Ini bukan lagu all RISE nyayian Backstreetboys yang popular suatu ketika dahulu.
Ini adalah entry untuk menceritakan tentang apa yang saya dapat ketika menghadiri program islamik pertama tahun 2013. Ye, Alhamdulilllah saya dan Kak Asma selamat sampai di Manipal pada pukul 8.30 pagi Ahad dengan menaiki bus ekspress Mangalore-Manipal. Hanya perlu bayar Rs 80 = RM 4.43 bagi perjalanan yang hanya memakan masa 1 jam lebih.
Sepanjang perjalanan kami tak tidur tapi berborak tentang 'life' masing-masing. Sebelum tiba di majlis ilmu, kami terlebih dahulu membetulkan niat masing-masing dan sedikit sebanyak mengimbau kembali ayat-ayat suci Al-Quran yang bersangkut paut dengan kehidupan seharian kami.
Ahad. 13.1.13.
Revitalising Islamic Spirit Endeavour (RISE)
Dewan Vaishnavi Bhavan Hall
Gambar di Facebook.
9.15 Pagi
Kami memasuki pintu utama dewan dan ditawarkan cupcake coklat dan keychain. Ada bendera comel dicucuk di atas cupcake.Belakang bendera kecil itu tertera :
"The rise of Islam, Where are you?". Kemudian lekas-lekas mengambil tempat duduk sambil membaca pamplet RISE yang diberikan. Makan cupcake dan bersalam-salaman dengan kenalan di Manipal dan Mangalore.
9.30 am - Intro dimulakan oleh akhawat Manipal. Tak ingat lak namanya. Kemudian dieteruskan dengan Ceramah "Break The Silence" oleh Akhawat U-Medik Johor, Adek Siti Nor Atiqah. Ayatnya mudah dicerna dan sangat-sangat menyuntik pelbagai persoalan dalam diri. Beliau ada bertanyakan secara umum kepada kami:
"Siapakah di sini boleh menceritakan kenapa,bila dan bagaimana Palestine itu boleh di ceroboh?"
"Adakah anda tahu bagaimana penderitaan kaum Rohingya di Myanmar?"
"Adakah anda tahu rentetan peristiwa kejatuhan pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak dan bangkitnya pemerintahan Ikhwanul Muslimin dipimpini oleh Dr Mursyi?"
"Adakah anda tahu siapa itu Israel,Yahudi dan zionis?"
"Adakah anda tahu nasib kaum muslimin di Syria yang di zalimi oleh tentera pemimpin puak syiah zalim iaitu Bashar?"
Lalu apakah tindakan kalian ketika mendengar berita-berita ini?
"Kesiannya mereka. ALHAMDULILLAH, nasib baik bukan kita yang kena...."
Ya, Alhamdullillah. Kita rakyat Malaysia yang menganuti agama Islam hidup aman damai, tiada huru hara, tiada sengketa, tiada perang saudara, tiada tumpah darah dan air mata. Namun, tabiat ini harus di buang bak kata si penceramah. Kerana kita sebagai saudara seagama, merasakan sama-sama sedih dan marah bila agama kita di permain-mainkan, dan bila nyawa saudara kita sewenang-wenangnya di di buang, dan bila rumah-rumah mereka dirampas, dan bila tempat-tempat mereka bersembahyang di bedil bom dan peluru berpandu, dan bila anak-anak kecil dibunuh tanpa rasa belas kasihan, dan bila wanita-wanita mereka di rogol dan di bunuh sesuka hati, dan bila Al-Quran itu di henjak-henjak dan di bakar dengan hina oleh tentera-tentera musuh.
Alhamdulillah, memang bukan rumah kita yang terbakar. Alhamdulillah, bukan nyawa adek kita,akak abang kita,atau ibu ayah kita yang melayang. Alhamdulillah, bukan negara kita yang diserang. Alhamdulillah, bukan kita yang diugut dan di dera oleh tentera musuh. Alhamdulillah, bukan aku di tempat mereka.
Ketahuilah wahai rakan dan sahabatku, yang ini tidak sepatutnya terjadi. Bak kata pepatah Melayu, Cubit peha kanan, peha kiri terasa pedihnya. Memang iya, mereka itu jauh daripada kita. memang mereka itu saudara seagama kita. Namun, apakan daya kita, kita tak mampu berbuat apa-apa saat mereka di hina,didera,dan di bunuh dengan kejam. Hanya mampu berkumpul ramai-ramai, beli bendera musuh dan bakar bendera mereka sambil melaung-laungkan kata-kata kebencian kepada pihak musuh.
Ketahuilah wahai rakan dan sahabatku, musuh itu ternyata tidak sama sekali tergugat dengan celaan dan kata-kata kebencianmu terhadap mereka. Tetapi, apa yang mereka lebih geruni dan takutkan adalah penuhnya saf-saf solat Subuh jemaah di masjid-masjid dan surau-surau kampung di sesebuah kampung,daerah atau negara. Selagi tidak penuh, maka itulah pentanda yang umat Islam sampai bila-bila pun tidak akan bersatu menentang musuh mereka. Selagi tidak penuh dengan pemuda-pemuda Islam yang jiwanya ada roh Islam, selagi itulah musuh-musuh Islam tidak perlu merasa gentar dengan ancaman umat Islam. Seperti tin kosong, bila diketuk bising, tapi isinya tiada.
Jadi, usrah dan tarbiyah adalah jalan terbaik bagi umat Islam. Usrah yang menekankan aspek pembinaan jati diri individu Islam juga mampu membentuk sebuah masyarakat dan seterusnya negara yang berdaulat berteraskan cara hidup dan undang-undang Islam.
10.30 am- Sesi pembentangan poster di susuli dengan video ringkas tentang kaum muslimin yang diseksa di Syria. Berita terkini daripada Palestine,Syria, Turki, Mesir,Myanmar,Malaysia dan Indonesia. Pembentangan poster tentang perbezaan Yahudi dan Zionis.
11.30 am- Sesi video pendek daripada setiap kumpulan usrah di Manipal. Di susuli dengan mini-theatrical-story.
12.30-Sesi video di susuli pula dengan kawad kaki dan dua barisan pejuang berpakaian hitam dan putih berlawan di hadapan kami. Selepas rumusan drama berakhir, kami sama-sama mengangkat tangan bagi mengaminkan bacaan doa Rabitah.
Banyak yang kami dapat daripada program kali ni. Sesungguhnya, manusia itu fitrahnya sentiasa lupa. Maka, Allah menjadikan manusia di kelilingnya untuk mengingatkannya. Ingatlah, berpesan-pesanlah kebenaran dan kesabaran. Selalulah hadir ke majlis-majlis ilmu untuk merawat jiwa dan iman kita. Semua manusia tidak sempurna imannya. Ada kalanya lemah. Ada kalanya kuat. Justeru, saya berharap agar banyak lagi program-program seperti ini dapat di jalankan bagi pelajar-pelajar Malaysia di sini.
p/s: Mungkin bakal jadi AJK Biro Multimedia dan Suntingan Video untuk RISE Mangalore pula. Masih dalam perancangan. InsyaAllah, dengan izin Allah, semoga di permudahkan hendaknya.

No comments:
Post a Comment