30 June 2012

Tiada Tingkap

Published with Blogger-droid v2.0.6

25 June 2012

Ikan Emas Di Bawa Belajar...




Dah dapat ikan baru, sila jaga dengan elok!

Jangan sampai mati lagi !




Dulu saya ingat susah nak jaga ikan emas sebab selalu dengar yang ikan emas ni kalau malas nak jaga cepat mati.

Tapi, Elaine dah bagi saya ikan emas dia. Dia malas nak jaga dah. Dia malas sebab kena selalu tukar air.

Ikan yang kecik-kecik tu, saya suka sebab bila berak pun najis dia kecik-kecik je, tapi, kalau ikan emas tu najis dia besar-besar panjang pulak tu. najis ikan yang menyebabkan air selalu cepat kotor. Memandangkan saya ni belajar lagi, dan bela ikan ni sebab nak hilangkan rasa bosan maka saya ambil inisiatif untuk beli akuarium yang agak besar dan beri ikan tu makan sekali sehari sahaja iaitu pabila saya makan malam, dia pun makan lah sekali....

Dulu, ibu pun ada bela ikan pastu mati sebab dia tak nak makan. Ikan tu tangkap kat sungai ke air terjun tak ingat dah. (Malik, Ko tangkap ikan tu katne wey?). Masa tu langsung tak paham ape spesel nyer lah bela ikan kan. Bukan seronok macam bela kucing. tak boleh pegang, tak boleh nak manja-manja. Cuma ikan tu akan aktif kalau tyme nak bagi makan aje. Tak seronok lah kan kalau dapat tengok aje. Nak juga pegang, nak belai-belai. Dia ngeow,kita pun ngeow balik kat dia. Dahtu, ikan bukan ada bunyi macam kucing, senyap aje. Takpelah, kan kita hati pengembara,kenalah cuba mende baru kan? Setipa makhluk ada keistimewaannya betul dak?Asalkan kita tahu baik buruknya dan bersedia menghadapi segala kemungkinan mencuba sesuatu yang baru. Tepuk dada tanya hati. :)

Air yang kat dalam video ni dah 3 minggu tak tukar, masih jernih kan?

Hihih, nak tambah koleksi ikan lah. Tapi, tunggu habis posting surgery dulu. Kalau lalu falnir road lagi, Bayu nak beli jugak ikan laga.Sekor pun jadik lah!

Mungkin lepas ni, kena beli garam anti-klorin tu untuk elakkan ikan laga tu mati.Rasanye, haritu ikan tu mati sebab :
  • tukar air baru
  • air ada arus disebabkan oleh pam udara (ikan laga dan gapikan hidup dalam air tenang kat longkang,sawah padi, etc)
  • bagi dia makan nasi ( kan saya bagi dia makan masa saya dinner)
  • campur dengan spesies ikan kecik tu
Itu semua andaian saya semata. Harap-harap takde lagi yang mati lepas ni. Ikan gapi kat balkoni luar tu, dah berapa hari tak bagi makan pun hidup lagi. Tak pakai pam udara pun. Cuma ada daun kiambang dalam baldi bocor-sikit-kat-tepi. Sekarang musim hujan, jadi air pun takyah lah tukar selalu. Gomenneh Gapiku! Nanti saya tak lupa lagi!Awak makanlah jejentik nyamuk kat baldi tu ea!

Nota kaki: Jangan beri mereka makan nasi aje.Kesian mereka... 

24 June 2012

Hujan Yang Turun...


Duduk dalam bus sambil baca novel. Masa hujan-hujan ni syok baca novel.
 Bukan buat ape pun dalam bus. Baik baca buku....
Sebenarnya nak amek gambar pakcik ni tertido sambil sandar kat tiang tu, tapi dia kalih lah pulak..

Anna yang pakai baju coklat lumut tu lah konduktor bus. Kalau baik dapatlah rate C= college students untuk 5 rupee. Kalau tak pekenalah harga tiket yang biasa iaitu 9 atau 10 rupee. 10 rupee sama dengan 56 sen lah kire.

Syiok owh dengar lagu instrumental  naik bus. Nak-nak bila lalu jambatan dekat sungai Nitravathi tu.


Bila dah beli baju baru, mesti nak melawa lah kan? Ahaha..rasa pelik pula combination kaler. Takpe, boleh improve.....

 Bila musim hujan ni, macam-macam kita boleh buat. Otak ni pulak ada macam-macam idea lah buat. Kejap nak buat itu,kejao nak buat ini. Tapi, kita bikin mende yang logik dek akal dan kalau boleh  'menda nak dib uat tu' mestilah seperti sambil menyelam minum air!

Antara mende yang saya teringin nak buat ialah:


Taugeh!


Hari keempat setelah dibiarkan di balkoni.

Ni tapak semaian aka ladang mini taugeh milik BAyu  sdn. bhd.


Alamak, tak berapa nak jadi lah. Bila dah bukak tutup , ada taugeh yang panjang, ada yang mengerekot,ada yang gemuk, ada yang bantut. Takpe, walaupun dah cuba carik kat google macam macam mana nak tanam taughe, yang kuar asyik iklan suruh beli togeh dia aje, sebab tu ler taugeh Bayu jadi macm ni. Air tak perlu siram sebabnyer kalau dah duduk tingkat paling atas, bilik pulak mengadap laut sudah pastilah air hujan akan terpercik sampai ke dalam bilik. Lagi-lagi kalau angin kuat, sampai basah langsir aku. Bayuu suker benor hati tengok hasil taugeh ni. Tadi pegi tuai mana yang dah matang buat mee rebus. Tengok ler Mee rebus udang suka ayam berkuah santan pedas.Nak ? Buat ler sendirik!




Itu saje entry kali ni, adiossssss!



P/S: Baru habis borak dengan keluarga. tak boleh guna skype. Tak tau nape. Akhirnya guna team viewer. Menarik. Sila cuba.

22 June 2012

Ia Indah Sekali...


Bayu mahu tuju lagu ini pada semua pemilik hati yang merindui KekasihNya.

Hadek-berhadek yang hebat!


Mereka semua adek-adek Bayu.

Bayu rindulah kat diowang nih.

Semua dah besar panjang menunjang.

Tambah tinggi takpe, jangan tambah lebar yer.

Tambah ke depan pun jangan, tambah ke belakang pun jangan.
(tau tak mende nyer ape tu?)

All the best in your life brader!


20 June 2012

Timbullah emakku si ikan kaloi...

Tajuk takde kena mengena ea.

Happy sangat sebab ada teman nak makan kat bilik kan?

Ikan laga, mula-mula kecik aje, dalam masa sebulan ekornya dia dah kembang dan lawa sekali!

Bila letak dalam balang bersama daun kiambang, air dia tetap jernih walaupun tak tukar untuk 3 minggu. Makan pun, cuma bagi pellet hijau merah tu je lah...











Setelah di biarkan dalam akuarium selama sehari...












Kedua-dua ikan gapi dan ikan lagaku akhirnya mati kembung terapung-apung di permukaaan air. Agaknya, dia tak sesuai dengan air yang ada arus.   Kalau tak pun, dia mati sebab BAyu bagi makan nasi. Huhuhukkk...nape ea??????????






14 June 2012

Bangkit Semangat!





Kena kuat hadapi apa sahaja yang mendatang.

Ayuh!

Bangkit!

12 June 2012

Cafe coffee day


CCD has always been a place for people to gather and remind themselves of the valuable time people have. It always has been the same for people like me, who always found joy and laughter here. Drinking coffee and whatnot in a small circle, gigling and smiling enjoying the very brief moment we had together.

Published with Blogger-droid v2.0.4

06 June 2012

Tajuk Tiada

Argh!




Akhirnya...




Ke tong sampah juga akhirnya.
Published with Blogger-droid v1.6.5