22 May 2013

Share the Love !

Jom! Makanlah cokelat ni!..

Sedap buat snek kalau bosan makan nasi.




BaYu teringin sangat nak rekomen cokelat ni kat semua orang. Rasa rugi kalau diorang tak tahu. Share the love you know! Mungkin kalau diorang dapat rasa betapa bestnyer cokelat ni, diorang akan ucap terima kasih kat saya sebab menyelamatkan mereka daripada rasa jemu dan mual dek makanan India  kat sini. Bila dapat tahu yang mereka pun suka apa yang saya suka, secara tidak langsung ada ikatan yang terbina antara kita. Eceeewah! Hah, macam pepatah Inggeris tu, " Birds of the same feathers flock together." Kalau orang tu suka apa yang kita suka   itu merupakan tanda-tanda yang mereka ni satu geng atau sama taste dengan kita. Bila dah sama taste, mestilah kita suka nak rapat dengan mereka  dan mereka pun suka nak rapat dengan kita. Yelah, sama-sama ada titik persamaan yang menghubungkan diri masing-masing. Tak lah pelik sangat kan kalau tiba-tiba je terjah masuk 'comfort zone' seseorang. We must have an intermediate source to connect with each other. 


Baiklah, ape kehenyer Bayu cakap panjang lebar pasal cokelat ni. Cokelat je pung...

Kawan-kawan aka soon-to-be-jannah-residers (InsyaAllah..), 

      Cuba bayangkan kalau cokelat tu ISLAM. Eh? Ape? ISLAM?  Nak buat rekomen kat orang. Bukan tu kerja ustaz,ustzah,artis isla,ik,pendakwah-pendakwah,  JAKIM,PAS,ISMA,IKRAM,OIC, IkiM.fm, lalalala....

Tak.Bukan. Bukan mereka sahaja. Kita pun. Kita yang biasa-biasa ni pun. Alangkah bagusnya kalau kita dapat ajak orang kembali kepada ISLAM. Bila kita ajak tu, dengan sungguh-sungguh, dengan mata yang berkedipan,senyuman dan semangat nak tengok mereka rasa apa yang kita rasa. Tapi, masalahnya kita tak rasa nak ajak orang lain kembali kepada Islam sebab kita pun rasa tak best. Dah macam mana nak ajak orang lain pulak. Oleh itu, kenalah cek balik apa yang tak kena dengan pancaindera kita ni. Deria lihat,deria rasa,deria lidah, kaki tu kemana, tangan tu kemana. Kalau rosak pancaindera kita, rosak juga lah penerimaan jiwa kita.

Saya sebagai orang Islam, berhajat sangat-sangatlah kalau dapat mengislamkan atau mengembalikan rakan-rakan ke arah "Ad-din : cara hidup  Islam : The way of Life in Islam". 

InsyaAllah, sama-sama lah kita kongsi rasa betapa sedap dan indah nya Islam ni dekat orang-orang yang kita sayang. :)

Share the love !



12 May 2013

PHONE #5 : Nokia Lumia 820


Ye kawan-kawan,

Saya dah ada tepeon baru!!!

Holey,holey, holey...

Nokia Lumia 820 Black
Baru je pakai seminggu. Ngada sangat nak buat review. Okay, saje je nak lepas geram dan rasa tidak puas hati dan kempunan tak terhingga dek application kesayangan tiada atau tidaklah seperti dalam Android market.

Berikut merupakan ciri-ciri yang saya RINDU kerana tiada dalam Windows phones.


  1. Blogspot Apps - Not available
  2. Winamp - Not available
  3.  Files Gallery - Difficult to delete/manage items
  4. 3x4 keypad - Not available
  5.  PDF- Made by Microsoftvery bad
Tambahan.
  1. Whatsapp/Weechat- takde bunyi langsung. Tak compatible katenyer...
  2. Video yang aku download mane?Owh,takde galeri rupanya...
  3. Kamera takde zoom. Ok je kot...
  4. Facebook Apps tak best.
  5. Blogspot -Tak boleh uplod gambar daripada phone. Tulih je lahhh...
 
 

Keypad yang ada pada Nokia hanya ada satu pilihan. Tak macam Samsung. Dia bagi EMPAT pilihan. Ikut suker lah nak pilih yang mana satu. Saya dah terbiasa dengan keypad 3x4 macam keypad 3310 nokia tuh,senang untuk jari-jemari saya yang besar ni nak taip setiap satu perkataan. QWERTY pad ni payah, sebab kecik dan rapat sangat. Asyik salah eja je walau pun dia dah bagi word prompt kat keypad tu. 

Bila nak delete lagu yang kita tak berapa berkenan memang payah. Saya memang dengar lagu, tapi semua lagu yang saya tak faham bahasa atau pun mostly  lagu OST dan instrumental. Asal sedap telinga mendengar dan tak ganggu saya menghafal dan  tak kacau dalam proses memahami sesuatu subjek ATAU ketika terngiang-ngiang dalam kepala tika dalam dewan peperiksaan. Ye, kalau dah otak tu dah tak daya nak perah ilmu, kadaang-kadang entah hape-hape lagu lah yang keluar dalam kepala waktu nak jawab soalan. Sekurang-kurangnya, OST dan instrumental yang tiada lirik tu mengurangkan possibility untuk didengari dalam kepala ketika nak periksa....



Bila nak delete lagu-lagu yang tak berkenan di hati atau bila nak 'kemas' telepon, mulalah tercari-cari mana GALLERY untuk saya buang sampah-sarap ni semua.  Kalau dalam Android, semua files diletakkan dalam gallery. Jadi, tak payah bukak application untuk buang satu-satu file tak kiralah mp3 ,PDF,gambar,word,Power Point,etc. Argh, saya rindu Android...

Saya pula dengar lagu-lagu ikut mood. Kalau cemas, pasang lagu ala-ala sukan Olimpic. Kalau rasa sedih, pasang OST drama meruntun jiwa. Kalau rasa gembira dan bersemangat pasang lagu ala-ala motivasi dan happy-go-lucky gitu. Nak senaman jogging setempat,streching,tai chi,bersilat atau gimrama angan-angan>..<, pasanglah lagu mengikut genre pergerakan yang dikehendaki. Kalau rasa nak mantopkan lagi iman, dengarlah lagu nasyid. Kalau nak dekat raya, mestilah dengar lagu Raya...kan,kan,kan? Ehehe, puasa pun idok lagi, nak raya. Ehem, awak tu dah cukup ke ganti puasa? Pak pak tepuk dada tanya iman......Pesanan buat diri juga ni.

Eh, berbalik kepada tajuk asal. Windows phone tak ada nak buat playlist bagai-bagai ni. PAYAH dan susah.!!! 'Add song' to 'now playing' tu memang ada. Bila dah kena cari-godek-godek sampai geram nak campak dalam mesin basuh barulah dapat buat. Rumitlah. Tak macam Winamp.

Dan, yang paling penting! Windows Phone Market tiada BLOGSPOT!!!. Maka, para pembaca yang budiman sekalian, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana tidak dapat meng'update' blog saya ni sekerap yang mungkin. Tak dapatlah saya nak berblog on the go sebab sudah tiada Blogspot mobile version dalam Windows market....(--__--)"


p/s: Windows Game, X-Box games  dan interface windows phones sangat lah cantik udan menarik. Internet juga laju, tak yah nak buffer kalau tengok Youtube. Itupun 3G lah. KAlau dalam surat khabar dan tv, perasan tak diorang selalu promote I-Phone dan Google Play je? Tak pernah pulak dia promote 'Windows Market'...