28 April 2013

Ramadhan Di India


Bila lihat majalah JOM ! terasa sangat bersemangat untuk menulis kisah kami menyambut bulan puasa dan hari raya. Yelah, bunyi INDIA aje rasa macam tak gelemer lah kan kalau nak banding dengan pelajar-pelajar yang merantau kat negara maju tu. Lagi-lagi kalau nak dibandingkan dengan perjalanan hidup kami di sini yang sememangnya serba  menguji kesabaran setiap kali melangkah keluar rumah atau asrama.

Kalau Mesir biasanya kita dengar pasal betapa meriahnya suasana bulan puasa, kalau negara EURope dan tempat-tempat sejuk seperti Australia, Kanada, London , Czech, Poland, Russia, Jepun, Korea, merasa lah jugak berpuasa dan berhari raya berlatarkan pemandangan yang indah-indah di tempat masing-masing. Walaupun dapat merantau ke negara orang, tapi kami hanya dapat menikmati suasana yang seakan-akan sama dengan Malaysia. Bezanya, bila tiba musim panas , sibuklah pelajar-pelajar Malaysia membeli penghawa dingin untuk menyejukkan badan di kala malam. Ada juga yang tidur depan peti sejuk, tuam kepala dengan tuala basah dan bagai-bagai lagi petua semata-mata untuk melegakan kepanasan di musim panas.Kadang kala bahang panas di waktu malam boleh buat orang tidak tidur!!!

Tahun ni kami bakal menyambut Ramadhan dalam musim moonsun. Seawal bulan Jun lagi hujan berderai-derai jatuh ke tanah merah serba berlumpur. Adakalanya hujan dari pagi sampailah ke malam.Sejuk dan lembap.Tapi...

Bila tiba musim hujan, kerap kalilah kami merasa black out. Bagi yang ada exam esok pagi, hujan disertai guruh berdentum-dentam amatlah menguji kesabaran diri dek ketiadaan lampu dan kipas. Bagi yang tinggal di asrama atau flat ,mereka kira beruntung sebab ada generator. Setiap kali plak fius jatuh,maka berlari-larilah pak guard menghidupkan mesin generator. Bagi yang memilih untuk tinggal di rumah persendirian,mereka hanya berbekalkan inverter,lampu emergency, lampu picit atau lilin. Aduhai,dapatlah juga kami merasa betapa susahnya hidup tanpa elektrik. Begitu juga dengan air, kadang-kadang tu nampaklah juga lori tangki mengepam air menerusi paip ke setiap bangunan. Kalau terlupa tutup air,mulalah tuan rumah marah-marah kami suka buang air. Alah, anna... Kami 'ter'lupa. Bukan sengaja pun...

Baiklah,kembali ke tajuk asal.

Kenapa saya kata suasana kat sini lebih kurang je macam kat Malaysia? Di Mangalore terutamanya, cuaca lebih kurang sama.Tempat yang lebih ke utara atau di kawasan gunung tu of course lah sejuk sikit. Tapi, yang penting kat mana-mana pun makanan Halal tetap ada. Jadi,memang tak lag kebulur kalau duduk sini. Bila nak berbuka puasa boleh aje order daripada luar. Even warung pun ada buat servis delivery!!!Masyuk tu... Murah pun murah, menu pula ada macam-macam. Kami sebagai pelajar kalau nak dekat periksa atau musim sibuk, memang selalulah order dari luar. Malas sungguh nak membeli bahan masak dan mengemas kalau banyak kenangan masa dan kudrat. Perut tu lama-lama dah jadi immune dengan bakteria dan diarhea. Ubat sakit perut adalah satu kemestian kemana sahaja anada pergi.Huhu...

Kalau nak bersahur atau berbuka amatlah mudah. Azan mudah didengari dari merata arah. Di Mangalore,populasi penduduk Islam dan Hindu adalah sekata. Jadinya, tak usah risau tentang masjid atau makanan. Ayam dan daging pun disembelih orang Islam. Rata-rata kedai makanan semuanya membeli daging daripada penjual Muslim.

Ada waktunya,kami mengumpul dana bagi anak-anak yatim. Selalunya akan ada jamuan berbuka puasa dengan mereka atau dengan pelajar-pelajar Malaysia di sini. Selepas,berbuka kami adakan tazkirah ringkas dan jikalau berkesempatan, kami adakan solat tarawikh berjamaah.

Usai solat, kami adakan kutipan derma untuk di aguhkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Di sini memang sangat ramai orang yang tidak berkemampuan. Sedangkan rumah mereka itu,terbina dengan kudrat sendiri berbekalkan sisa-sisa plastik dan kayu reput untuk di buat atap dan dinding. Baju mereka lusuh dan compang-camping. Bila masuk ke dalam pondok mereka, hanya ada tikar buat alas tidur,dan dua tiga periuk belanga untuk memasak. Daif sekali kehidupan mereka. Bikik air meraka tiada. Bagi keperluan harian seperti mandi dan memasak mereka hanya gunakan air perigi dan membuang hajat di sungai-sungai atau laut berdekatan. Bila malam,mereka hanya berpandukan lampu minyak tanah atau lilin...

Di bulan Ramadhan, umat Islam dituntut berpuasa bagi yang mampu dan membayar fidyah bagi yang tidak mampu berpuasa. Berpuasa bukan sahaja hendak menahan lapar dan dahaga tetapi Islam mengajar kita untuk mengawal nafsu melalui puasa pancaindera yang lain. Puasa yang berkesan dapat menyemai rasa simpati dan kasih sayang kepada fakir miskin dan seterusnya menjadi benteng kepada iman dari melakukan perbuatan munkar.

Sebelum bermulanya bulan Ramadhan, adalah elok kita praktikkan amalan sunat puasa Isnin dan Khamis sebagai persediaan menghadapi Ramadhan yang penuh berkah. Perbanyakkan latihan bangun malam dan tahajud sebelum berpuasa agar amalan ini berkekalan hingga Ramadhan seterusnya.

Pre-Ramdhan checklist saya sudah tersedia. Anda pula bagaimana?


26 April 2013

Hujan,,,



Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.

Dapat tarbiyah dari usrahmate kak dian n kak asma.

Dapat duit belanja daripada JPA,

Dapat makan BBQ sedap dengan warga Anak2 Nitte,

Dapat hirup udara segar lagi menyejukkan dek hujan di Mangalore.

Apalagi yang kau mahu?

Syukurlah.

Bagaimana?

Uruskan rezekimu dengan baik.

Yang Allah redha dengan urusanmu.

42:19

Allah Maha lembut terhadap hamba-hambaNya,Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki,dan Dia Mahakuat,Mahaperkasa.


Published with Blogger-droid v2.0.6

24 April 2013

Sabar,Sabar,Sabar,Sabar,Sabar,Sabar...

Ahli Fiqir- Angguk-angguk Geleng-geleng



Chorus
Angguk-angguk geleng-geleng
Tunduk-tunduk ikut tunjuk
Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar sabar sabar sabar!

Tak apa tak kisah tak rugi
Tak mati tak ambil peduli
Berserah dan pasrah
Biar dada didabik adat pasang turun naik



Didera dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba jadi kuli
Jadi batu diam diri
Kita tunggu kita lihat
Kita nanti kita perhati
Jangan merungut biar bertangguh
Diam akur kita mesti patuh

Acuh tak acuh endah tak endah
Buat lawak bodoh selamba
Biar kita melopong biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka
Biar

Jangan melawan jangan membantah
Janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang kata
Kita tawa dalam duka
Kecut takut kalut kolot terkunci mulut
Terkatup tertutup
Kalah sabung menang sorak
Senduk nasi tinggal kerak

Ulang Chorus


Dik mari dik
Ye kak
Nama adik siapa?
Mia..
Adik tahu nyanyi tak?
Tahu
Ah mari ikut kakak nyanyi sama-sama

Angguk-angguk geleng-geleng
Tunduk-tunduk ikut tunjuk
Angguk-angguk geleng-geleng
Tunduk-tunduk ikut tunjuk

Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja
Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja

Tolak tambah kali ganda
Hitung kira skala nisbah
Maju mundur tinggi rendah
Berapa jumlah nilai bangsa

(Kak sekupang ke, dua kupang ke, tiga kupang?)

Sawah sebendang
Ladang sebidang
Tanah sekangkang
Pohon sebatang
Kerana wang semua hilang
Hanya sehelai sepinggang

Yang jenin yang lebai
yang pandir yang luncai
Yang angannya tinggi
Yang dibuai mimpi
Yang sawah terjual maruah tergadai



(Kamu mahu lagi?)

(Ahli Fiqir……)

Sabar Sabar Sabar Sabar Sabar Sabar

Ulang Chorus