Ada ramai manusia dalam kedai.
Tapi satu pun tak endah.
Semuanya tutup mata.
Tutup telinga.
Dari melihat si ibu
Dan bayi dalam kendongan
Yang tidak menangis kelaparan
Yang tidak lagi kenal erti kehidupan
Yang tidak tahu erti susah atau senang
Yang tidak faham mahalnya nilai maruah
Bila mereka buat tidak endah
Si ibu mula mengetuk gelas kaca
Meminta simpati dari sang kaya
Yang tak lokek berbelanja mahal
Makan dan minum di kedai mahal
Berhibur dan bersenang lenang
Bersama kawan yang sama senang
Aku yang melihat
Dari sudut pemerhati
Cuba menimbang apa perlu dibuat
Pabila si pembancuh kopi menghalau sang miskin
Akhirnya,
Kerana gelojak jiwa yang tak keruan
Sekeping kertas tertulis nasib perut sang ibu dan bayinya
Dengan kertas itu,dapatlah mereka meredakan lapar dan dahaga
Yang belum tentu hilang
Dan akan kembali lagi esok harinya
Kertas itu bukan aku yang beri
Tapi aku hanya memerhati
Dari awal hingga sang miskin itu pergi.
Published with Blogger-droid v2.0.6
No comments:
Post a Comment