|
At the top of highest peak of Kudremukha Mountain |
SUNDAY, 7th September 2013
3am - Departed from Mangalore City Center by Innova. We arribed at the National Park around 5am. From there we asked a police guard for direction and take a right turn from the boulevard. The road going uphill was super dizzy macam ular berlingkau. Please take anti motion sickness 1hour before departure. Saya pengsan sepanjang jalan dah. Tau-tau je junior kata dah boleh solat Subuh. Okey, amek wudhuk dalam kete guna air botol lalu Solat berlatar belakangkan lagu Bollywood. Dah ler jalan bengkang bengkok.Bila driver turn kiri, rukuk berduduk pun jadi senget. Well, solat pun terhuyung hayang lah jawabnya.Baik je angkat takbir, terus hujan lebat. Doalah banyak2 agar tak hujan masa kitorang nak trekking sat agi. Allah, jalan jangan licin, takut jugak kalau jatuh.
7am- Sampai di hill station. Anna semua bagi breakfast. Kenyang dan badan mula panas sikit. Kenyang makan nasi beriyani ada kekacang sorang satu bungkuih. Basuh tangan guna air gunung, ketar-ketar tangan aku. Lari anak-anak lalu lompat-lompat nak kasi badan panas. Buat aksi regangan badan. Geliat tangan dan kaki. Bukak kekuda panjang-panjang. Hup,hup, hah, hah! (^_^) Hah, pak cik guide mula panggil siap cepat sikit. Aik? Ni ke guide kita? Wow! Dah pangkat atok-uyut dah anne nih!
Caiyok, Awe! If this atok can do it, so can you!
8.00am- Bermulalah perjalanan mendaki bukit. Eh, belum daki, jalan je dulu. Erm, macam nak bagi ibrah ni? Takkan nak share in detail? Tak ingat dah hamende yang ada yang ada kat sane melainkan yang betul-betul menarik dan yang ada dalam kamera. Lagi-lagi bila dua jam terakhir sebelum sampai puncak, penat sampai nafas pun bau asid perut dan telinga boleh dengar dab dub jantung. Okey, meh kita dengar best ke hiking ni?
Mula-mula saya kenal aktiviti hiking ni masa sekolah rendah lagi. Selalu lah dapat peluang pergi bercamping dengan kawan-kawan sekolah. Tu pun semuanya di bawah pengawasan guru-guru dan fasilitator. Cuma kali ni je lah, memang free-willy , hiking kita-kita je. Cekgu-cekgu, orang besar takdok. Eh, kita kira bukan dah dewasa ke? Haha, cop. Bajet dah besar panjang konon dah boleh berdikari jaga diri ler ni. Heleh, biler lagi nak rasa macam ni kan? Bak kata orang usia muda datang hanya sekali. La ni lah kita nak kerah keringat, enjoy zaman ligat ni buat semua menda yang bila dah tua nanti dah tak larat nak buat. Lagipun, makin tua makin dekat mati tu. Takkan nak main hiking, sky diving, snorkeling, bunjee jumping etc bila tangan lutut dah ketar, gigi dah takde, kulit dah geleber, cakap pun tak jelas. Nnti kalau buat semua tu dekat nak tua, kang orang kata, "Hey nenek tua suka berlibur tak nanyuk tak sedar diri, masa dah suntuk kubur dah kata mari!"
Di awal perjalanan, rasa macam mengah sikit. Excited dan masing-masing excited sebab dah boleh nampak bukit daripada kawasan kampung tu lagi. Sedih la jugak sebab kepale asyik dok pikir cammane lah diorang hidup kat kawasan terpencil lagi tinggi macam ni? Letrik guna generator. Nak shopping jauh sekali. Makan tanam sendiri. Tandas pun bina sendiri. Ngeri betul bila kena guna tandas kat sini. Pepaham je lah. Yang terapung-apung tu jangan kira lah. 44 hari ilmu tak masuk sebab nampak t**i ...(orang kata yang kata).
Mula-mula rasa gemuruh berbaur curios ( tak hengat ape melayunya), pastu rasa takut sebab banyak halangan, akhirnya bila dah turun dan sampai semula ke rumah bukit semua perasaan yang ada sejak mula bercantum dan bergaul dan bermain-main dalam hati sampai lah sekarang.
Dulu kita dengar pepatah,"
Tiada gunung tak boleh didaki, tiada halangan tak boleh di atasi." Tapi, yang selalu kita rasa adalah mengatasi pelbagai jenis
halangan dalam rangkap yang kedua. Jarang atau mungkin tak semua orang yang betul-betul rasa DAKI GUNUNG. Beruntunglah pada yang dah daki gunung ni sebab dia dah berusaha capai kedua-dua maksud dalam pepatah tersebut.
Daki gunung ni saya ibaratkan macam short term problem with foreseeable goal. Ianya satu perjalanan penuh halangan dengan matlamat yang kita boleh nampak dengan mata kepala kita. Tapi, kalau halangan hidup ni kita hanya nampak masalah depan mata kita, tapi kita tak nampak langsung apa yang menunggu di sebalik halangan tu. Kita hanya dapat BAYANGKAN aje apa rasanya bila dah atasi masalah tu.
Macam bila daki gunung, orang kata bila dah sampai puncak akan rasa hilang penat segala, rasa berbaloi , rasa hebat dan macam-macamlah. Tapi pada saya , jujur saya katakan yang PERJALANAN itu yang lebih banyak IMPAK pada saya. Betapa perit dan lelahnya kaki yang gemuk dengan lemak tepu, jantung yang lemah tak bersenam nak mendaki melawan graviti dan masa. Antara DESTINASI dan PERJALANAN , yang menjadikan kita kuat adalah langkah yang kita ambil untuk tiba disana. MATLAMAT pula adalah puncak yang kita boleh nampak kalau tak ada pokok atau bukit kecil yang mengkaburkan pandangan. Dari jauh, matlamat nampak kecil, tapi bila semakin dekat matlamat nampak jelas dan begitu besar andai berjaya melepasi halangan sepanjang perjalanan.Adalah penting untuk sentiasa membayangkan MATLAMAT kita supaya kita tidak hilang arah atau leka dengan godaan untuk berehat-rehat atau bertukar matlamat.
Seperti dalam pengalaman saya, banyak sangatlah GODAAN untuk berhenti lalu berehat-rehat dibawah pokok berakar banir yang cantik, di tepi sungai dan air terjun yang indah dan memukau pandangan, di bawah rimba pepohon dan bunga-bunga liar yang harum dan menawan. Nak aje berehat dan berhenti sampai di situ sahaja. Bila hati tergoda untuk berhenti lama, MATLAMAT mula kabur, yelah kan dah tak nampak di balik GODAAN tu semua. Awas, kalau berhenti terlalu lama, payah sungguh nak menapak langkah semula. Dalam hidup ni pula banyak je GODAAN yang hadir dalam pelbagai bentuk untuk melalaikan kita daripada mencapai tahap tertinggi dalam hidup kita. Hindarilah diri daripada dilalaikan daripada tujuan hidup kita iaitu beribadah kepada Allah. Nauzubillah...
Dalam sebuah perjalanan, ada waktu yang ditetapkan dan selalunya digalakkan untuk berada dalam kumpulan.
Perjalanan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang baru pasti menjadi lama. Setiap yang muda pasti akan tua. Mendaki gunung ini adalah latihan fizikal dan mental yang mempunyai tempoh waktu yang ditetapkan sama seperti dalam pertandingan sukan. Kekuatan fizikal dan mental diuji dalam waktu dan tempoh masa yang ditetapkan. Pak Guide kata kita kena sampai puncak pukul 12tengahhari, pulang sebelum pukul 5petang. Kalau tak jaga laju langkah ( speef of pace), maka lambatlah sampai ke destinasi, bergelaplah dalam hutan atau barangkali boleh sesat dalam hutan. Kalau dalam realiti hidup, kalau tertinggal dalam pelajaran turun darjah, study last minit lalu gagal dalam periksa maka tertinggal dan terkapai-kapai dalam kegelapan kejahilan ilmu, tidak dapat melangkah untuk maju ke kedepan, tidak dapat menimba ilmu baru , tidak dapat naik ke fasa seterusnya.
Perjalanan dalam berkumpulan. Islam menggalakkan untuk jalan berkumpulan ketika bermusafir. Allah juga meninggikan darjat orang yang bersolat jemaah berbanding orang yang solat bersendirian kerana Allah tahu sifat lemah manusia yang senang tergoda oleh syaitan. Orang yang jalan bersendirian mudah di leka dan terpesong dek godaan syaitan.Ibarat kambing biri-biri seekor leka meragut rumput di hilir bukit dibaham serigala-serigala kelaparan. Saya pada waktu hiking, selalu ketinggalan di belakang dek asyik dan ralat mengambil gambar lalu melambatkan perjalanan kami. ( pun sebab asyik berhenti rehatkan jantung ngan kaki yang pedih ) sampai junior kesian lalu offer untuk pikul beg DSLR saya. Naseb baeklah ringan. Masa ni, saya rasa indahnya hidup bermasyarakat yang saling tolong-menolong bila saudaranya dalam kesusahan. Wajarlah diambil pertolongan itu, kerana itu rezeki yang Allah bagi. Jangan terlalu ego untuk ambil pertolongan orang walaupun kita rasa seperti beban. Bak kata pepatah, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Saya selalu bayangakan kalaulah saya jalan berseorangan, saya berkemungkinan besar akan lambat sampai ke destinasi atau mungkin berputus asa di tengah perjalanan sebaik sahaja menghadapi halangan sukar atau bila diri sudah hilang tenaga dan semangat.Saya ingat lagi, lagi suku perjalanan di akhir-akhir nak sampai puncak tu, memanglah sangat perit. Semua mula mengeluh, sampai berkerut-kerut dahi, habis bibir diketap,bukan takat kaki lutut , peha pun pedih, nafas pun dalam dan pendek-pendek.Tapi, sebab dah nampak MATLAMAT tu depan mata, di gagahkan juga lagkahnya. Jalan ditempuh sudah jauh, kini jalannya makin curam dan tinggi,hingga terpaksa guna tangan dan kaki bak kata lain MENDAKI. Kalau jalan landai kita tak kata daki lah, kita kata berjalan sahaja. Kalau nak dekat dengan matlamat, kenelah berkorban lebih sebab halangan tu dah makin mencabar.Adanya kawan dalam mendaki, yang sampai dulu jerit dari atas bagi semangat, " Korang!Suku je lagi! Korang boleh!" kata junior laki yang badannya lebih fit dan kurus berbanding kami budak pompuan especially kakak paling senior yang dah lama tak bersukan macam dulu-dulu.
12.30pm-Bila dah sampai di
PUNCAK, boleh rehat sekejap aje. Nikmati pemandangan ciptaan Tuhan. Lepas tu kena bersiap untuk turun. Sama jugaklah macam dalam hidup. Tak boleh selamanya hidup kat atas. Tempatnya kecil lagi tinggi. Suatu masa pasti akan turun juga. Perjalanan turun pula adalah amat menakutkan, sebab sekarang badan kita ditarik graviti. Tanah pula licin. Risiko untuk jatuh berguling-guling adalah amat tinggi. Mata pulak dah nampak jurang yang amatlah dalam. Dalam kepala asyik terbayang aje macammanelah agaknya kalau terjatuh berguling-guling. Macam-macam imej tak enak lah yang bermain kat kepala ni. Tapi, hati dan fikiran kena teguh walau takut macam manapun. Kena lawan fikiran NEGATIF tu. Macam mane ye? Cuba, fokus sahaja mata tu kat jalan depan mata. Saya ulang, FOKUS PADA PERJALANAN. Tak usah fikir, "what if i fall, what if i hurt, what if, what if..." Avert your mind by looking onto the road. Fokus on your JOURNEY instead rather than the unforeseeable future.
5.00pm-Sampai di destinasi lewat 40minit daripada yang dijangkakan. Solat maghrib jemaah dalam kesyukuran walaupun baju kotor. Syukur dapat rasa kemudahan yang Allah beri dalam beribadah. Semoga aku ringan untuk beribadah, bukannya meringan-ringankan ibadah.
MORAL OF THE JOURNEY
Hiking ni secara mudahnya saya simpulkan aktiviti yang mengajar diri untuk sentiasa berKUMPULAN, menepati MASA yang ditetapkan dan melihat MATLAMAT dengan jelas supaya kita sampai ke DESTINASI yang dituju.
Bagi diri ini yang percaya bahawa adanya kehidupan selepas mati, saya selalu tercari-cari tujuan hidup. Kenapa kita hidup? Kenapa kita belajar? Kenapa kita ada agama?Apa maksud bahagia? Apa maksud berjaya? Pengakhiran kita bagaimana? Kesemuanya yang telah terjawab dalam Islam. Cuma sekarang adakah saya sekadar tahu atau mahu memilih untuk faham agama.
Semoga Allah kurniakan saya kefahaman dalam beragama dan memberikan saya pengakhiran yang menjamin Redha Ilahi. Amin.