Kenangan di STF sewaktu bulan ramadhan; sahur pakai baju tido pegi dining hall, lepas sahur, pasti round compound sekolah. Berbuka bersama-sama & ada masa ibu datang bg lauk makan dengan kawan2; taraweh bersama2 sampai peluh2. kalau nasib baik, pergi bazaar ramadhan ramai2 naik bas stf. seronoknya!~Ilya Ismail.~
Betul, memandangkan aku dan bekas roommateku tinggal dekat dengan dining hall, kami yang bermastautin di block C Mahsuri(sedey,dah tak pakai nama ni dah) kak maisarah,kak teh, Aqem dan Siti Sarah pergi sahur dengan baju yang selekeh aje. Maklumlah, bukannya ada pelajar laki kan kat sekolah.Haha.
Rindu dengan juadah berbuka puasa dan sahur dan solat tarawikh di sana. Lebih-lebih lagi kalau memang waktu peperiksaan. Memang nampak kesatuan hati pelajar-pelajar ketika tibanya waktu untuk bersolat di Musolla Fatimah Az-Zahra atau MUFAZ.Dulu, kami ada seorang aje ustaz dan seorang guru fizik aka Pak Kamil Deraman yang dahulunya sekolah pondok. Selalunya, ustaz yang waktu tu baru bertugas di STF memang tak tahan betul dengan kerenah kami yang bising dalam surau.Dia nak solat pun tak khusyuk. Entah berape kalilah kena buat ucapan"Senyap!" sebelum mula solat. Aduhai, mulut perempuan memang susah nak tutup agaknya.
Tapi, itulah. Di MUFAZ lah kami membina kekuatan diri ,membina kesatuan hati dengan group discussion mentor-mentee,solat tahajud,solat hajat PMR SPM, baca yasin ramai-ramai,malam kesenian dan kebudayaan Islam di MUFAZ, bersihkan MUFAZ dengan rakan-rakan BADAR sambil dengar lagu nasyid jiwang dan banyak lagi. Kenapa rakan-rakan BADAR?
Dulu, kak Tawil (dalam Arab=tinggi) memang ada pujuk jadi BADAR. Tapi, saya menolak dengan hemah dengan alasan, saya nak buktikan pada diri dan mungkin juga pada semua yang tanpa title 'BADAR' pun ,sesiapa sahaja mampu berdakwah, mampu mengimamkan solat, mampu memberi tazkirah,mampu mengetuai bacaan Yasin,mampu untuk berhujah dalam masalah ibadat atau urusan hati,mampu untuk mengetuai bacaan doa mathurat,doa hajat,doa selamat peperiksaan dan sebagainya. Pada waktu itu juga, saya merasakan tanggungjawab di bahu sudah terlalu banyak. Dengan ketua jawatan itu dan ini. Cukuplah dengan amanah yang sedia ada. Waktu itu, saya takut yang saya tidak mampu untuk aproach rakan-rakan yang agak gila-gila.Dulu, waktu muda-muda. Masih mencari pegangan,masih mencari jati diri, masih mencari kekuatan untuk menghadapi tekanan dan cabaran dari luar.Masih tak berani. Mungkin juga, saya memang tidak selayak rakan-rakan BADAR lain yang sememangnya lemah lembut,sopan santun dan tinggi akhlaknya. Bukan saya tidak begitu, tapi saya rasakan yang mereka punyai kelebihan tersendiri yang membuatkan mereka lebih sesuai untuk memberi komitmen pada BADAR.Saya, komitmen saya sangat banyak waktu itu. Pada sekolah,pada koperasi,pada persatuan dan kelab-kelab. Kalau di ambil juga amanah itu secara official, memang rasa tak tertanggung dengan aktiviti-aktiviti yang bertali arus.
Saya rindu MUFAZ.Rindu sangat-sangat.
Di MUFAZ lah, saya sering melatih diri untuk solat jemaah, solat tahajud dan mengenali Mathurat pendek mahupun panjang di pagi Ahad, melatih diri untuk membaca Al-Quran walaupun satu ayat setiap hari,melatih diri untuk sentiasa solat Dhuha setiap hari pada waktu rehat 10pagi selama 15 minit,melatih diri untuk bangun pukul 5 pagi semata-mata untuk solat Subuh berjemaah dari Form 1 sampai Form 5,mengenali buku-buku Islamik dan penulisan tokoh-tokoh islam Nusantara seperti Hamka. Seringkali ke surau awal pagi dan lewat petang kalau tiada urusan penting semata-mata untuk membaca koleksi artikel Islamik yang berlonggok di ceruk MUFAZ.
Lagi, saya rindu kalau blok-blok A,dan C tiada air...lekas-lekas kami ke surau atau blok akademik untuk mandi. Memang kecoh,dan meriah. Saya rindu waktu tiada air, pergi ke surau dengan dormmate bawa bakul toiletries serkup kepala dengan tuala lari anak-anak pergi surau. Takut nanti orang lain yang dapat. STF letaknya atas bukit.Fuhhh,memang sejuk ler pagi-pagi tu.
Adakalanya, BADAR akan anjurkan malam muhabah diri. Saya teringat waktu Form 3, waktu tu memang batch F4 sangat aktif dengan kelab drama. Mereka-merekalah yang berlakon untuk malam muhasabah diri di MUFAZ.Tutup lampu MUFAZ,ada orang-orang tertentu yang suluh torch light pada pelakon. Ada yang jadi watak baik dan jahat. Ada pula yang jadi setan gondol muka merah dengan lipstik. Malam tu, hati yang masih muda dan suci, sangat tersentuh dengan lakonan mereka. Saya sangat tersentuh hinggakan mengalir airmata. Betapa aku rindu MUFAZ.
Sori, back to track. Kenangan terindah sewaktu bulan puasa di MUFAZ ialah petang bulan puasa. Kami akan berbondong-bondong ke surau untuk menyaksikan Jejak Rasul di TV MUFAZ. Ramai-ramai duduk depan surau. BADAR kat dalam bilik kecik pula sibuk membersihkan itu ini. Kalau tak pun , adalah meeting tergempar tu. Saya memang tak tahu menahu sebabnya kan saya dah cakap,saya bukan BADAR.Bukan BADAR pun ,selalu je dok menyempit dalam bilik tu,selalu je dok pegang microphone announce ini itu. (Suara saya memang tiap-tiap hari lah diowang dengar.Setiap perhimpunan pagi,dalam makan formal,majlis-majlis rasmi,dalam surau mahupun sebelum tidur through speaker dari bilik warden.Siap bergema-gema lagi.Entah,orang kata saya pandai bab-bab ni. Ye la kowt. Alhamdulillah, bakat Allah beri saya gunakan pada jalan yang seelok-eloknya.)
Haha, itu ajelah. Kang panjang sangat pula. Tengok la , ambek dari blog chescorulez0206. Susah nak jumpa jemaah perempuan ramai-ramai macam ni. Sekali lagi, saya rindu nak berpuasa di STF. Huhu.
Di Kolej Teknologi Timur pula, memang lah saya amat rindu. Sebab di sanalah saya mengenal erti usrah,study kat library,ada geng besar, urus duit poket sendiri dan hadir ke kelas yang superdupersejukkkk!!!. Selalu je serap haba daripada Asmarina Mahmood tyme kelas fizik kat LH. Ihihi...Di situ juga saya start pakai socks sebab kaki sejuk beku mulanya,yang lama-lama menjadi kebiasaan hingga sekarang.
Surau dekat KTT takde nama. Lagipun, kalau anda nak tahu, dulu masa setahun tinggal di tangga satu KTT,surau KTT betul-betul bawah apartment saya,Tiqah,Ayu dan Yuni. Jadi, selalunya kami pasang telinga dari balkoni aje lah kalau ada tazkirah from Iman selaku ketua BADAR KTT waktu tu.Haha,ngelat kan? Dulu, surau takde tempat ambil wuduk.Jadinya, ramai student yang akan datang rumah untuk ambil wuduk. Dulu, saya ada beli tv. Makanya, petang-petang sementara nak menunggu berbuka puasa,ramai yang datang tengok tv kat umah saya. Entah, tak ingat citer ape.Tapi, mostly channel 8 drama Cina atau TV9. Tv3 susah nak dapat kat area Kawasan Tanah Terbiar ini. Ihihik-ihik. Mane pergi lah Tv yang aku derma kat budak-budak laki tu.Ah tak kesah ah. Janji jangan macam-macam dengan tv tue.
Di KTT, waktu Ramadhan memang sangat simple dan singkat. Yelah, setahun je kan duduk situ. Tak sempat nak buat apa pun. Macam biasa,sebab sibuk dalam program satu tahun Poland bound tambah repeat AS lagi,memang hamba tak sempat lah nak pegang apa-apa jawatan kat KTT. Even jadi ketua kelas pun tak. Memang tiada tanggungjawab langsung.Tapi, masih lagi aktif beraktiviti bukan akademik seperti English Debate KTT vs UPM students,koir,bola tampar dan berjoging di petang atau pagi hari dari KTT sampai bukit damai yang dirindui.
Suasana malam di KTT. |
Rindu nak gi library. |
Ni lah kawasan rumah-rumah perniagaan yang tidak di huni. Tempat ini juga dikatakan tempat jin bertendang dan anjing-anjing buat 'kaorum'. |
Kalau nak tahu, bukit tu banyak kenangan saya dengan geng-geng Ulat dan budak-budak tangga satu. Kami sering naik bukit tengok kapal terbang terbang tinggi di kejauhan. Kami kan duduk Sepang. Memang nampaklah plane nak mendarat atau berangkat pergi. Dulu, selalu terfikir-fikir bila nampak plane tu waktu senja.
"Boleh ke aku fly nanti?"
"Pass tak cut off point nanti?"
"Bila lah nak fly..."
Kadang-kadang, saya jerit aje atas bukit tu. Lepas tengok kiri kanan,check bawah,tepi, dan atas bukit tengok takde orang. Lepas tu, saya jerit kuat-kuat,
"AKU NAK FLY !!! "
Uihhh... tibe-tibe ada suara garau jerit balik. "Hoi! Buat ape tue !!!" Ahaha, bila tengok-tengok, rupanya pak guard sekolah rendah depan Bukit tu rupanya. Hadoi, ingat kan tidur pakk guard nih. Heheh,senanye banyak kali je buat macam tu.Lagi-lagi, kalau dengan Geng-geng Ulat. Siapa mereka? Sila lihat ini.
Rindu kat bus ini juga. |
Antara kenangan besh kat KTT ialah pergi beli tiket 2 ringgit untuk naik bus pergi bazar Ramadhan kat ceruk Sepang tu.Adeyh, seyesly tak ingat nama tempat tu. Banyak kenangan dengan bus ni. Pernah jugak kena tinggal sebab khusyuk sangat beli-belah kat bazar tu. Punyalah ramai manusia. Dah le tak tahu selok belok tempat tu. Ishk. Tapi, kenangan kena tinggal ramai-ramai kat tepi jalan jadi pengajaran buat kami.
Kalau petang, takdelah tiap-tiap hari kan. Dah jarang yang berjoging atau turun padang main bola tampar,atau bola, atau sebagainya. Kedai makan dah tak bukak siang hari. Bukak petang dan pagi-pagi masa sahur aje. Seronok buka ramai-ramai.Kadang-kadang rumah saya.Kadang-kadang rumah atas. Semua bawak segala macam makanan dari bazar dan kongsi ramai-ramai. Macam-macam menu yang ada. Bazar tu kira international lah!. Ada masakan Johor,Kelantan,Penang dan negeri-negeri lain.
Paling saya rindu, popiah basah. Perggggghhh..sodap mak aihhhh..Spesel tau.Boleh dapat kat situ aje. tempat lain takdak.Orang siap beratur nak beli popiah pakcik tu. Kuah merah yang jadi secret menu dia. Dua: nasi pelbagai macam.Nasi kerabu,nasi lemak,nasi campur,nasi ayam,nasi err...banyak ah! Ketiganya: roti segala macam juga. Keempat: Tau Fu Fah!! fevret dowhh! Kelima: Air segala macam. Keenam: Ikan bakar,ayam bakar,ayam golek dan seangkatan dengannya. Ketujuh: mende yang campur banyak-banyak.Ada sayur rebus, ada fishball fishcake rebus, ada kuah hitam juga. Adoi, ape lah nama mende nih. Ah, korang tahu kan? Tak lupa juga saya rindukan masakan makcik dobi,dan makcik koop KTT. Eceh, baik dengan diowang senanya. Dapat juga merasa masakan Jawa Asli.
p/s: rindu nak puasa di Malaysia. Nak makan murtabak daging juga. Rindu suasana sahur di rumah, kejut adik-adik. Rindu suasana buka puasa dan masak untuk keluarga di Segamat,Pontian dan Kuala Lumpur. Sungguh, aku rindu tanah airku, Malaysia!