30 August 2012

Tazkirah Ramadhan di Mangalore

Hari ni dah masuk dah tahu yang ke-55 Malaysia merdeka.Baru teringat nak jenguk balik nota yang diambil masa tazkirah minggu terakhir Ramadhan. Isk3...Bilalah nak Ramadhan lagi...Gembira kita nak beraya dan menyambut merdeka,cubalah titipkan dalam hati tu, rasa rindu nak ber'Ramadhan' semula.

 Nah,Bayu nak kongsikan nota ni.Maaf, agak berserabut sebab tepon ni, kecik sangat.Tak leh nak taip laju-laju macam kat laptop. Huhuh..... Biar lambat,asal adelah kan?

Lihat gambar di Facebook: Tazkirah Ramadhan 2012

Oleh Akhi Ridzuan.



Tips hidup di India untuk junior baru datang. Ubat untuk hati yang lara - DUIT BANYAK.

Tariq Ramadhan- In the footsteps of the Prophet 2012.

Kita ni ramai tapi tak ada impak , ibarat buih di lautan banyak bilangannya tapi tak mendatangkan apa-apa. Walaupun umat Islam yang sebanyak 1.6 bilion tidak mendatangkan impak.

Bagusnya duduk di luar negara mendidik diri untuk tidak terpengaruh dengan environment.

Hakikat dan realiti hidup di Malaysia :  Rompakan, buang anak, masjid kosong, dan banyak lagi.

Sampai bila - Mentaliti belajar yang diterapkan sejak kecil. Keputusan cemerlang supaya dapat mencapai cita-cita. So,apa jadi bila kita capai cita-cita, doktor misalnya.

Kisah di Malaysia - Banyak kes zina doktor dan nurse, doktor yang tidak solat. Standard hidup 'doktor' - kereta mewah, rumah besar, melancong dll. Kitaran hidup hingga 60 tahun yang hanya untuk mencari harta.

Kebaikan yang ada pada kita ibarat buih. Di penghujung hidup,sudah terlambat untuk beribadah. Padahal, pada usia muda hanya strugle untuk cari harta.

Beza Mualaf dan Islam keturunan yang tiada value. Ramai orang baik yang tidak buat apa-apa mendatangkan kerusakan secara tidak langsung.

Al-Baqarah-11-12.

Hadis kapal. Perumpaan org2 yg mejga btas Allah ibrat sbuah kapal yang ada dua bhagian... Hadith kapal.

Membaikkan diri kita sama aja dgn membaikkan org2 sekeliling kita.

Allah takkan ubah nasib kita melainkan kita ubah nasib kita sendri.

Apa kenangan Ramadhan kalian selama 20 tahun. Buat cheklist untuk tengok perubahan. Jangan sampai kosong dan tidak bermanfaat utk diri. Berubah itu wajib dan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk melatih diri untuk berubah. Bila dah buat betul-betul bru rasa ada perubahan.

Jadikanlah ramadhan ini lebih baik dari yang lepas.

Kempen untuk mengejar hari2 terakhir ramadhan.

- Hadith hasan banna, menasihati orang bukan bermakna kita yang terbaik dikalangan kamu.

Tanya pada diri Islamkah kita pada hari ini.

Khatam Quran dan paham maksud supaya faham dan dapat menyentuh hati dan - berubah.

Tunggu sampai hidayah- salah tanggapan tu. Kena jihad dlu bru dapat hidayah.

Apa significant ramadhan kita kali ini. Ubahlah apa yang ada pada dirimu.

Supaya takbir yang dilaungkan di pagi raya dirasakan seperti takbir kemenangan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

28 August 2012

Rindu Orang Kampung...


Saya terindu pulak orang kampung, lantas bila tengah belek-belek FB, terjumpa pula rakan yang sibuk cari makna sendiri. 

Hah, terdetik la pulak dalam hati. Selama ni tak pernah tahu betul-betul maksud nama-nama adik-adik dan ibu ayah Bayu.Jom kita guna khidmat Mr. Google. 

Tengok kat web ni atau ini atau ini.



Ayah






Ibu
                     

Boleh rujuk kisah penyisir rambut isteri Firaun di sini.


 Kak Along
                            






Abang Ngah









Kak Lang (Sebab budak ni memang lang leng loi oi oyyyttt!)

Abang Anjang (sebab budak ni memang panjang ke atas!)



Kak Chik



Kak Usu
Maryana ni akak penah lah jumpa dalam buku. Maksud maryana tu ialah mutiara putih yang bersinar-sinar , tak silap akak. Sowi dek, ni daripada pembacaan akak. Huhu...Dulu, memang teringin jugak nak tahu maksud Maryana.Penat dah akak Google nama ngko dek.Takde pon ha.Nanti, tanyalah pada ayah dan ibu ye.



Ececeh...sebenornyer, nama gelaran ni semua angan-angan ajelah. Sesaje nak tau, apa nama gelaran anak-anak ikut pangkat bagi masyarakat melayu.Kalau nak tahu, tengok lah sini,sini dan sini. Macam-macam versi ada! Hehe, tengok-tengok ler kalau berkenan nak panggil adek-adek ke,abang-abang,kakak-kakak korang, nak nak kalau nama semua awal sebut nak dekat sama.Elok lah juga, nanti bila nanti dah ada anak buah, bolehlah anak buah korang tu panggil korang dengan gelaran ni semua. Kan senang....

Agaknya, sebab keluarga ayah dan ibu memang adek-beradek ramai, pakai hentam panggil nama je lah semua. Nak tahu berapa? Ibu ada 14 adek-beradaek.Ayah pula ada 12 adek beradek. Hah! Hamek ngko... ramai sungguh manusia yang aku nak kena hafal nama. Huishh...tu belum kira nak kenal kembar-kembar dalam family! Hmmm, dah lah susah nak hafal nama orang. rupa memang ingat...Photographic memory lah katekan. Tapi, paYYaawwwh bebenau la hambe nak ngingat name kome!*Gaya Cik Pah Bedah!* Biar benar lah BAyu nak masuk medik ni...kuangg..kuannggg kuwawawanggggg....



p/s: Jangan terkejut dengar budak-budak ni semua panggil Bayu dengan Awe sahaje.Takde KAK,takde LONG. Jangan terkejut juga kalau kami anak-anak membahasakan AKU dengan ibu ayah sebab itu memang biasa dalam masyarakat Jawa. Kalau Bayu bahasakan AKU dengan kawan-kawan, maksudnya anda sudah dikira  bukan orang asing ataupun anda adalah lelaki dan perempuan yang otai-otai. Kalau Bayu bahasakan diri dengan nama Bayu, maksudnya Bayu suka anda,tak kiralah laki ke pompuan.Ahahahah.......bagaimanan kalaunak beza samaada saya suka atau minat? Owh, senang sahaja, sama ada anda superrrrr sopan, BAyu takdelah nak bahasakan AKU dengan anda.BaYu guna Saya atau ORANG. Kalau saya minat plus admire Bayu guna nama sendirik lerrrrrrr... Pecah tembelang sudey...AMARAN ! Ini adalah signal lemah untuk disampaikan kepada si Dia. You...do you read this? Please read this......




*PRAY DOA JODOH Relly HARD*


Doa bagi wanita yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”. 


Do’a agar dimudahkan dalam mendapatkan jodoh :

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

“ROBBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHOIRUL WAARITSIN”.

"Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik. 

dan doa lain-lain di sini.

24 August 2012

Sky Study


Klik pada gambar untuk imej lebih besar.

22 August 2012

Raya3x! Sanah Helwah Malik!!





Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! 

Hooray! Tahun ni raya jatuh pada hari Ahad! Alhamdulillah, senanglah kami nak masak-masak...Pihak Malaysian Student Associates aka orang berkaki lebar-lebar membuat keputusan supaya raya kali ni kami sambut pada waktu malam.Pagi tu kami hanya bersiap-siap untuk solat sunat hari raya bersama rakan-rakan yang tak balik Malaysia samada atas alasan ada kelas atau ada cuti tapi sengaja tak mau balik.Yang balik tu, ehem-ehem, paham2lah, kenalah ponteng kelas kalau nak beraya bersama keluarga. Yelah, India bukan macam Malaysia boleh pulak kumpul-kumpul cuti semata-mata nak extend raya seminggu.

Hehe, tengok ler gambar kat atas tu,banner hijau letak gambar sendiri. Habis semua tudung aku cuba nak mix-match ngan kain sari-tenda-rona-biru-laut ni.Okaylah kan? Fesyen i tak pelik kan? Cuma tang nak pin selendang tu je tak gheti benor.Tu yang biar lepas macam tu aje.

HAri ni, 22hb Ogos 2012, maka genaplah adik Bayu si Malik berusia 22tahun. Nampak gayanya usia beliau meningkat seiring dengan meningkatnya lebar perut beliau. Mr Malek! Jagalah perut dan body anda, akak dah larat nak belikan seluar untuk ko tiap-tiap taun wey!Akak laen lah, boleh cover lagi dengan skirt, kalau takpun kat India ni , boleh pakai patiyalla(seluar kembang ropol-ropol). Dengan in akak nak mengucapkan selamat maju jaya kepada kesayanganku ini, eh adek lain pun akak sayang gak. Sori eh, hari ni kasik Malek can sket eh?




Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". [Maryam, 19:33]


Ni copy paste je dari post terdahulu...Hehe saje je nak ingatkan.

Semoga menjadi insan yang dimuliakan disis Allah..menjadi anak yang soleh, adek yang taat, pelajar yang baik,pekerja yang setia, abang yang baik tapi tegas dalam teguran..dan semoga bertambah ilmu, amal, umur..dan akhir segala...semoga adik akak ni dijauhkan dari segala bentuk sifat mazmumah..dan memiliki sifat-sifat mahmudah!!! Aminnn....



Jom tengok balik evolution of our LEMAK!

Daripada hensem, kurus kering..







Kepada.....





Hahaha....

Jangan mara ah..nanti kena jual!



16 August 2012

Ramadhan Updates.


Assalamualaikum dear readers!

Mereka juga mencari rezeki di kala hujan membasahi bumi.


Eceh, macam lah ramai benor yang bacanyer. Ah tak kira janji ada orang baca. who cares kan? Yang penting menulis dari hati, bukan untuk glamour.

Baiklah, entry kali ni takde lah nak bebel banyak. Cuma nak update je mende-mende dan peristiwa menarik sepanjang bulan ni.

Nak dikabarkan berita lah, rupanya bila dah dekat akhir Ramadhan, elok pulaklah modem/router internet tu terbakar. Jugak tu, kebetulan adapter laptop pun turut sama rosak. Punyalah resah gelisah beberapa hari ni takde internet. Nasib baik duni dah canggih, ada 3G. Lepas jugaklah rindu nak berFB. Bukan apa, bila dah terbiasa rasa nak tengok berita, bukak FB je senang. Eh eh? Ye ke nak tengok berita je? Semua ada. Sekarang, dah makin mudah, boleh groupkan setiap 'interest' kat FB ikut kesukaan. Gunakan FB dengan bermanfaat ye kawan-kawan!

Berbalik kepada cerita 'terbakar' tadi. Dah tu, merasa lah juga, study tanpa internet dan Google...Merasa jugaklah hidup tanpa FB yang tak sah kalau tk bukak sehari, merasa jugaklah laptop tak bukak hanya untuk belek-belek fail-fail berselerak yang ntah tak tahu bila nak kemas.Merasa jugaklah beberapa hari ni tak edit post dan gambar-gambar dan banyak lagi lah mende lagha dengan laptop dan internet.

Di waktu gersang itu jugaklah, sempat BAyu tengok satu post berkenaan seorang JUTAWAN Arab yang jatuh miskin di hujung usianya. Cerita ni sempat lah saya kongsi kat meja makan waktu berbuka tadi dengan housemate. PAk Arab tu merupakan seorang yang sangat miskin dan tidak berharta di usia mudanya, namun dengan kebijaksanaan dan kecekalan hati beliau, dapatlah dia menjadi kaya-raya hingga disenaraikan orang yang ke-17 terkaya di dunia. Kebanyakan hartanya bersumberkan dari perbankan Islam dan ladang ternakan kambing dan lembu yang dipasarkan secara global. Masa baca tu, memang rasa sangat kagumlah dengan pak Arab ni. Walaupun sibuk mencari kekayaan dunia, beliau tak pernah lalai dan leka daripada tanggungjawab membangunkan ummah dan syiar Islam.Di hujung usianya, beliau menyatakan yang semua hartanya telahpun di sedekahkan dan dibelanjakan untuk kemasylahatan ummah. Harta warisan untuk anak-anaknya juga telah diberikan. Apa yang ada pada beliau kini hanyalah  pakaian beliau.MasyaAllah! Mampukah kita berbuat demikian ?

Apa yang nak dikaitkan dengan cerita 'adapter terbakar'  dengan  cerita Pak Arab ni ialah: Pernah suatu ketika anak lelakinya berlari-lari mendapatkan ayahnya setelah melihat salah satu daripada kilang tekstilnya terbakar hangus dan tiada apa pun yang dapat diselamatkan. Tahu tak apa Pak Arab tu kata kat anak dia? Dia kata : Alhamdulillah! Ada satu lagi malapetaka yang menyebabkan beliau kerugian berjuta-juta pound  dan akauntan yang cukup resah itu menyatakan berita itu kepada Pak Arab tu dengan sedih hati. Alangkah terkejutnya semua orang, yang Pak Arab tu memberikan  jawapan yang sama diberikan kepada anaknya tidak lama dulu iaitu dengan ucapan ALHAMDULILLAH!

So, apa pengajaran daripada cerita pak Arab ni? Apa yang BAyu faham, dan terkesan dengan cerita beliau ialah tentang REDHA tentang sesuatu harta dunia yang Allah ambil dari kita.Apa itu REDHA? Macam mana nak REDHA kalau harta itu ialah usaha dan titik peluh kita selama ni hilang macam tu saja? Ambillah contoh daripada pak Arab ni. Dia mengucapkan Alhamdulillah tatkala musibah menimpa beliau.Selalunya orang akan cakap Innalillah kalau ada musibah terjadi tapi kenapa pak Arab ni kata Alhamdulillah? Kesan daripada peristiwa 'terbakar' tu, saya mula faham kenapa pak Arab tu kata Alhamdulillah.

Pada pendapat BAyu, bila Allah ambil harta,pangkat,nama,apa sahaja milik kita di dunia ini kita sebagai hambanya sepatutnya bersyukur dengan ketentuan tu. Mungkin hikmah di sebalik musibah dan kehilangan tersebut dapat menambahkan lagi ketakwaan kita dan masa kita untuk Allah. Mungkin Allah nak kita spend more time with finding him than busy finding worldly-items.Allah nak kita ingat yang Allah Maha Berkuasa, dapat meletakkan dan mengambil apa sahaja yang Dia kehendaki daripada kita.Terpulang pada kita, untuk menilai kebaikan dan hikmah disebalik musibah tu.In this case, i should embrace the time i got when the adaptor went burnt. I got more focus on my ibadah and spent less time stalking people.More and more time to read Quran. Alhamdulillah, dah nak khatam ni!

Nak di ceritakan juga, a few days before end posting medicine, not having the so called one stop entertainment center aka laptop made me focus more on my studies.Ehehe, selalunya kepala mesti berserabut nak buat macam-macam nak dekat exam. Nak tengok video medicine lah, nak Google every syndrome,every signs,every murmur so on and so on. This time, my time is absolutely exclusive for READING Clinicall Medicine Arup Kumar Kundu and Hutchinson in which i never by heart anything.Alhamdulillah, managed to finish  both books but unfortunately still not doing so well during end posting.


Ni cerita end posting pula. Tunggu punya tunggu dari kol 9.30 pagi hinggalah 11 pagi, barulah Doktor datang nak tengok presentation. Kali ni, Unit 2 emphasized more on history taking and clinical diagnosis based on the history taken. I got Yamuna, elderly female with breathlessness and cough with expectoration. Kali ni, nasib tak berapa nak baik, sebab selalu nye nursing students yang posting kat situ boleh je available untuk tolong jadi translator tak berbayar masa end posting. Masa tu, diorang ni ada exam  la pula. Tinggal lagi lima belas minit nak habis masa barulah ada kawan batch lain yang baik hati tolong jadi translator. Bukan sorang tapi dua orang. Alhamdulillah. Rezeki datang bergolek dan urusan mudah pula di akhir Ramadhan. Alhamdulillah again, cause my history presentation went well and all came down to the differrential diagnosis of possible disease. Ada dua tiga soalan lah tak dapat jawab dengan yakin. Bagi jawapan pun , examiner tak terima. Dia kata, go back and read CAREFULLY. Yelah dalam perubatan ni, banyak perkara nak dekat sama, kalau gelabah aje kenalah cekup dengan examiner walaupun kita tau jawapan tu. Ni bukan sastera, ni sains. They want a DEFINITE answer!

Macam ni rasanya kalau tak dapat jawab satu soalan yang kita rasa patut boleh jawab.

Sedih memang sedih lah. Benda senang tak boleh nak jawab. Takpe baca balik ayat pengubat jiwa supaya jangan putus asa.

Az-Zumar : 53

Katakanlah, " wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri 
mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh,Dialah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang.



P/s: Dah ada kamera baru.Alhamdulillah.Harapnya dengan kamera dapatlah saya simpan kenangan dan pemandangan yang saya lihat di India bersama sahabat-sahabat tercinta. Jom tengok Membeli Sari dan Iftar dan Tazkirah 2012.InsyaAllah, BAyu akan update intipati pengisian Tazkirah tu nanti.Wasalam!

06 August 2012

Budak Kecik Duduk Sini


Sian budak ni...tersengguk-sengguk duduk atas enjin bus tu.



Published with Blogger-droid v2.0.6

Potrait #1


Pertama kali jumpa budak ni masa kat NADWAH SBP yagn terletak kat SEPINTAR, Selangor. Akhlaknya dan budi pekertinya sangat lah tinggi. Suka bagi hadiah dan nasihat. Seorang murabbi yang sangat disegani dan disayangi oleh semua.


Mulan


Malam tu langit sangat cerah dengan sinaran rembulan yang asyik memantulkan kemegahannya di lautan Lakshwadeep.





-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuba nak ambil gambar pemandangan dengan cahaya yang sangat terang. Ubah setting bagai nak rak barulah gambar tu elok. Rupa-rupanya kena tukar setting  scenery baru boleh nampak semua object dalam gambar. Paling penting, gambar tak lah terlampau blur!

Argh sebab geram sangat tak dapat nak capture moment yang indah ni, Bayu dah buat keputusan nak upgrade camera Samsung ST550 kepada entry level DSLR Nikon D3100.

Harga? Standard lah Seribu lebih je. Ohoks, SERIBU JEwr? Heysh..kalau nak dapat elaun tu, apalagi, gunakan pada jalan yang elok lah. Dah lama den ngidam nak beli DSLR. Orang lain gi EROUP tour lah, Korea lah,Jepun lah, Egypt lah...

Tapi, bagi Bayu semua tu tak bermakna kalau tak dapat nak simpan memori pergi merantau tengok pemandangan yang kita tak pernah nampak dalam bentuk fizikal. Agak penat lah juga kalau asyik nak kena cerita kat orang macam mana perjalanan kita bercuti di rantau kalau tak disampingkan dengan bahan penceritaan seperti gambar dan video.

Semoga kamera Bayu selamat sampai ke Mangalore. Kalau boleh nak ler dia sampai sebelum raya. Huhuksss!!!! Aminnnn....

Ya Allah selamatkanlah perjalanan kameraku itu!
Aminnn...

05 August 2012

Berbuka di Rumah Anak Yatim



Lihat gambar mereka di Facebook. atau Bayu Photoblog.

Assalamualaikum w.b.t.! Semalam kami melawat anak-anak yatim dan berbuka puasa di sana. Macam tahun lepas semuanya berjalan lancar.Makan pun memang best. Pergi sana cubalah nak berborak dengan budak-budak ni tapi rasa frust lah pulak sebab asyik lupa je words in Kannada.

Alhamdulillah, mereka ni pandailah cakap Hindi dan Kannaada. Selalunya masyarakat muslim di sini cakap Malayalam. Nak belajar Malayalam? Hmmm..rasanya tak perlu sebab budak-budak India yang non-locals pun dah give up nak belajar cakap Malayalam. Kalau cakap Kannada senang sikit sebab semua sebutan dia lebih kurang sama je macam sebutan melayu. Bila cakap tu, bunyi macam budak umur dua tiga tahun baru nak belajar cakaplah. Tapi, takpe, tengok budak tu pun baik hati je nak betulkan sebutan dan huruf yang sesuai. Belajar bahasa ni lebih senang cakap je walaupun salah. Bayu rasa agak sukar lah sikt kalau belajar terus daripada buku. Perkataan yang ada dalam buku tu pun bukan semuanya ikut slang dan standard orang sini. Lain yang di baca lain yang disebut.

Kali ni, duit yang dikumpulkan untuk anak-anak yatim ni digunakan untuk membeli sebuah komputer bagi anak-anak ni. Penjaga mereka mengucapkan ribuan terima kasih dan syukur atas jasa baik pelajar Malaysia yang sudi menunaikan hasrat mereka. Sebenarnya memang dah lama mereka berhajat sangat-sangat nak beli komputer ni. Dari tahun lepas lagi mereka dah mintak tapi duitnya asyik tak cukup aje. Alhamdulillah, pada mereka yang memberikan bantuan, semoga Allah balas amal jariah yang kalian kerjakan.

Fuh, dah nak berbuka puasa dah ni. Baik saya tolong si Aini dan Atik di dapur. 

 Jom berbuka!
Da!

Zenath Baksshi Yatim Khanna Iftar 2012




Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.