25 October 2013

Alhamdulillah,Astaghfirullah,Innalillah,Allahuakbar!

Alhamdulillahhh...

Astaghfirullah....

Innalillah...

AllahuAkhbar!!!



Alhamdulillah,
Sessionals telah berakhir buat terakhir kali,
Tapi,
Aku masih ada baki Final Universiti Exam December nanti.
Semoga aku kekal istiqamah dalam menuntut ilmu.

Astaghfirullah,
Mungkin kali ni aku tak usaha dengan sebaik-baiknya,
Tak sehebat aku yang 13 tahun itu,
Tak sekental aku yang 17 tahun itu,
Takkan pula belajar hanya untuk mendapatkan sekeping kertas?
Takkan pula aku belajar hanya untuk mendapatkan biasiswa?
Takkan pula aku belajar sebab nak keluar negara?
Takkan pula aku belajar sebab nak tunaikan harapan ibu ayah dan guru?
Takkan pula belajar sebab nak gah semata?
Aku belajar kerana apa sebenarnya?
Bukan apa, tapi belajar untuk SIAPA sebenarnya?

Astaghfirullah,
Aku kena betulkan niat belajar,
Bukan untuk diri aku senang di dunia,
Bukan untuk ibu , ayah dan keluarga,
Bukan untuk dapat respek sesiapa,
Bukan untuk penuhi masa terluang di dunia..
Tapi,
Aku belajar KERANA ALLAH.
Aku belajar UNTUK ALLAH.

Allah beri aku bakat,ilmu, dan peluang.
Allah beri aku kejayaan,kesihatan,dan kecantikan,
Allah juga tarik itu semua dalam masa yang singkat,
Sebab,
Allah nak aku bangun semula,
Allah percaya pada kebolehanku.
Allah nak ajar aku sifat SABAR.
Allah nak didik aku rasa berdikari.
Allah nak didik rasa rendah diri.
Allah nak aku sentiasa pandang ke atas,
Allah nak aku RAPAT semula denganNya.
Sebab,
Allah sayangkan aku.


Innalillah.
Mati itu sungguh dekat.
Semalam, genaplah umur ibu kesayanganku itu 56 tahun.
Makin bertambah usia,
Makin bertambah dekat ajalku dan ibuku di dunia,
Makin suntuk masa untuk kami bersama.
Allah berilah kami umur yang bermanfaat buat kami.

Innalillah.
Mati itu sungguh dekat.
Semalam, ada rakan junior telah koma,
Baru 3 bulan menjejakkan kaki di India,
Baru 3 bulan lepas ibu bapa nya melambai-lambai di airport KLIA,
Baru seminggu lepas dia sihat lalu jatuh demam dan jatuh sakit,
Walaupun dia bukanlah seagama dan sebangsa denganku,
Tapi,
Kami warga Malaysia disini amat sedih,
Kerana dia sudah pun kritikal dan hidup bergantung pada mesin,
Kerana dia masih muda,
Kerana dia sebelumnya sihat,
Kerana dia sebelumnya lincah,
But,
Doktors here declared that he is already brain dead.
But, we all know, miracles can still happen,
We all do and we hoped that it will come true,
For the sake of the parents who didn't have the chance to see their beloved son,
The proud n joy of their family,
People say, parents shouldn't bury their own child.
I certainly hope that his parents won't.
Pray for him for the sake of humanity.
Pray to Allah that he will woke up and meet his parents,
Before moving on...
But then,
The beholder of that life is Allah a'zzawajalla.
To HIM we should pray,
Together we pray to Allah.


Innalillah,
Sesungguhnya dari Allah kita datang,
Sesungguhnya kepada Allah kita kembali.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Puan Rozita,
Yang telah meninggal dalam kejadian rompakan bank,
Yang penjenayahnya adalah orang dalam sendiri,
Yang kita kata duri dalam daging,
Yang kita kata gunting dalam lipatan,
Yang kita kata Harapkan pagar,pagar makan padi.

Zalim sungguh manusia itu,
Sudahlah mencuri amanah orang awam,
Di bunuh pula penjaga amanah itu,
Bertuhankan syaitan dan nafsu,
Menyembah harta dan duit-duitan,
Menempah neraka jahanam,
Mengundang Murka Tuhan.
Nauzubillah.


Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar.
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Hanya kepadaMua kami sembah,
Tiada taraan bagiMu,
Selain Mu Ya Allah,
Tuhan sekalian makhluk,
Tuhan semesta alam.


p/s: harini paper surgery saya hampessss!  K. Bai.

13 October 2013

Nota Usrah : Kauthar


Assalamualaikum w.b.t.
alhamdulillah hari ni usrah tukar angin. Usrah dengan adek-adek pulak. So, jadi tetamu istimewa. Dah solat dan dah makan. Maka kami bertujuh pun memulakan usrah hari ni.

The muslimats are Me, Munirah, Nazihah, Suhailah, Ashkurina(Murabbi),Syamimi,Nabilah.


Update aktiviti diri.

Tadabbur ayat 25:45-53

Hadith 8 dan peribahasa.
Malu bertanya sesat jalan. Banyak bertanya sesat jalan.
Al Mukminun :5


Hadith 10
Makanan yang halal lagi baik,supaya doa kita diterima.
Al-Baqarah :172

Sumber yang baik.
Cara yang baik.
Hasil yang baik.
Melazimkan bertanya tentang sumber.

Sum'ah: memperdengarkan bacaan/suara
riya'
ujub
Allah itu baik, x menerima kecuali yang baik.


Surah Al Fatir:10

Amalan yang baik.( harta,

Saad bin Waqas bertanya kepada Rasulullah ttg bagaimana supaya diterima doanya.

Faktor-faktor doa diterima oleh Allah.

Makanan yang baik.

Hadith Abu Hurairah tiga golongan diterima doanya tanpa syak lagi. (Orang dizalimi, musafir, doa ibu bapa untuk anaknya)

Hadith Allah itu malu apabila hambaNya mengangkat tangannya meminta sesuatu dan Dia tidak menunaikan permintaan hambaNya.


Faktor doa-doa yang jadi penghalang.
Tahu Allah ada,tapi tak tunaikan haknya.
Mengaku Umat Nabi, tapi tak amalkan sunnah.
Makanan dan nikmat diterima, tapi tak syukur.
Quran dibaca tapi tak amalkan.
Syurga itu wujud
Neraka ada tapi tak jauhinya.
Syaitan itu musuh, tapi ikut pulak.
Mati tapi tak ambil ibrah.
Keaiban org diceritakan tapi tak tutup aib sendiri.
Orang mati tapi tak ambil pengajarannya.

Amalan yang baik yang diterima oleh Allah.
(amalan,harta, perkataan dan iktikad)

Sirah oleh Nana

Sumber-sumber sejarah Rasulullah.
Quran
Sunnah
Hadith
Kitab oleh Muhammad al Ishak,Abu Muhammad Adbul Malik(Ibnu Hisham).

Tazkirah oleh Mimi

9Zulhijjah.

Hari Arafah.Haji berpuasa, Wukuf Umrah, Takbir, Tahmid, Tasmid dan bertaubat, memperbanyakkan amal soleh kerana akan digandakan pada hari tersebut.

Solat jemaah.

Berkorban..(Tahan potong kuku dan rambut)


Diampunkan dosa di antara dua umrah.

Khutbah.

Solat sunat hari raya.

Ketaatan kepada Allah.

10Zulhijjah.

Esok sambung....

02 October 2013

Ini Sejarah Kita

MC: Akhawat Ela Yenepoya11
Muajih: Akhawat Aini AB Shetty09
Tempat: Hotel Saffron


Ini Sejarah Kita (Part 1)
Theme: A reminiscence of the past, a plan for the future

Image


Definisi kita? 
  • Kita = Muslim, Melayu, Malaysian,student, anak,hamba Allah etc
  • Hanya pada nama. Islam sebagai kata nama sahaja. Patut jadi i kecik untuk islam. So, kena AMALKAN islam. 
Image

Hadis Logam..
Manusia itu ibarat logam,baiknya semasa jahiliyah, maka baiklah semasa Islam.sekiranya dia faham dan sesiapa Allah mengkehendakkan kebaikan bagi dirinya, maka Allah berinya kefahaman dalam agama(deen).

Image


APA 'LOGAM' SAYA? 
  • Pandai masak?
  • Buat Video?
  • Melukis?
  • Menyanyi?
  • Mesra?


Faham agama vs tahu agama
  • Surah Al A'raf 7:179 
  • Surah Al An'am 6: 125 
  • Surah Al Mukminun 23: 115 


Whats the purpose of life?
  • Mukminun 23: 115 
  • Beza saya sayang awk, dgn saya tak sayang org lain, melainkan awak sorg je.
  • Abid- 51:56-58 
  • Khalifah-2:30 
  • Analogi :kandang dan lasso. 
  • Analogi :Telur ayam (Putih itu dunia. Kuning itu akhirat = matlamat hidup) 


Image



Sains tulen dan sains social
  • Kepentingan tahu banyak bidang
  • Analogi : Pak tam yg bercita2 ke laut dalam untuk dapat hidup dalam rumah besar bersama keluarga vs Pak teh yang hanya berpuas hati dengan bot kecil dan hidup di pondok kecil bersama keluarga.  
  • Pengajaran: Umat Islam perlu bercita-cita tinggi supaya mencapai tahap Ustaziyatul Alam= tempat rujukan dunia


INI SEJARAH KITA( PART2)

Image


Image


Image


Image


Image


Image


Image


Image


Image


Image


Image



P/s : Pergi daurah decide last minit. Alhamdulillah, Allah pilih saya untuk asah balik history of muslim di waktu Golden Ages. Alhamdulillah, nikmat dapat bergaul dan bermesra dengan orang yang terpilih ni. Ada menyanyi, ada aerobik di waktu pagi, tempat tidur yang superawesome dan makan pun best. Yang paling masyuk, satu sen pun tak tah bayar....HAahah...Nampak sangat kedekutttttt. Aih, takdelah, rezeki jangan ditolak , bala jangan di cari. Sabtu dan Ahad minggu lepas sudah terisi dengan aktiviti berfaedah.

Alhamdulillah dapat update blog untuk buat sharing daurah( usrah gabungan)hari ni.

Alhamdulillah juga sebab hari dapat lunch free daripada akhawat rumah Al-Kauthar. 

Kenapa?, Hari ni cuti sempena Mahatma Ghandi. 

Alhamdulillah, nak berblog ni kena istiqamah.Kalau tak update cepat2, jadi basi dan takde rasa nak buat sharing... 

Tapi, buku banyak lagi tak terbaca. Owh ye, exam terakhir untuk internal assesment bakal tiba hujung bulan ini. 

18 days and counting.........

Image