28 July 2013

Malam Yang Dinantikan...

Bismillahirrahmanirrahim.

Ahad, 21 Ramadhan 1434 Hijrah.
Kuttarpadavu,Mangalore, India.


Bermulanya azan Maghrib tadi, maka malam ni adalah malam antara 10 malam terakhir Ramadhan yang padanya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam Lailatul-Qadar.

Gumbiranya!


Ramadhan Di Perantauan

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan...Tahun ini, saya berpuasa jauh daripada keluarga dan tanah air. Tiada bazar ramadhan dan tiada kelibat iklan-iklan makanan dan minuman yang mengiurkan di kaca tv. Alhamdulillah, kami berpuasa seadanya dan berbuka seadanya. Kami bertarawikh dan menunaikan solat bersama-sama. Puasa yang sebenar-benarnya. Tidak berlebih-lebihan dan tidak juga kekurangan.

 Kami yang perempuan ini kalau tidak berpuasa disebabkan uzur syari'e ditugaskan untuk memberi tazkirah usai rakan-rakan selesai solat tarawikh dan bersambil-sambil makan dan minum hidangan yang di sediakan oleh tuan rumah. Kami tiada masjid atau surau untuk solat jemaah secara tetap, jadi kami buat jadual untuk bergilir-gilir menjadi tuan rumah untuk para jemaah. Begitu juga dengan imam. Selalunya setiap malam kami ada tiga imam. Imam untuk solat Isyak, 4 rakaat pertama solat tarawikh dan 4 rakaat kedua solat tarawikh. Witir pula terpulang pada masing-masing sama ada mahu dikerjakan berjamaah atau sendirian di rumah.

Kalau berbuka, ada rakan yang rajin memasak  akan berkunjung ke rumah rakan lain dan memberikan hidangan sebelum waktu berbuka puasa. Ada pula yang berbuka dengan air,kurma,nasi, dan telur goreng di cicah kicap yang di bawa dari Malaysia. Al maklumlah,  makanan yang dijual di sini tidaklah semeriah dan berbagai-bagai seperti di pasar besar atau bazar Ramadhan di Malaysia. Hidangan yang mudah dibuat dan mengenyangkan sudah pun memadai untuk berbuka. Tidak banyak godaan seperti di Malaysia. Ooops... maaf, kalau terasa....(--_--)"




Berikutan malam ni adalah 10 malam terakhir Ramadhan, suka lah saya nak berkongsi cerita tentang malam Lailatul-Qadar. Tapi, saya nak tuju lagu Lailatul-Qadar nyanyian Raihan buat semua umat Islam  dan para pembaca yang sedang membaca...Ecehhh wahhh, nostalgia zaman kanak-kanak gitu!



 Dah habis nyanyi? Heheh, jangan sumbang sudey.....



Mengapa Disebut Malam “Lailatul Qadr”?

Okep para pembaca budiman lagi beriman sekalian...(Aminnnnn) Eden nak tanyo ni. Apo itu malam Lailatul Qadar?

Ia  adalah malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang tidak sabar menggarap pahala yang berlipat kali ganda dengan menunaikan ibadah solat tarawikh, solat sunat, tadarus Al-Quran,mengimarahkan masjid dan menghidupkan malam dengan solat Tahajud dan Solat Taubat.

Para ulama menyebutkan beberapa sebab penamaan Lailatul Qadr, di antaranya:

1. Pada malam tersebut Allah subhanahu wa ta’ala menetapkan secara rinci takdir segala sesuatu selama 1 tahun (dari Lailatul Qadr tahun tersebut hingga Lailatul Qadr tahun yang akan datang), sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ * فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ * [الدخان/3، 4]

“Sesungguhnya Kami telah menurukan Al-Qur`an pada malam penuh barakah (yakni Lailatul Qadr). Pada malam itu dirinci segala urusan (takdir) yang penuh hikmah”. (Ad Dukhan: 4)

2. Karena besarnya kedudukan dan kemuliaan malam tersebut di sisi Allah subhanahu wa ta’ala.

3. Ketaatan pada malam tersebut mempunyai kedudukan yang besar dan pahala yang banyak lagi mengalir. (Tafsir Ath-Thabari IV/200)

Sebab Turun Surah Lailatul-Qadar

Firman Allah dalam Al-Quran:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)

Asbabun Nuzul (Sebab-sebab turunnya ayat Al Qur’an) di atas adalah:

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Rasulullah saw. pernah menyebut-nyebut seorang Bani Israil yang berjuang fisabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Kaum muslimin mengagumi perjuangan orang tersebut. Maka Allah menurunkan ayat ini (QS. Al Qadr: 1-3) yang menegaskan bahawa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada perjuangan Bani Israil selama seribu bulan itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Al Wahidi, yang bersumber dari Mujahid)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa di kalangan Bani Israil terdapat seorang lelaki yang suka beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan itu dilakukannya selama seribu bulan. Maka Allah menurunkan ayat ini (QS. Al Qadr : 1-3) yang menegaskan bahawa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada amal seribu bulan yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Bani Israil tersebut.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid).

Para sahabat kagum dan iri kerana lelaki Bani Israel tersebut selama 1.000 bulan (83 tahun 4 bulan) selalu beribadah dan berjihad kepada Allah kerana sejak lahir dia sudah berada di atas agama yang lurus. Sedang para sahabat kerana ajaran Islam baru disyiarkan Nabi, banyak yang masuk Islam pada umur 40 tahun atau lebih.


Sehingga sisa waktu mereka hanya 20-30 tahun saja. Tak boleh menandingi ibadah lelaki dari Bani Israel tersebut.


Kerana itulah turun ayat di atas. Jika umat Islam beribadah pada malam tersebut, niscaya pahalanya sama dengan pahala 1000 bulan. Kerana itu perbanyaklah solat, dzikir, doa, membaca Al Qur’an, bersedekah, dan berjihad di jalan Allah pada malam Lailatul Qadar.


Bila Malam Lailatul Qadar itu Terjadi?

Tiada siapa yang tahu bilakah tarikh sebenar atau waktu tertentu jatuhnya malam Lailatul-Qadar. Akan tetapi para ulamak telah menjangkakan tarikh dengan berdasarkan hari jatuhnya tarikh berpuasa. Untuk mengetahui lebih lanjut tarikh malam Lailatul-Qadar , sila klik Mengesan Malam Lailatur-Qadar. atau Tanda Malam Lailatul-Qadar.

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.Malam Lailatul Qadar terjadi pada 1 malam ganjil pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (malam ke 21, 23, 25, 27, atau 29):

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan:

Aisyah r.a. berkata, “Rasulullah ber’itikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan beliau bersabda, ‘Carilah malam qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” [HR Bukhari dan HR Muslim]
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Doa Malam Lailatul-Qadar

Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. 

Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,

“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Tanda Malam Lailatul Qadar

-Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak  banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:
-malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
-siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
-pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam  itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis  teresak-esak secara tiba-tiba.

Harapan Ramadhan

Saya berharap agar Ramadhan kali ni kita sama-sama mendapat ibrah dan keberkatan bulan Ramadhan. Janganlah pula bila dah selesai Ramadhan kita kembali kepada kemalasan dan sifat berlemah-lemah dalam beribadah. Kita mahu agar semangat Ramadhan itu kekal hingga kita bertemua lagi Ramdhan yang seterusnya jika dipanjangkan usia oleh Allah. Kekalkan momentum yang ada dengan beristiqamah beribadah dan berpuasa. MAsih ada masa lagi kawan-kawan! Ayuh! Kita hidupkan malam-malam terakhir ramadhan!...

P/s: Banyak artikel telah saya cantum dan susunkan semula cuma tak sempat nak letak sumber. Semoga Allah memberi pahala ke atas mereka....




11 July 2013

Ijazah vs Risalah

Usrah gabungan akhawat Mangalore

Al-Baqarah 30 

Apa beza kita dengan orang bukan Islam. 
11:24 

TAZKIRAH OLEH IZDIHAR 
  • 22:54 
  • 4:162 
  • Kenapa kita belajar 
  • Apa yang menggembirakan kita 
  • 72:23 
  • Apa itu risalah 
  • Fungsi abid,khalifah 
  • Analogi kapal dan ombak. Kalau tiada kemudi, akan di bawa arus ombak 
  • Apa beza Muslim dan nons 
  • Darjat manusia diangkat dengan Islam 
  • Ijazah < Risalah . Tiada kenderaan tanpa roda.  
  • Exam esok. Usrah petang tu. Apa perasaaan anda? Dilema. 
  • Mana satu alat dan mana satu matlamat 
  • Kita belajar utk ummah 
  • KUDA dan matlamat. Apa jadi kalau kuda jatuh sakit,lembap? Cari kendaraan lain....