Bila balik Malaysia, mesti ada aturannya.
Kena patuhi undang-undang tempatan kalau tak nak kena tahan kat kastam nanti.
Sekarang, pejabat polis dah baru. Hari tu barulah dapat merasa melapor diri dekat pejabat polis buat pertama kalinya. Yelah, dah setahun tak balik-balik. Bila pejabat baru dah siap , pun masih lagi tak balik.
Nampak kan makcik kat sebelah. alhamdulillah, makcik ni lembut orangnya. Tak macam pakcik yang jaga kaunter pendatang asing atau foreigners section. Pakcik tu garang. Polis lah katakan. Gelak pun tak boleh. Nak bising-bising lagi lah tak boleh. Bila datang sana, terasa macam nak berkawat pulak. Dengan bunyi but dan komander yang terjerit-jeirt kat luar. Haha, tak rindu langsung dah zaman-zaman marching kat sekolah. I had my time. Enough is enough.
Bila dah datang sana apa pula lah yang akan jadi kan? Baiklah, saya akan terangkan.
1. Tunjukkan passport, tiket( kadang-kadang tak perlu) dan residential permit (RP) letter.
2.Petugas akan mabil fail berdasarkan nombor siri yang terdapat pada surat permit tu.
3. Meraka akan update fail anda dan cop fail dan surat tersebut.
4.Mereka juga akan minta tarikh berlepas dari India. Surat permit mestilah tidak melebihi 7 hari dari tarikh melapor diri. Oleh sebab itu, kita kena melapor diri sekurang-kurangnya 7 hari sebelum berlepas dari India.
Banyak kan cop? Cikai aje ha. Dokument punya penting pakai A4 aje. Tu dia, penuh dah RP. So, setakat ini, saya baru pulang Malaysia hanya 6 kali. Pejam celik adik-adik semua dah tinggi belaka mengalahkan kakaknya. Kalau terasa nak balik nanti tambah kertas baru kalau nak dapat cop. Hihi.. |
5 Selesai cuti masing-masing dan setibanya anda di daerah masing-masing, anda perlu melapor diri kepada pejabat sekurang-kurangnya 7 hari selepas ketibaan anda dari Malaysia.
6. Procedur yang sama akan berulang. Jadinya, akan ada dua cop di atas RP anda. satu menunjukkan anda akan keluar dari India dan satu lagi menunjukkan anda telah berada di India.
Ooops, jangan juga lupa untuk isi borang release permit sebelum keluar dari daerah masing-masing dan laporkan kepada JPA. Al-maklum, dah macam-macam kes yang jadi, mereka perlulah pantau keselamatan pelajar-pelajar di tanah asing ni kan? Nak tahu macam mana? Sila lihat ini.
Upload release form tu di http://www.mediafire.com/?i1an883ztqb2qwa
Kalau dah hantar, tunggu surat pelepasan daripada JPA. Sila patuhi arahan ye. Kalau hilang ke , kena culik ke, ada nahas berlaku, senang nak cari dan hulurkan bantuan. Aish, macam-macam kes dah jadi kat pelajar Malaysia. Maka, sayangilah diri anda dan keluarga anda. Jaga keselamatan masing-masing.
p/s: Rest in peace to the late Malaysian student who got killed at Malang, Indonesia recently. Just in case, if any f us got attacked by a robber who might be ready to kill for money,put your life value above your money and treasure. Harta boleh dicari ganti, hidup hanya sekali.
No comments:
Post a Comment