14 September 2011

Kampungku : Kampung Parit Sapran,Pontian

Selamat Datang!



Sila masuk ke Parit sapran. Ikut jalannya bukan paritnya....


NI lah kampung di hujung ceruk asia tenggara!!!








gambar ni menarik. Tapi apa ye?

Dari Pontian ke Kuala Lumpur pula.Sila guna lebuhraya Utara Selatan...


Makan durian dan langsat atas titi depan kebun atok...(*V*)




Malek dan duriannya....

Cantik tak saye...amek gambar???

Yummy!!! Durian is not really my fevret but that durian is damn good!!!




Macam lah tak penah jumpe lembu...

Potong Durian yukkk!!!!

Peace no war!

Talk to the hand says Myna.

Maryam dan langsatnya.Segar dari kebun.


08 September 2011

06 September 2011

Raya 2011

Ni lah kisah raya aku tahun ini.




Persiapan raya

Terkocoh-kocoh aku bila tersedar yang sebenarnya tiket untuk terbang ke New Delhi sebenarnya pukul 4.30 petang dan bukannya pukul 11.00 malam. Rupa-rupanya aku tersilap ingat jadual penerbangan domestik dan international.Sepanjang minggu hari tu , aku asyik teringat "pukul 11malam aku akan balik...".Padahal, yang pukul 11 tu sebenarnya itu flight AirAsia.Apedahh aku ni, excited sangat nak beraya, sampai jadual flight pun salah ingat.

First time trying New Bajpe Mangalore airport  (*V*)
Naseb aku sedar awal lah gak. Dalam kol 2.30, aku campak aje baju sehelai, anak penting,laptop,berus gigi,beg makeup(penting tu!),dan sekotak teh untuk minum dalam airport. Punyalah cuak aku masa tu. Check in patotnya sejam sebelum flight.Ini, aku ada masa lagi  Tangan siap terketar-ketar lagi masa nak tepon teksi. Dalam 30 minit macam tu, dah siap packing semua, terus turun bawah naik teksi.Masa tu, dah pukul tiga. Hati rasa nak gelabah gila, tapi, muka rileks aje.Huish..kena kontrol itu muka, bakal doktor kena sentiasa tenang dalam apa jua keadaan sekalipun. Betul tak?Dah pukul 3 lebih kurang gitu, aku bertolak lah dengan teksi. "Anna! Bega anna. Drive bega anna! "itu chuak versi kannada. "Bhaiya, muje flight check in time hogaya ! Muje kia karo! " versi Hindi la pulak. Bhai tu tengok aku muka macam nak terberak aje kat situ, dengan rileks nyer dia kata,"Don't worry madam. I will take you to airport by 3.30 exactly! ". Pendek citer, memang betul sampai airport tepat pada masa. Dia drive pun rileks aje. On the way nak ke airport siap tepon JetKonnect office suruh dia jangan tutup gate. Rupa-rupanya bila sampai aje airport, ada stewardess datang cakap flight to New Delhi is slightly delayed for about 30 minutes. Lahhhh, masa tu barulah teringat camera bawak,chargernyer tak bawak.Kain dalam tak bawak,inner tak bawak,banyak ah mende tak bawak. Yang bestnyer pulak masa nak check in, timbang tu boleh rosak lah pula.Punya lah aku terkumat-kamit baca puhh puhh kat penimbang tu supaya tak hidup-hidup. Sari 13 helai punyalah berat, dengan seluar jeans 7 pasang yang dah tak muat lagi,dengan buku-buku lagi,dengan cenderahati untuk family lagi, berat tu wor.Alhamdulillah, aku fly ke Mumbai tepat pada masanya tanpa aral melintang.


Mumbai
Setibanya di Mumbai, aku terus amek beg dan terus check in untuk ke New Delhi. Tadi kan dah delay 30minit. Jadi, memang terus masuk aje lah untuk ke destinasi seterusnya.Bahayanya connecting flight yang aku perlu ingat ialah, kita kena ambik connecting flight dari syarikat yang sama. Kalau ambik multiple flight yang berbeza syarikat,susah untuk mereka carikan flight seterusnya kalau-kalau berlaku case-case terpencil seperti flight delayed. Sebenarnya, ada tukang angkat beg mintak tips kat aku masa dia 'tolong' angkat beg. Bila dia mintak tips tu, aku  buat-buat tak faham. Haha. Bukan apa, dia tiba-tiba aje angkat beg aku, tak sedar apa pun, terus dia dah bawakkan pergi kaunter ke New Delhi. Dahlah tengah takde cash, lagi lu mau cekik darah gua. Di sini kena sentiasa ingat,kaki penipu memang banyak. Muka manis haktuih, tapi niat 'baik' dia tu ada makna.Hello,i mampu angkat beg i yang berat itu sendiri lah bhai.Well, if you offer me a hand, i would certainly accept it provided that you wont ask anything in return for your deeds.Dengan berjayanya lakonan innocent buat-tak-faham-apa-itu-tips, aku melangkah pergi dengan jayanya ke visitors lounge.

Pun first time di Mumbai.
Hurm, Kak D kata foodcourt Mumbai memang terbaek lah! International food semua ada. Well, maybe half right.Not really international sebab sehebat mana pun masakan kat situ, semua meals mesti dah kena indianised. Dekat sane ada KFC,Domino pizza,CCD,bars,Indian meals,coffee shops,electronic shop,bookshops,  dan  lounge serba mewah. Mewah yang macam mana tu? Well, at least for 1 hour of bath with complementary kits like towels and soaps in a room with a bed costs you around 1000rupees. That`s 70 ringgit per head per hour! Lagi rela aku tak mandi seharian,tido atas bangku keras dan menggigil kesejukan dari buang duit sebegitu.Lainlah kalau aku kerja cop duit.Boleh buat apa saja dengan mewahnya. Di sana, harga makanan seperti Domino dan KFC macam harga biasalah. Yang lain-lain semua mahal. Okeh,bila dah siap makan,check in dan terus duduk diam.Bagos bhai tadi, kasi aku duduk dekat row semua perempuan yang sebaya.No unnecessary ice-breaking moment needed. Aku penat.Aku nak tidor. Sekali, tengah sedap-sedap tido,terbau makanan lah pulak.Selalunye, bukan ada complementary meals dalam domestic flights.Lagipun duduk situ hanya untuk dua jam aje. Bukannya lama sangat sampai aku lapar. Ada satu 'sweet' ni je aku suka. Dia ada susu,bende macam mee suk un,gajus,kismis pastu likat-likat sikit.Aku suka gila mende nih,sampaikan terasa macam nak ambik portion orang lain. Hehe.Mende tu berempah sikit.Pastu ada susu lah pulak.Sesetengah orang memang tak tahan.Kadang-kadang boleh sampai muntah-muntah.Ape-ape pun, it was a pleasant journey.Moreover, it was my first time going to so-called internationally recognized airport.

NewDelhi
The view from sky was spectacular! Kalaulah aku ada DSLR ke,video cam ke,bolehlah jugak aku rakam pemandangan malam di New Delhi. Nak buat macam mana,belum ada rezeki lagi.Sebenarnya,memang sangat sadis lah kisah aku nak beraya tahun ni. Kat sana, kena tunggu hampir 20jam dalam kesejukan. Naseb baiklah suhu malam waktu tu 31 degree celsius. Dari malam sampailah matahari dah tegak atas kepala. Dah siang sampai lah malam. Masa tu, aku keluar aje dari pintu ketibaan,terus duduk dekat situ, bila naik atas untuk ke pintu departure, nampak ramai gila orang tidur atas bangku.Ada yang siap bercamping lagi  atas lantai ramai-ramai.Jadi,dengan hati yang hiba aku pun turunlah semula ke tingkat bawah untuk mencari pot untuk melepak  18jam seterusnya.Bila dah jalan dari hujung ke hujung tingkat tu dengsn sebanyak tiga kali pusingan,tak juga jumpa kerusi dan meja yang dekat dengan sumber elektrik. Yelah, nak buat ape duduk lama-lama.Mestilah nak layan movie yang tak tertengok-tengok selama ni kan? Jalan punya jalan,akhirnya jumpa lah jugak satu station untuk  charge laptop.

First night di Delhi !
Korang tengoklah tu.Kesian aku duduk situ sorang-sorang. Naseb baik ada ambik kertas surat khabar dari Mumbai. Suratkhabar lama tu, aku buat alas punggung. Itupun, masih lagi sejuk. Sudahlah berbaju nipis, terlupa pula nak bawak sweater leather jemur tiga hari tiga malam. Beriya-iya lah aku jemur dalam bilik, bila dah kering lupa pulak nak bawak. Bila ada orang lalu-lalang,diorang buat muka pelik-pelik je kat aku. Aku jeling balik pastu angkat sebelah kening.Rilek la beb. Ni gaya orang terdesak nih. memang gasaklah.Memang dah tak ghupe orang dah. Macam pelarian aje. Bila askar india tinggi-tinggi segak-segak tegap-tegap dengan senapang besar dia lalu lalang,tengok aku semacam aje, aku pun dah cuak-cuak. Pandang orang macam aku nih terrorist pulak. Takkkanlah muka innocent ni nak bawak bom. Nak bawak bunga api pun takot.Inikan pula bahan-bahan mudah meletup. Saya hak negara,tak boleh buat macam-macam lah bhai.Tunggu punya tunggu,dari cerita orang puteh ke cerita orang melayu,semuanya aku bedal. 18jam kot! Naseb baek bawak hardisk500Gb ,macam-macam cerita ada. Haha,bukan tak nak study,tapi hati ni dah excited bebenor nak beraya.Sehari sebelum raya,memanglah macam tu.Kepala dan hati dah ada kat Malaysia aje masa tu.



Naseb baik lah bulan puasa, jimat duit. Air mineral 250ml pun 75rupee =5 hengget!.Apatah lagi makanan lain.Nasib baik ada CCD=Caffe Coffee Day. Harga dia pun macam biasa. Cash pun makin lama-makin kurang.Hadoi ai...kenapalah mahal sangat makanan kat situ. India ni,kalau nak tahu gula-gula sebijik pun ada tax nya. Memang cekik darah kan? Pulaknye, tempat orang nak menunggu punyalah simple. Cubalah bagi kerusi yang masyuk sket.Kerusi yang boleh dibaringkan dan ada kusyen siket ke. Ini dok,keras aje memanjang.Dah ler keras,sejuk beku aku kat situ.Alhamdulillah, tandas memang mengancam lah.Selesa dan banyak tandas. Nak bawa keluar masuk troli pun senang. Tinggal bawak hand luggage berisi laptop aje masuk sekali dalam tandas. Luggage besar tinggal je kat depan pintu tu. InsyaAllah,selamat aje beg tu.

Kalau nak ikutkan hati nak ler selesakan badan,mau aje pergi bayar 1000rupee untuk mandi,tidur sekejap dan rehat dalam Lounge mewah tu. Tapi, memadangkan bulan puasa,agaknya setan gondol tak berape nak banyak,takde yang nak goda aku. Maka,aku tak pergi ler Lounge tu.Duduk dan tidurlah aku di situ keseorangan dikelilingi pelancong-pelancong.Ada korea,ada perancis,ada german,ada tibet dan banyak lagi. Nak tergelak aje bile mamat korea tu cakap korea dengan kawan dia. "Wei, oto kajo?___oto kajo?".Tu je aku faham.Banyak sangat tengok movie korea. Haish,naseb baek lah aku tengah tengok citer omputeh. Mesti dia bangga giler,kallau aku tengok citer negara dia. Dengar citer dari kawan-kawan, orang korea sombong dengan bangsa lain. Alah,macam kita anggap orang pendatang lah,kita pandang lain sikit kat diowang kan?Hah,macam tu lah orang korea pandang kita. Bila dah tahu,aku terus dah tawar hati dengan trend korea nih.

Okeh, tinggal lagi 2 jam sebelum pintu dibuka untuk check-in luggage. Tiba-tiba nampak kelibat budak perempuan pakai tudung.Hati aku mula dah ceria,sebab ada teman nak pulang ke tanah air terchenta malam-malam nak dekat raya.Tolonglah, nak borak-borak dengan orang melayu.Tak sabar nak cakap melayu. Hehe,nama budak tu Marinda Pradipta Dwi Ghaisani.Fuhh,hebatkan nama dia?

Dia ni pemalu sikit. Berasal dari Jogja.Tak banyak beza pun cakap Melayu,cuma dari segi slanga dan kosa kata. Tapi, akhirnya aku yang terikut-ikut cara dia cakap. Memang dah macam orang Indo dah aku. Dia ada ajak pergi rumah dia kalau singgah Indonesia.InsyaAllah,kalau aku ada rejeki,aku mampir ke sana ya dong!Aku pingin sekali lihat sekitar kota Jogja.Mugkin,bila jodohnya ada, kita bisa ketemu lagi.Hihi...

Kalau nak tahu,bila dah naik tingkat atas ke pintu departure,rupa-rupanya adalagi bahagian New Delhi airport yang aku tak jelajah lagi. Punyalah cantik menarik tertarik memang da boom! Interior design memang  fisrt class, food court first class, shopping pun memang first class.Hulamak! Kenapalah aku stay kat situ aje dari semalam? Punyalah aku tunggu dekat bawah dekat 20 jam.Padahal ade je visitors lounge yang lawa.Dah le lawa banyak pula tempat nak rehat,nak tidur terbaring pun boleh.Makan pun memang best kot ! Nak membeli belah? Pergh, semua barang berjenama ada di situ. Huhu. Rugi-rugi.Eloklah,aku ta sedar yang ada bahagian yang lebih menarik kat airport tu. Kalau tak mesti aku dah belanja sakan kat sana.

Malas nak letak gambar New Delhi Airport kat post ni, nanti panjang bebenor.


dah,ngantuk sangat dah ni.Esok je lah sambung lagi.

p/s: Baru buat akaun kat Malaysia.Esok nak daftar mengundi pulak.

01 September 2011

Chennai Trip By Train



Hell Yeah! Its a 16 hour long by train.