01 November 2012

Apa logiknya peribahasa

Owh ya.

Dua minggu lepas aku dan kawan-kawan cina mengulangkaji beberapa peribahasa melayu yang dah ditinggalkan. Kali terakhir menggunakan peribahasa ni dalam penulisan dan perbualan seharian ialah ketika aku SPM dan ketika berada dalam kelab bahasa melayu.

Tak dinafikan kadang-kadang aku memikirkan apa logiknya peribahasa itu semua dengan maksudnya.

Contoh:

Bagai melepaskan batuk di tangga.
Maksudnya melakukan kerja dengan separuh hati. Okeh.Masalahnya adakah dengan naik tangga itu diumpamakan dengan kerja yang dilakukan dan batuk itu diumpamakan dengan kerja lalai atau tak berfaedah atau sesuatu yang tidak perlu pun ketika melakukan sesuaty perkara. Apa kaitan BATUK dengan berhenti di tengah jalan nak naik tangga. Batuk tu kan pathological, suatu mekanisma untuk melegakan lelah atau gatal tekak supaya kita boleh bernafas dengan baik. Mungkin tok nenek kita nak bagitau yang kalau nak naik tangga, pastu batuk2 kat tangga maksudnya orang tu memang nak buat keja tapi dia terberhenti di tengah jalan.Lepas dah batuk baru jalan semula. Mungkin itu yang mereka maksudkan?

Orang Melayu memang kaya dengan budi bahasa. Tapi, kalau nak guna dalam perbualan harian ajelah. Kalau asyik beralas cakap time nak kerja parahlah.

Bak kata Donald Trump si jutawan dunia, dia tak suka orang cakap berkias nih. Kalau boleh cakap tu direct aje. Tok sah nak beat around the bush. Tak payah nak bermadah bagai. Tak tahu cakap tak tahu. Tak nak cakap tak nak. Jangan jadi seperti Puteri Gunung Ledang yang memberi 7 syarat gila dan tak masuk akal semata-mata tidak mahu menolak dengan direct pinangan Sultan Melaka ketika itu.

Ye.Kalau orang nak kat kita. Jangan beri putar belit keadaan dengan memberikan ujian dan syarat. Anda hanya akan mengelirukan si dia. Kan bagus kalau anda beritahu niat dan apa yang terkandung dalam hati tu dengan jelas dan terang. Be spesifik! Have a strong stand! Jangan goyah dan tidak tahu apa yang anda nak.

Kalau dalam medik lagilah. Kalau kena tanya dengan cekgu,cekgu nak jawapan yang spesifik dan bukan general.

Why does this patient has been delirius after head injury? Because the patient had not recovered mam. Pukkkk! Nak kena pelangkung jugak budak nih. Bagilah jawpan macam mana pt tu bley delirius aka mekanisme dan pathophysiology of delirium in traumatic head injury. Ada banyak lagi contoh2 cara jawab general tika viva. Hehe.. Sebabnya aku pun selalu buat. Tak tahu jawapan spesifik tapi kita bagi jawapan yang general.... Sebaik-bainya kalau kita betul2 tak tahu.Say i dont know. Jangan cakap tak ingat. Buat malu je. Cakap tak tahu sebab kalau anda keep on going saying unscrupulous things, the deeper the hole, the bigger the trap. Jangan masuk perangkap. Nanti akhirnya anda sendiri yang malu dengan jawapan sendiri.Rase macam nak sorok je muka bawah tudung saji.(0_o)

Dah hari ni cuti sempena Kannada day. Aku kat kedsi kopi CCD. Sorang aje. Owh, ada text message ibu. Katanya dah hantar baju kurung ke India. Tak tahulah bila nak sampai. ^_^

Menunggu dengan senang hati.
Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: