Kenapa aku berblog? BerFacebook? Twitter,Tumblr,Instagram,Youtube,Whatsapp,Weechat dan lain-lain medium yang jarang aku guna. Kenapa ye?
Bukan ke budak ni belaja medik? Bukan ke sibuk?
Ye, saya mengaku guna mende-mende ni semua, sampai ada satu masa lalai lagi leka. Lagha berterusan tak risau solat lewat, kerja bertangguh, anti-sosial dan banyak lah lagi mende negatif dek banyak sangat maen kat alam maya ni WALAUPUN tujuannya konon-konon murni nak up to date dengan keadaan semasa/kawan-kawan/hiburan terkini lagi sensasi dan banyak lah alat-alat godaan syaitan.
Kepada diri, tolonglah sedar, kalau kau hidup 100 tahun, tahun ni dah masuk suku abad sebelum kau mati meninggalkan pentas dunia. Keberjayaan sesebuah umat itu letaknya pada betapa manfaatnya masa lapang yang digunakan oleh pemuda-pemudi masa depan ummah itu. 25 tahun aku hidup, apa sumbangan yang dah kau berikan pada ummah? Apakah impak kau pada keluarga dan masyarakat? Tak usah lah bincang pasal ummah atau agamamu. Walhal kau selalu leka dan lalai dalam alam mimpi tidurmu.
Ummah perlukan kamu! Perlukan sumbangan dan impak daripada kamu.
Pertemuan pertama dengan saya selalunya memberi impak bahawa saya ini orang pandai berbicara dan mesra orangnya. Jarang sekali orang berpendapat bahawa dia ini orang yang amat merendah diri dan barangkali selalu merendah-rendahkan dirinya sendiri. Dia pandai bicara tapi selalu berhati-hati kerna takut akan akibat perkataan-perkataan yang keluar daripada rongga mulutnya dapat menghiris hati-hati atau menjatuhkan maruah atau menjadi sesalan yang buat dia takut andai dia lupa pada janji diri. Kamu semua tidak tahu, yang aku takut untuk menggunakan anugerah suara ini sesuka hatiku. Kerna aku dulu sudah terlihat bagaimana seksanya mereka-mereka yang tidak punya suara untuk memaki,mencaci,menipu, atau meluah rasa benci. Aku janji pada diri, hanya marah untuk memberi manfaat, hanya menipu kaki penipu dan mengendahkan perkara yang dibenci daripada memaki. Diam adalah lebih baik dalam soal begini. Suara ini harus aku guna untuk suatu yang lebih baik dan bermanfaat. Aada kalanya aku teringin sekali bermegah dengan alunan suaraku, tetapi aku pendamkan saja hasratku walaupun bila menyendiri.
Jika di alam maya ini aku tidak aktif berbicara meluah rasa atau bertegur sapa, maafkan aku jika ini kau anggap kesombongan diri ku. Maafkan aku , jika kau ingat teguranmu membuatmu menunggu balasan yang lama daripadaku. Bukan apa, aku selalu teragak-agak untuk kau rapat padaku. Jika kau rapat padaku, akan terserlahlah keburukan dan kelemahanku dan aku lihat betapa bersinarnya kebaikan dan kekuatanmu. Aku selalu rasa rendah diri. Jadi, melalu ini semua aku harap walau kau tak dapat mendengar bicaraku, kau mengerti kenapa aku begitu.
Aku berblog, aku berFacebook, berTumblr dan berYoutube supaya kau dapat lihat daripada kacamataku dan supaya kau dapat faham isi hatiku menerusi penulisanku. Buat aku latih diri berfikir sebelum meluah rasa dan buah fikiranku.
Aku harap ada yang mengerti.