Argh.Geram! Penat-penat aku dah buat video segala bagai, YOUTUBE gi blok audio lah pulak! Demm you YOutube! So, terima ajelah apa yang ada ek. tak larat dah nak pening pale edit-edit video lagik. Peh! Laen kali aku buat audio sendirik lah macam NIgahiga....
10am- Naik Bus 3A dari Bus stop Kankanady. 10 rupee sorang.
10.15 am- Tiba di Bus stop kat junction. Haruslah berjalan ke dalam untuk tiba ke pintu gerbang. Dalam 5 minit jalan kaki ea.
10.30 am. Semuanya dah tiba di Pintu Pellikula.
Harga tiket Masuk : 30 Rupee Dewasa. Kamera sebijik 25Rupee.
Sila masuk dengan hati. Selebihnya, depa semua bersabarlah tengok video ni semua ea.
Kalau nak jugak tengok meh tengok kat Facebook Album : Pillikula 2012.
Tak yah bawak air. Ade je jual kat dalam tu. Erm, pesana khidmat masyarakat. Sila bawa bateri lebih kalau nak tangkap gambar. Kawasan zoo ni besar. Huhuh. Satu lagi, janganlah hangpa semua datang lepas hujan yek. Kang habis sepatu mahal korang. Sini jalan merah aje ha.
Pakai baju seselesa mungkin. Beg tu, tok sah ler nak trendy bagai. Biar lah kodi sket. Bukan nyer nak jalan atas pentas catwalk. Adapun, jalan susur gajah aje untuk korang lalu. Bagi yang tak biasa jalan jauh-jauh, sila warming up dulu. Takut habis aje pusing satu round kaki masing-masing cramp!
Owh ya, jangan lupa enjoy your visit to the zoo!
Kami semua pulang tepat pukul 2petang dengan Bus 3A. Sempat jugaklah pekena air kelapa dan makan isi kelapa laut...Sodap aihhhh....Macam nata de koko!!!
Orait... Dah tiga hari aku edit video ni. Nak tido.
P/s: Esok nak gi kenduri kahwin tempe(Orang tempatan) Muslim. Hadiah dah balut. Baju dah basuh. Tinggal nak gosok.Kamera dah siap siaga dengan bateri. Jangan lupa juga tengok rumah baru kat Kuttar...