Lihat gambar mereka di Facebook. atau Bayu Photoblog.
Assalamualaikum w.b.t.! Semalam kami melawat anak-anak yatim dan berbuka puasa di sana. Macam tahun lepas semuanya berjalan lancar.Makan pun memang best. Pergi sana cubalah nak berborak dengan budak-budak ni tapi rasa frust lah pulak sebab asyik lupa je words in Kannada.
Alhamdulillah, mereka ni pandailah cakap Hindi dan Kannaada. Selalunya masyarakat muslim di sini cakap Malayalam. Nak belajar Malayalam? Hmmm..rasanya tak perlu sebab budak-budak India yang non-locals pun dah give up nak belajar cakap Malayalam. Kalau cakap Kannada senang sikit sebab semua sebutan dia lebih kurang sama je macam sebutan melayu. Bila cakap tu, bunyi macam budak umur dua tiga tahun baru nak belajar cakaplah. Tapi, takpe, tengok budak tu pun baik hati je nak betulkan sebutan dan huruf yang sesuai. Belajar bahasa ni lebih senang cakap je walaupun salah. Bayu rasa agak sukar lah sikt kalau belajar terus daripada buku. Perkataan yang ada dalam buku tu pun bukan semuanya ikut slang dan standard orang sini. Lain yang di baca lain yang disebut.
Kali ni, duit yang dikumpulkan untuk anak-anak yatim ni digunakan untuk membeli sebuah komputer bagi anak-anak ni. Penjaga mereka mengucapkan ribuan terima kasih dan syukur atas jasa baik pelajar Malaysia yang sudi menunaikan hasrat mereka. Sebenarnya memang dah lama mereka berhajat sangat-sangat nak beli komputer ni. Dari tahun lepas lagi mereka dah mintak tapi duitnya asyik tak cukup aje. Alhamdulillah, pada mereka yang memberikan bantuan, semoga Allah balas amal jariah yang kalian kerjakan.
Fuh, dah nak berbuka puasa dah ni. Baik saya tolong si Aini dan Atik di dapur.
Jom berbuka! |
Da!
No comments:
Post a Comment