25 June 2012

Ikan Emas Di Bawa Belajar...




Dah dapat ikan baru, sila jaga dengan elok!

Jangan sampai mati lagi !




Dulu saya ingat susah nak jaga ikan emas sebab selalu dengar yang ikan emas ni kalau malas nak jaga cepat mati.

Tapi, Elaine dah bagi saya ikan emas dia. Dia malas nak jaga dah. Dia malas sebab kena selalu tukar air.

Ikan yang kecik-kecik tu, saya suka sebab bila berak pun najis dia kecik-kecik je, tapi, kalau ikan emas tu najis dia besar-besar panjang pulak tu. najis ikan yang menyebabkan air selalu cepat kotor. Memandangkan saya ni belajar lagi, dan bela ikan ni sebab nak hilangkan rasa bosan maka saya ambil inisiatif untuk beli akuarium yang agak besar dan beri ikan tu makan sekali sehari sahaja iaitu pabila saya makan malam, dia pun makan lah sekali....

Dulu, ibu pun ada bela ikan pastu mati sebab dia tak nak makan. Ikan tu tangkap kat sungai ke air terjun tak ingat dah. (Malik, Ko tangkap ikan tu katne wey?). Masa tu langsung tak paham ape spesel nyer lah bela ikan kan. Bukan seronok macam bela kucing. tak boleh pegang, tak boleh nak manja-manja. Cuma ikan tu akan aktif kalau tyme nak bagi makan aje. Tak seronok lah kan kalau dapat tengok aje. Nak juga pegang, nak belai-belai. Dia ngeow,kita pun ngeow balik kat dia. Dahtu, ikan bukan ada bunyi macam kucing, senyap aje. Takpelah, kan kita hati pengembara,kenalah cuba mende baru kan? Setipa makhluk ada keistimewaannya betul dak?Asalkan kita tahu baik buruknya dan bersedia menghadapi segala kemungkinan mencuba sesuatu yang baru. Tepuk dada tanya hati. :)

Air yang kat dalam video ni dah 3 minggu tak tukar, masih jernih kan?

Hihih, nak tambah koleksi ikan lah. Tapi, tunggu habis posting surgery dulu. Kalau lalu falnir road lagi, Bayu nak beli jugak ikan laga.Sekor pun jadik lah!

Mungkin lepas ni, kena beli garam anti-klorin tu untuk elakkan ikan laga tu mati.Rasanye, haritu ikan tu mati sebab :
  • tukar air baru
  • air ada arus disebabkan oleh pam udara (ikan laga dan gapikan hidup dalam air tenang kat longkang,sawah padi, etc)
  • bagi dia makan nasi ( kan saya bagi dia makan masa saya dinner)
  • campur dengan spesies ikan kecik tu
Itu semua andaian saya semata. Harap-harap takde lagi yang mati lepas ni. Ikan gapi kat balkoni luar tu, dah berapa hari tak bagi makan pun hidup lagi. Tak pakai pam udara pun. Cuma ada daun kiambang dalam baldi bocor-sikit-kat-tepi. Sekarang musim hujan, jadi air pun takyah lah tukar selalu. Gomenneh Gapiku! Nanti saya tak lupa lagi!Awak makanlah jejentik nyamuk kat baldi tu ea!

Nota kaki: Jangan beri mereka makan nasi aje.Kesian mereka... 

2 comments:

aqu09 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tabibbatunhawa said...
This comment has been removed by the author.