15 March 2016

Post Interview SPA UD41 Mac 2016 (Melaka)


Assalamualaikum, w.b.t.


Alhamdulillah, selesai sudah temu duga dengan SPA semalam 15 Mac 2016 di Menara Persekutuan Melaka (MITC). Akak dapat surat panggilan temuduga tu 24 February 2016. Jadinya, konon ada banyak masa untuk persiapkan diri tu untuk temuduga panel SPA dan KKM.

Akak dijadualkan untuk hadir pada sesi 8 pagi. Ada bnyak sesi rupannya. Sebab mungkin tak ramai yang daftar. Akak tengok hanya ada 17 orang sahaja yang perlu bertemu dengan SPA. Jadi, hanya empat orang satu jam. Ikut giliran. Bajet 15-30 minit untuk setiap orang.

Tetapi, memandangkan hari semalam hanya ada satu panel, iaitu SPA (orang KKM ada event besar rasanya). Maka, kami bertujuh belas terasa amat beruntung. :)

Disebabkan akak datang awal, 7.30 dah sampai SPA, maka akak yang jaga kaunter pun bagi no 1. Walaupun dalam list ko no 2 atau tiga. Tetapi, kalau ko datang lambat, maka ko akan dapat slip angka giliran yang lambat. First come, first serve okeyh!!!

Then , nak dijadikan cerita akak minum kopi power punya kat kedai roti canai mamak, bila 5 minit nak pukul lapan, perut dah mula berbunyi. Bila kena panggil masuk dalam, memang jawab sambil dok menahan bunyi perut. Cakap kuat-kuat supaya konsert perut tak kedengaran. Oh ya, ahli panel SPA tu jangan risau akak tu akak bagitau siapa nama dia. Doa banyak-banyak supaya hilang gugup dan dipermudahkan.

Jangan risau, kalau panel SPA ni cuma nak borak-borak pasal diri anda sendiri. Siapa anda, dari mana, ibu bapa macam mana, adik beradik macam mana. Bab perkenalkan diri tu bolehlah berlatih daripada rumah. kalau nak meleret -leret kat sini pun takpe, takde lah dia nak tanya pasal mende kita tak tahu kan?


Antara soalan yang SPA tanya :

1) Perkenalkan diri.
     Ikut suka masing-masing ler.

2)Pasal prestasi akademik.
   Ada tanya pasal CGPA. Jujur ye.

3) Buat apa kat rumah?
  Akak kat kaunter akan tanya gak. Dia akan tick kat kertas kerja apa awak buat sementara menunggu temuduga.Akak dia tulis 'kerja sendiri'.  Dia nak tengok budak ni produktif tak kat rumah. Tak mengular je kat rumah. Kot. Entah. tak tau apa signifikannya.

3)Kenapa nak jadi doktor? ( standard..)
   Nyesal pulak tak ikut skrip. Perut dah macam ape dah.  (--__--)"

   Kalau boleh mulakan ayat anda dengan ( Saya memang minat _____ ).  Contoh ayat cliche- Nak       penuhi impian ibubapa, nak gaji besar(really?), nak penuhi fardhu kifayah, sebab mencabar, takde      rutin yang bosan, just follow the flow, etc. blala. Bagi ler, reason yang personal sket. Kalau ada  pengalama yang berjaya mencetuskan inspirasi untuk menjadi doktor, silalah ceritakan. Masa ni dia  akan bersikap sceptikal, jadi ko kenalah tegas sikit. Jangan nampak ada perasaan was-was!
 


 4) Kenapa mesti doktor? kenapa tak pharmacist ke, engineer ke? Ini pilihan pertama anda ke?
     Sebab ini memang cita-cita saya sejak kecik tuan. :)

5) Kalau saya hantar awak ke Sabah Sarwak, awak sanggup tak? Kang kalau sanggup,pastu mintak tukar pulak.
    Aih, tak reti-reti lagi nak cakap ko sanggup? Apa salahnya kerja Sabah Sarawak. Airasia kan ada? Kalau nak kasi power , cakaplah dah mintak izin ibu bapa. Lagipun , kalau dah namanya scholar JPA kenalah bagi balik servis ko kat rakyat kan? Bukan selama-lamanya pun.Bila lagi nak kenal-kenal orang Borneo kan? Kalau tak sanggup, aih , janganlah cakap gitu dong. Sila sanggupkan!

4)Tempat terhad. jadi apa kelebihan anda berbanding calon-calon lain? ( Masa ni, jawab laju tak pikir ape dah. Perut memulas ya amat!!!)

Akak cakap jujur je. Bila lagi nak angkat bakul sendiri kan? Haha.

5) Apa pula kelemahan anda? ( Ni lah paling malas nak jawab, sebab kena buka pekung dada sendiri)
   Dia akan gasak ko masa ni. Jadi jauhi jawapan yang ada kaitan dengan good traits of a doctor dan kelemahan yang boleh membahayakan nyawa orang lain. Macam malas,pelupa,cepat keliru,cepat letih,tak tahan tak tidur,tak berani,was-was,ego,tak suka kerjasama,susah nak mintak tolong dan banyak ler lagi. . Kokye pun ada , jangan ler luruih sangat! Nanti kena jerkah, Ha! habiskan tu kalau tertukar ubat patient mati cane? Hah! Kalau tiba-tiba awak meletup depan patient camne? Akak bagi jawapan susah nak luahkan perasaan kat orang terutamanya marah atau sedih.

6) Bagaimana anda hadapi kelemahan anda?
    Disebabkan akak tak boleh cakap, akak tulislah. Takpun , akak luahkan melalui gambar-gabar yang akak ambil.Tulis kat blog. Cakap ada join usrah. Ada kawan yang  peka lagi supportive.  Kena rajin mintak tolong. Kena rajin bertanya. Kena ingat balik tujuan kerja dan hidup. Siapa kita . Banyakkan bersabar. Gitu.

7) Baiklah, ada pape nak beritahu saya?
 
     Takde tuan. ;) Ya Allah, nyesal akak tak merayu ke nyatakan harapan ke supaya boleh dapat kerja cepat. Tolong pertimbangkan permohonan ke. Adeyh. Seyes, Otak akak ,mulut akak dan perut akak dah bergadoh. Nak kena lekas ke tandas. Masuk tandas  tengok cermin barulah kuar macam-macam jawapan yang lebih menarik. Ceyt!

8) Baiklah. Itu saja.
 Jangan lupa cakap terima kasih tuan :) Senyum lebar-lebar.



p/s: Jangan minum kopi waktu pergi temu duga. Now, back to being a nanny.


Reading materials:
-Patriotic stuff
-Latest health issue


Resume
-Free Word templates (http://www.hloom.com/download-professional-resume-templates/ ) best oo, tinggal edit je.


Some related blogs regarding SPA interview experiences
-http://hazwanainal.blogspot.my/2012/10/interview-spa-jawatan-pegawai-perubatan.html
-http://random-spill.blogspot.my/2013/06/post-interview-interview-spa-jawatan.html
-http://itisamadicallife.blogspot.my/2011/07/spa-interview.html
-http://doktorsiti.blogspot.my/2015/01/panduan-permohonan-kerja-pegawai.html
-http://aurisshaira89.blogspot.my/2013/07/interview-spa-for-medical-graduan-doctor.html
-http://nurfarhanaabdullah.blogspot.my/2010/11/temuduga-spa-ada-tips-tak.html
-http://rnrforme.blogspot.my/2015/01/getting-ready-for-interview-p.html

4 comments:

qidran said...

selamat bekerja!

Tabibbatunhawa said...

Thanks Qid!! Ko pun good luck!

Aesha said...

Assalam nak tanya la.. agak2 yg interview mac ni bile start keje ek?thanx..

Tabibbatunhawa said...

Masa nak tunggu interview, ada borak2 dgn budak2 MMC. Diorang kata maybe by Julai ni lah kot.