25 October 2013

Alhamdulillah,Astaghfirullah,Innalillah,Allahuakbar!

Alhamdulillahhh...

Astaghfirullah....

Innalillah...

AllahuAkhbar!!!



Alhamdulillah,
Sessionals telah berakhir buat terakhir kali,
Tapi,
Aku masih ada baki Final Universiti Exam December nanti.
Semoga aku kekal istiqamah dalam menuntut ilmu.

Astaghfirullah,
Mungkin kali ni aku tak usaha dengan sebaik-baiknya,
Tak sehebat aku yang 13 tahun itu,
Tak sekental aku yang 17 tahun itu,
Takkan pula belajar hanya untuk mendapatkan sekeping kertas?
Takkan pula aku belajar hanya untuk mendapatkan biasiswa?
Takkan pula aku belajar sebab nak keluar negara?
Takkan pula aku belajar sebab nak tunaikan harapan ibu ayah dan guru?
Takkan pula belajar sebab nak gah semata?
Aku belajar kerana apa sebenarnya?
Bukan apa, tapi belajar untuk SIAPA sebenarnya?

Astaghfirullah,
Aku kena betulkan niat belajar,
Bukan untuk diri aku senang di dunia,
Bukan untuk ibu , ayah dan keluarga,
Bukan untuk dapat respek sesiapa,
Bukan untuk penuhi masa terluang di dunia..
Tapi,
Aku belajar KERANA ALLAH.
Aku belajar UNTUK ALLAH.

Allah beri aku bakat,ilmu, dan peluang.
Allah beri aku kejayaan,kesihatan,dan kecantikan,
Allah juga tarik itu semua dalam masa yang singkat,
Sebab,
Allah nak aku bangun semula,
Allah percaya pada kebolehanku.
Allah nak ajar aku sifat SABAR.
Allah nak didik aku rasa berdikari.
Allah nak didik rasa rendah diri.
Allah nak aku sentiasa pandang ke atas,
Allah nak aku RAPAT semula denganNya.
Sebab,
Allah sayangkan aku.


Innalillah.
Mati itu sungguh dekat.
Semalam, genaplah umur ibu kesayanganku itu 56 tahun.
Makin bertambah usia,
Makin bertambah dekat ajalku dan ibuku di dunia,
Makin suntuk masa untuk kami bersama.
Allah berilah kami umur yang bermanfaat buat kami.

Innalillah.
Mati itu sungguh dekat.
Semalam, ada rakan junior telah koma,
Baru 3 bulan menjejakkan kaki di India,
Baru 3 bulan lepas ibu bapa nya melambai-lambai di airport KLIA,
Baru seminggu lepas dia sihat lalu jatuh demam dan jatuh sakit,
Walaupun dia bukanlah seagama dan sebangsa denganku,
Tapi,
Kami warga Malaysia disini amat sedih,
Kerana dia sudah pun kritikal dan hidup bergantung pada mesin,
Kerana dia masih muda,
Kerana dia sebelumnya sihat,
Kerana dia sebelumnya lincah,
But,
Doktors here declared that he is already brain dead.
But, we all know, miracles can still happen,
We all do and we hoped that it will come true,
For the sake of the parents who didn't have the chance to see their beloved son,
The proud n joy of their family,
People say, parents shouldn't bury their own child.
I certainly hope that his parents won't.
Pray for him for the sake of humanity.
Pray to Allah that he will woke up and meet his parents,
Before moving on...
But then,
The beholder of that life is Allah a'zzawajalla.
To HIM we should pray,
Together we pray to Allah.


Innalillah,
Sesungguhnya dari Allah kita datang,
Sesungguhnya kepada Allah kita kembali.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Puan Rozita,
Yang telah meninggal dalam kejadian rompakan bank,
Yang penjenayahnya adalah orang dalam sendiri,
Yang kita kata duri dalam daging,
Yang kita kata gunting dalam lipatan,
Yang kita kata Harapkan pagar,pagar makan padi.

Zalim sungguh manusia itu,
Sudahlah mencuri amanah orang awam,
Di bunuh pula penjaga amanah itu,
Bertuhankan syaitan dan nafsu,
Menyembah harta dan duit-duitan,
Menempah neraka jahanam,
Mengundang Murka Tuhan.
Nauzubillah.


Allahuakbar, Allahuakbar,Allahuakbar.
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar,
Hanya kepadaMua kami sembah,
Tiada taraan bagiMu,
Selain Mu Ya Allah,
Tuhan sekalian makhluk,
Tuhan semesta alam.


p/s: harini paper surgery saya hampessss!  K. Bai.

No comments: