02 April 2010

Kita Khalifah Allah...

Nie lah barisan peneraju MSAI Mangalore chapter..!!!
(p/s:yg atas tu org lme..yg bawah orang baru2!!)

Alhamdulillah..
dengan ini saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna
sekali lagi di berikan peluang utk berbakti pd kawan2..
InsyaAllah..dengan terlantiknya saya sebagai
Vice Presiden MSAI Mangalore chapter,
amanat ini akan saya pikul dgn penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab..
Sebab saya tahu, saya bukan keseorangan..
tapi..saya ada kawan2 yg sedia membantu senang atau susah...
Apa yg termampu saya akan lakukan dgn sebaik mungkin
atas dasar ukhwah dan persahabatan.

.........................

Ini petikan dari blog bro Iman..yg bertajuk Everyone is a LEader....
Currently being appointed as the president of MSAI Devangere chapter..

Tiada seorang ketua yang memimpin orang bawahannya di kalangan muslimin kemudian dia tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk kebajikan mereka dan tidak memberi nasihat (kepada Islam), kecuali pemimpin ini tidak masuk syurga.
[Hadis Riwayat Muslim]


Dari pada sahabat lama saya, mohd Aizuddin
(also leading the Bureau of spirituality in UTP)...
dia mengirimkan ini...

kullukum ra'in wakullukum mas'ulun 'an ra'yatih : semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu adalah bertanggungjawab atas rakyatnya
(Hadith riwayat Al-Bukhari)



NAsihat dari kak Hazimah pula...
(my head prefect kt STF dulu and was the previous Vice pres MSAI Mangalore)..
"tugas kite sebagai naib pres nih adalah untuk menyokong ketua kita..."



KAk Maisarah..Aiman..dan ramai lagi rakan2 pemimpin yang saya kagumi..
Nasihat dan ilmu yang kalian ajarkan takkan ku lupakan..



Pertama kali dilantik sebagai ketua, saya menangis...
kerna saya tahu bukan mudah menjadi pemimpin..
bukan mudah memikul amanah..
kerana sebelah kaki di pintu SYURGA...
yang sebelah lagi di pintu NERAKA..
(sesuatu yang saya pelajari dari kakak Hidayah JAris...)
A noble and great leader..

Dulu, mase di STF banyak pengalaman yg saya tempuhi dan
itulah yang banyak membentuk peribadi saya pada hari ini..
Meminpin sesuatu organisasi memerlukan kesabaran yang tinggi
dan sikap ikhas yang lahir dari hati..
Jika tidak,segala tanggungjawab yang di berikan akan dirasakan
seperti BEBAN yang tidak tertanggung besarnya..
Sampaikan ada yang hilang semangat dan
akhirnya melakukan kerja bagaikan batuk di atas tangga..

Peluang mentadbir bagi saya adalah sama seperti menyebarkan dakwah..
Cuma, saya berhadapan dengan rakan-rakan sebaya dan adik-adik di bawah jagaan saya..

Tidak seperti Nabi kita,Muhammad S.A.W...
Baginda menyebarkan dakwah kepada setiap golongan manusia..
Tidak kira tua, muda ,miskin ,kaya ,hamba, merdeka,
anak-anak yatim..dan golongan teraniaya..
Cabaran yang saya tempuhi dahulu hanyalah sekelumit..
Tidak sebesar cabaran yang Baginda hadapi....
Waktu itu, saya hanya ada kisah-kisah Baginda sebagai penguat semangat..
Indahnya,jika Dia ada di sisiku...

Seringkali ingin mengalah,putus asa, dan kecewa dengan sikap rakan-rakan..
Tapi,bila saya kenangkan Baginda..
saya jadi kuat..saya jadi SABAR...


Alangkah indah nya jika Baginda ada di sisiku..
Mesti Dia akan mengatakan sesuatu yang menyenangkan hatiku..
Rinduku pada KekasihMu Ya Allah..amat dalam...
Hanya Hadis dan As-Sunnah menjadi teman..

Bukan mudah menjadi ketua..
kerna dia bukan shaja perlu menguruskan hal pentadbiran..dan kebajikan...
Tetapi, apa yang lebih penting mendidik insan di bawah pimpinannya..
Menunjukkan yang betul yang salah..
Bahkan..,menjadi teladan pada mereka..
Bukan senang...kerna setiap langkah,tutur kata, perilaku,gerak-geri..
perlu di susun cantik..kemas dan teratur...
Jika sumbang..alahai,buruk padahnya....
Nauzubillah...



Oleh itu, saya mengharapkan agar saya di berikan ketabahan hati,
kelapangan masa,kekuatan tenaga, keikhlasan jiwa dalam memikul amanah ini..
bukan shaja sebagai pemimpin tetapi juga sebgai seorang pelajar..
InsyaAllah..


........................................................




2 comments:

mazni mahirah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tabibbatunhawa said...
This comment has been removed by the author.