Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Akak nak bagitau ni. Ada berita baik dan tak berapa baik.Alhamdulillah! Akak dah lulus temuduga!! Yuhuu!!!
Tapi!!!
Al-kisah , keputusan temuduga dah keluar kat website spa 10/4/2016. Aku punyalah tunggu emel SPA mane tak datang-datang ni. Rupanya kawan bagitau yang sape takde sijil ijazah MBBS tu tak boleh lah SPA bagi offer letter untuk intake Mei 2016 ni. Bayangkan akak dah temuduga 15/3/2016 , kisahnya di sini. , lulus temuduga 10/4/2016. Mei patutnya dah masuk, punyalah tinggi menggunung harapan akak nak keje cepat rupanya macam hampes je.
Rupa-rupanya SPA dah ada dasar baru yang dah dikuatkuasakan sejak November 2015. Mereka takkan ambil graduan yang tiada sijil ori ijazah. Yang provisional certificate tu taknak. Aik, yang sebelum ni elok je senior semua keje dulu jadi HO, setahun keje HO baru degree diorang sampai ke Malaysia.
Dah call uni supaya cepatkan sikit pengeluaran sijil tu. Pegawai JPA pun dah ready nak tolong katanya. Esok akak nak ke SPA Putrajaya untuk dapatkan penjelasan lanjut. Doakan ye.
Sebenarnya akak dah dapat feeling yang akak akan kecewa. Setidak-tidaknya akak dapat sedapkan hati yang akak dah usaha untuk dapatkan hak akak. Huu. 😓😓😓
*Update: Kelmarin akak balik SPA. Dihantar oleh kawan adik naik kete kakak dia sampai ke Shah Alam. Sebenarnya akak tak masuk pun pejabat SPA. Betul-betul speechless bila jumpa Ai & Mi. Diorang kata Siti, betul-betul dah tak boleh nak buat apa dah. SPA kata diorang dah keluarkan surat offer pada budak intake Mei ni.Selagi tak dapat surat SPA, selagi tulah KKM tak boleh bagi offer letter untuk masuk ehousemen tu. Semua budak RGUHS(Rajiv Ghandhi University of health Sciences) hadapi masalah yang sama. Degree kitorang diorang tempe lambat lagi nak hantar. Paling kurang pun ijazah tu mesti dah sampai Malaysia dalam Mei Jun. Sebab next ehousemen bulan Julai. Bulan Ogos dah boleh mula kerja. Agak-agak lebih kurang dekat setahun lah aku menganggur(kerja dengan mak tak dikira lah). Huuu....
Kisah bersambung....
noneng lama sangat tinggal hospital. |
p/s: Doakan ijazah akak sampai Malaysia dengan selamat. Amin, Btw, puasa dah dekat 40 lebih hari je. Dah buat persiapan? Jom bangun awal pagi.
No comments:
Post a Comment