Diantara makhluk dan pencipta, tentunya kita sebagai makhluk terfikir-fikir mengenai kejadian alam semesta Penciptaan alam ini secara umum telah dijelaskan dalam Al-Quran.Tetapi, pembuktian ayat-ayat suci ini hanya dapat di temui berdasarkan kajian saintifik oleh para saintis hanya pada abad milenia ini.
Tahukah anda bahawa alam semesta termasuklah alam ghaib ini dicipta dalam masa 6 hari ? Sesungguhnya terdapat bukti saintifik yang menyatakan bahawa alam semesta diciptakan bermula dari asap( Dukkhan).
Sungguh,Tuhanmu (adalah) Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas Arasy.Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat.(Dia ciptakan)matahari,bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintahNya.Ingatlah!Segala penciptaandan urusan menjadi hak-Nya.Mahasuci Allah,Tuhan seluruh alam. [Surah Al-A`raf 7:54]
Yang menciptakan langit dan Bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa,kemudian Dia bersemayam di atas Arsy,(Dialah) Ynag Maha Pengasih,maka tanyakanlah (tentang Allah)kepada orang yang lebih mengetahui(Muhammad).[ Al-Furqan 25:59]
dan dalam [surah Fussilat 41: 11-12]
Kemudian, Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap,lalu Dia berfirman kepadanyadan kepada bumi,"Datanglah kamu berdua menurut perintahku dengan patuh atau terpaksa".Lalu keduanya menjawab,"kami datang dengan patuh".
Lalu diciptakanNya tujuh langit dalam dua masa dan pada setiap langit Dia mewahyukan urusan masing-masing.Kemudian langit yang dekat (dengan bumi),kami hiasi dengan bintang-bintang, dan (Kami ciptakan itu) untuk memelihara. Demekianlah ketentuan (Allah)yang Maha Perkasa,Maha Mengetahui.
Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman, ayat 27 :
‘’Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan lagi tujuh lautan setelah keringnya ia, nescaya tidak akan habis ditulis kalimah (ilmu) Allah. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana’’.
Pernahkah juga anda terfikir, bagaimanakah Bumi ini terbentuk? Bagaimanakah bulan boleh mengelilingi bumi? Bagaimanakah Galaksi itu turut berputar pada paksinya yang tersendiri? Sudah pasti ada satu ‘kuasa’ yang Maha Hebat dan Bijaksana yang mengatur dan mengawal pergerakannya. Kuasa yang mampu mencipta dan memusnahkan. Tidak lain tidak bukan, Dialah ALLAH, Tuhan semesta alam. Raja bagi seluruh langit dan bumi. Subhanallah..namun, tahukah kalian bahawa terdapatnya golongan2 sesat lg menyesatkan yang cuba untuk memesongkan akidah ini dengan menjadikan SAINS sebagai alasan?
Wujudnya golongan ‘MATERIALIST’
Golongan ‘materialist’ adalah ahli falsafah yang wujud pada kurun ke-19 dan menjadikan kisah Greek Kuno sebagai asas ‘akidah’ mereka. Secara Amnya, golongan ini tidak percaya akan kewujudan tuhan (ATHEISM) dan mempunyai DUA rukun ‘agama’ yang sangat tidak relevan dan mengelirukan.
Pegangan2 berikut adalah :
- Alam semesta wujud dalam masa yang tidak terbatas (infinite time) kerana ianya tidak punyai permulaan dan penghujungnya.
- Semua perkara yang berlaku di alam semesta (pergerakan planet, supernova, kejadian dwarf star, red giant , black hole, etc) adalah sesuatu yang berlaku secara rawak dan spontan. Ianya tidak dirancang dan tidak mempunyai sebab2 yg khusus.
Begitulah ‘rukun2 agama’ golongan Materialist ini yang mana sudah terang lagi bersuluh telah menolak kewujudan Allah yang Esa. Namun demikian, pada pnghujung abad ke-19, Teori ini menjadi goyah dan kurang stamina apabila golongan2 yang mempercayai Tuhan mula menyiasat, melakukan eksperimen dan mengumpul data bagi membuktikan bahawa Alam semesta ini dicipta, dan bukan terjadi dengan sendirinya.Hal ini kerana sesuatu teori Sains hamya akan diterima seandainya terdapat BUKTI yg kukuh sahih, dan relevan berdasarkan pengiraan dan eksperimen yang dilakukan.
Pada tahun 1922, ahli fizik Russia, Alexandra Friedman telah pun menemui sesuatu yang menakjubkan. Berdasarkan pegiraan melalui computer yg canggih abad itu, beliau mendapati bahawa alam semesta ini sebenarnya sedang ‘Berkembang’ dengan kadar yg tertentu. Sekaligus menolak pendapat golongan Materialist yg menyatakan alam semesta ini tidak bernyawa, tidak bergerak (static) dan tidak berkembang.
Kajian demi kajian dilakukan. Akhirnya pada tahun 1929, Edwin Hubble berjaya membuktikan bahawa teori alam semesta itu berkembang (expand) adalah benar berdasarkan pemerhatian terhadap perubahan warna bintang yang menunjukkan perubahan jarak antara bintang dari bumi.
Beliau berpendapat bahawa andai masa itu diputar ke belakang, maka alam semesta ini hakikatnya akan mengecut dan mengecil sehingga mencapai satu tahap dimana seluruh alam semesta dan masa dikumpulkan di dalam satu titik yang tidak mempunyai isipadu (zero volume). Titik ini lebih dikenali dengan nama point of singularity. Hasil daripada letupan yang besar yang dilakukan oleh Kuasa yang Maha Hebat inilah yang menyebabkan sepihan2 letupan tersebut disusun dan diatur dengan cantiknya sepertimana yg sedia ada hari ini. Hasil daripada letupan itulah,juga masa terbentuk dengan izinNya. Sekaligus menyangkal tanggapan golongan materialist bahawa masa itu infinite Letupan yang kuat itu lebih dikenali sebagai Big Bang.
Banyak kajian dan eksperimen yang membuktikan berlakunya letupan besar (Big Bang). Antaranya adalah penemuan Cosmic Background Radiation pada tahun 1956 oleh Arno Penzias dan Robert Wilson yakni tenaga yang terbebas hasil daripada letupan. Secara logik, setiap letupan yang blaku akan disertai dengan pembebasan tenaga samada radiasi, haba atau bunyi. Teori ini dibuktikan melalui penemuan sejumlah tenaga radiasi yang terdapat di angkasa yang mana mempunyai kadar yang tetap dan tepat berdasarkan pengiraan matematik. Nah! Sekarang terbuktilah bahawa alam semesta ini terhasil akibat letupan besar (Big Bang) yang telah dilakukan dengan mudah oleh Allah S.W.T. Benarlah bahawa alam semesta ini diciptakan dan bukannya wujud dengan sendirinya. Di dalam Al-Quran turut dijelaskan perihal kejadian alam semesta akibat daripada letupan yang besar, perihal alam ini sedang berkembang dan pelbagai bukti yang menunjukkan kehebatan Allah dalam mencipta alam semesta.

Dalam Surah Al-Anbiya, dengan panjang lebar di jelaskan bahawa setiap makhluk dijadikan dari air dan setiap planet berputar pada paksi dan garisan orbit masing-masing:
30. Dan apakah orang2 kafir tidak mengetahui bahawa di langit dan bumi dahulu keduanya menyatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air. Maka mengapa mereka tidak beriman?

31. Dan telah kami jadikan bumi ini gunung-ganang yang kokoh agar ia (tidak) guncang brsama mereka,dan kami jadikan (pula) di sana jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.
32. Dan kami jadikan langit sebagai atap yang terpelihara,namun mereka tetap berpaling dari tanda-tanda(kebesaran Allah)itu ( matahari,bulan,angin,awan dan lain-lain.)
33. Dan Dialah yang menjadiakan malam dan siang,matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya.
Pembuktian theory alam semesta sentiasa berkembang.
Dan langit kami bangun dengan kekuasaan (kami),dan kami benar-benar meluaskannya.
[Surah Az-zariyat : 47]
Terbuktilah bahawa wahyu Allah yang turun 1400 tahun dahulu merupakan penjelasan
yang benar dan tidak dusta.Al-Quran itu benar dan tiada kepalsuan. Hakikatnya, Sains
pada hari ini telah membuktikan kewujudan tuhan dan membawa kita untuk lebih
mendekatiNya khususnya sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta.
Sedarlah kalian sekalian bahawa agama Islam itu adalah agama yang benar
dan merupakan cara hidup yang terbaik. Beruntunglah bagi mereka
yang mengabdikan diri padaNya.

Pandangan golongan Materialist mengenai Teori Big Bang
Sudah dasar golongan tidak bergama, sudah pasti mereka akan terus dan ingin menegakkan Jarum yang sudah jelas basah dan kuyup. Terdapat 4 teori yang telahpun dikemukakan oleh ‘cendiakawan2’ mereka bagi menolak kesahihan Teori Big Bang dan seterusnya menolak kewujudan Allah yang Esa.
Antara teori2 tersebut adalah :
Antara teori2 tersebut adalah :
- Steady State Hypothesis Theory
- The Oscillating Universe Model Theory
- The Quantum Model of Universe Theory
- The Imaginary Time Theory
Disediakan oleh :
Muhammad Afiq bin Kamaruddin
Di sunting semula oleh Siti Hawa Khairuddin
Sumber Rujukan :
1. Al-Quranul Karim (Tafsir Ibn-Kathir dan Yusuf Ali)
2. Buku The Creation of Universe dan Keindahan Langit
karya Harun Yahya.
3. Buku The Last Three Minutes karya Paul Davies
4.The Quran and Modern Science karya Dr Maurice Bucaille
4.The Quran and Modern Science karya Dr Maurice Bucaille
.