat dengan rumah. Tapi, disebabkan kami duduk kat kuarters kerajaan yang letaknya kat tempat bukit,jadi family dan harta benda keluarga saya memanglah selalu selamat dari banjir dan kehilangan harta benda. Dengar cerita, air sungai naik cepat giler. Sudahlah bandar Segamat ni, memang letaknya dekat dengan Sungai. Nama Segamat ni pun diambil bersempena dengan air sungai Segamat nih. Dulu-dulu, orang-orang besar dan pahlawan selalu singgah dekat bantang sungai nih. Bila diminum air nih, mereka dapati bahawa air sungai ni segar amat !!!. Maka, jadiklah nama Segamat. Gambar dan video nih, bayu amek dari youtube sape ntah, dan dr facebook sipolan. NI semua gambar-gambar terkini dari 31 Jan 2011. Silalah tengok yerk.....


rosak dah jambatan ketapi nih....
Nilah bandarnya. Macam Muar jgak. Tapi, kami takdak status bandaraya lagik.


Video youtube nie saya ciplak jer dari orang 

Video kat kanan nie menunjukkan pemandanagan banjir di jalan sekitar Segamat Utama.'Hot spot' Segamat yang terbaru. Habehlah kedai Secret recipi yang baru nak naek tue. Pasal tue lah banyak kedai lingkup bila bukak kat Segamat nie. Kalau ade rase nak bukak francais kat Segamat, silalah timbang tara sewajarnya untuk meletakkan kawasan tapak perniagaan anda. Maklumlah, banjir dan bencana alam tidak termasuk dalam polisi insurans...Kalau banjir besar macam nie, sape yang rugi??? Ente jgak kan yang rugi?

Video kat kiri ni pulak dekat jer ngan sugai Segamat. Pemandangan dari jambatan kedua yang baru dibina dua tiga empat taun yang lepas.(aku pun tk sure bile).So, gerun kan? Kalau hari-hari biasa tebing tue nmpak tinggi jer...Bila dah banjir besar gini, tinggi tebing pon tak nampak. Makin lame, makin luas lah sungai Segamat nih. Seb bek, lepas banjir besar 2006 kat Segamat, JPS dah buat penahan tebing daripada konkrit. Harap-harap lepas banjir nanti tak pecah dan retak ler gamoknya.Mase tuh, air naik siap atas jambatan lagi. Naik sampai tenggelam jalan kat Segamat Lama tu. Totally bocked!!! Mase tue, TV3 ade kuarkan berita pasal banjir terbesar dalam 100 tahun ni. Kat klip yang bpe lme minit ntah, kelihatan orang ramai meyerbu pasaraya Genuang kat tepi sungai tue. Malu...malu...aku sebagai warga Segamat. Sudahlah jatuh ditimpa tangga. Dah le kawan tue, rete dia rosak dek air, engko gi curik pulak rete yang masih elok.. Ada ubi ada batas beb!!! Goverment tengah misikin nih. Ya Tuhan, selamatkanlah kami dan keluarga kami di Segamat...Aminn...
Jalan pon dh kena block..Caner nak gi jalan-jalan ???
Air sungai pun dah cecah jambatan.Gambar terkini tak dapt lagik.Dengar citer, air dah naek sampai atas jambatan.

Siannya...Rumah sapelahhhh nie...

Korang..cintailah sungai kita. Penat tau ayah saya jaga sungai nih. Nak bagi generasi kita air bersih.. Korang nampak kan logo hijau biru kat tepi "Cintailah Sungai Kita". tulah Jabatan Pengairan dan Saliran aka JPS.Takler femes cam JKR tue. Tapi, penting lah jugak. Tika banjir cam nilah, ayah bayu 'on-call' thaww!!! dah tu, air cepat giler naik. Pintu air nak kena jaga.Takut pecah!!!  Eh..FYI, SMART tunnel yang jugak among  top 5 Engineering Wonders of the World under kelolaan JPS la tue !!! Kalau JKR terkenal dengan sistem jalanraya bak  litar perlumbaan , JPS pulak femes ngan SMArt tunnel lah!

Awas..jangan main air. Nanti domam ekau seminggu. Pas nie, tunggu lah nyamuk-nyamuk mesti happy dapat beranak banyak-banyak kan??? Pastu, engkorang sukerlah nak maen air kotor tue...yang dah bercampur air kumbahan...JiJik..Tapi, biler dah syioookk mesti tak hengat dah kan mende-mende tu semua???

Nie jambatan keretapi. Orang ramai nak balik selatan pun dah tak boleh.Pengankutan awam dah dihentikan buat smentara waktu. Jalan tutup, jambatan tutup. Bus kena bwak dek air. Pak cik teksi takut kete rosak. Motosikalnye enjin masuk air. Abeh nak jalan guna ape? Plane? haish...Sgamat nih ada satu je lapangan terbang kecik kat golf club tue. Tak seswaii nak angkut korang-korang...Laenlah, kalau korang VVIP...

RIbut petir kat Bandar segamat pada waktu malam...


Ramai jugak orang kuar untuk mengundi kat  mukim Tenang . Itu hak rakyat. Masing-masing kena tunaikan. Tak kesahlah hujan ke hape ke, janji tanggungjawab harus di tunaikan. Ada orang kata, pilihanraya kecil ni,nampak gayanya lebih ramai orang yang datang untuk mengundi berbanding pilihanraya umum seperti selalu tu. Dapat duet ke bang? Entahlah. Dengar jugak cerita nanti kalau sokong kerajaan, bantuan RM300 tu sudah pasti dapat. Kalau nak sokong PAS, orang-orang kampung yang rata-ratanya kerja kat ladang dan kerja kecil-kecilan tak dapatlah bantuan tu nanti. Kalau dah terdesak, apa pun boleh. Alhamdulillah, En Azhar  dari BN menang. Kepada Cikgu Mala dari PAS, cuba lagi pada pilihanraya umum nanti. InsyaAllah, pemimpin yang jujur,adil, dan amanah pasti disokong rakyat. Kita lihat dulu cane kerja orang BN nie. Lepas tu, nak kutuk ke , nak gulingkan ke, terpulang pada hak individu. Mane satu pemimpin yang kita nak ikut. Wallahualam....

Sekian sahaja, entri untuk citer banjir-banjir nih.


    FAKTA : Jumlah mangsa terkini dari Johor adalah sebnyak 39,659orang dengan sebanyak 211 pusat banjir di buka di seluruh Johor.Setakat ini hanya ada dua kematian dua orang wanita. Seorang berbangsa Melayu dari Segamat dan seorang lagi berbangsa Cina dari Kulai Jaya. Segamat sahaja sudah mencatatkan mangsa seramai   17,986 di 80  berada di pusat banjir seluruh daerah Segamat.          


Baru aje timbang tara nak balik Malaysia ke tak. Bile dah ambil view kawan-kawan dan gambar-gambar banjir, rase macam tak jadik balik lah. (-___-) lahhhh...