28 August 2011

Kenangan Hari Raya


Mari kita imbau kembali nostalgia Hari Raya Aidilfitri dari lah Bayu kecik sampailah la ni.


Masa Kecik-Kecik

Dulu-dulu, masa kecik-kecik masa yang paling seronok.Bukan apa, sebab dapat duet raya kan! Hehe. Mase kecik-kecik lagilah, Bayu memang comel dan peramah. Angkat bakul sendiri nampak? Hehe, betul tak tipu. Dulu, ada orang sampai merayu-rayu kata ayah, suruh Bayu jadi flower gurl sambut Sultan Johor. Bayu kenalah pergi Istana Singgah kat Segamat tu, pakai skirt kembang-kembang ada bunga-bunga putih macam salji letak atas kepala dan juga kena belajar courtesy. 

Masa kecik-kecik saya suka sangat melawa. Kan Bayu duduk kat Segamat, di antara dua buah kampung halaman yang indah permai dan  yang metropolitan. Kampung Ibu letaknya di Petaling,Kuala Lumpur dan Ayah pula di Pontian Johor.  Kedua-dua kampung mengambil masa dua jam 30 minit mengikut lebuh raya Utara Selatan. Masa kecik-kecik memang sangat-sangat happy sebab kami merasa betapa meriahnya balik kampung ketika hari raya. Dua-dua kampung Bayu sangat berbeza dari segi geografi dan keadaan fizikalnya.Namun, tetap mengekalkan kesederhanaan dan masih mengamalkan tradisi Melayu. Semangat kekampungan juga amat ketara di kalangan penduduk kampung belah Ayah. Kampung Parit Sapran,Mukim api-api Pontian. Itulah alamatnya sampai sekarang.Tak ubah-ubah. Kampung belah ibu Kampung Pasir Baru, sebelah Kampung Pasir Dalam berdekatan Angkasapuri. Kampung ayah dekat dengan pantai. Kampung ibu dekat dengan sungai. Sungai bukan sebarang sungai, tetapi sungai yang paling terkenal di Kuala Lumpur iaitu Sungai Klang. 

Masa rayalah, masa yang paling banyak saya habiskan dengan saudara-mara terdekat. Masa yang yang paling saya rindukan ketika zaman kanak-kanak. Masa rayalah, kita dapat jumpa balik sepupu-sepupu. Kalau ayah-ayah pakcik-pakcik duduk semeja berborak pasal bola,sukan,berita,masalah negara, mak mak makcik-makcik pulak duduk bersimpuh dalam dapur berborak pasal resipi,beli mangkuk hayun kat mana dan tak lupa juga gosip terkini.Hihi. Kami-kami pula golongan kanak-kanak berkumpul dalam bilik atau ceruk-ceruk mana yang dapat,baca buku Ujang Kompilasi Raya, Gempak edisi raya,Mastika edisi Raya atau Happy family,Snap,Jutaria aka Milionaire. Mane pergilah buku-buku gempak tu semua. Bayu tak rajin membeli , suka pinjam aje. Ngelat kan?

Kenangan paling tak dilupakan ketika raya masa kecik, ialah menyaksikan pakcik-pakcik main meriam kelapa di Pontian. Hait! Bayu serius nih! Betul ada meriam kelapa tau.Bukan buahnyer, tapi batang kelapa tu di belah dua, di buat lubang tengah-tengahnya dan cantum semula  dengan getah tayar untuk di jadikan batang meriam. Lepas tu, dirikan betang meriam tu atas kekuda, bontot meriam cecah tanah. Hujung meriam hendaklah mengadap kampung sebelah.  Bau kabait lah paling saya tak boleh nak lupa. Kabait tu, letak sikit dalam bontot meriam dan dengan menggunakan kayu yang panjang, nyalakanlah secebis kain pada kayu tu. Bila dah ready semua mende, orang dah siap dalam posisi masing-masing, diri jauh-jauh sikit dari meriam, dan halakan kayu bernyala tadi atas bontot meriam tu. BOM! Bergegar tanah gambut Pontian tu. Boleh rasa gegaran letupan meriam dari kampung sebelah juga.Hendak diceritakan kalau tengah lawan-lawan meriam dengan kampung sebelah, cawan berisi air pun berkocak airnya. Sekarang dah tak boleh main lagi dah. Kang kena tangkap polis baru tahu. Hehe.

Mercun dah tak boleh dijual merata-rata. Hanya bunga api je ade.Bunga api pun jadilahh.... Tips-tips bermain bunga api yang sepupu Bayu ajar. Macam-macam ada, tapi Bayu tak berapa nak ingat dah.

Bunga Api Batang Merah atau Bunga Api Asap Banyak: Kalau nak jimat dan lebih masyuk, patahkan tiga batang merah tu dan nyalakan hanya di tempat anda patahkan tu. Bila dah terbakar, nanti bunga api tu akan berpusing macam mercun gasing.Cubalah. First time buat dulu tak berapa nak jadi, buat banyak kali baru jadi.

Bunga Api Taik kucing : Takde cara lain melainkan main lambai-lambai dan tunggu hingga 'taik' tu habis terbakar dengan jayanya. Kalau tak nak penat tangan tapi stil nak nampak meriah, gantung-gantungkan pada pokok-pokok depan rumah dan ambil gambar ramai-ramai.Nampak seakan-akan pokok di huni oleh kelip-kelip!

Mercun roket : Letak dalam botol batang roket tu. Kalau tak jumpa botol, cucuk dalam pasir.Biar stabil. Bila dah nyalakan nanti, takdelah masuk bawah kain orang, kalau tak pun meletup dalam rumah orang. Naya woh!

Mercun Gasing : Yang ini kena main tempat lapang. Pastikan pemain-pemain tidak memakai baju raya. Mercun nih ada 'kepala' dia sendiri. Suka hati dia aje nak gerak ikut mane. Terbakat baju raya takpe lagi, terbakar muka,tangan dan kaki terus tak hospital.Raya kat hospital la jawabnya.

Mercun padi atau mercun cina : Yang ini paling syiok antara semua dari segi bunyi dan tahap kemeriahannya. Tapi, sayang sebab walaupun bunyi kuat dan bising, cepat sangat habis. Dah ler mahal. Kalau nak jimat, amek satu dan letupkan. Selalunya, sepupu-sepupu lelaki yang suka main 'daring'. Acah-acah kat orang. Amek satu, nyalakan sumbu dekat pelita, lepas tu cepat-cepat baling kat mane-manelah korang suka. Haha. Bahaya tol mercun , kalau silap timing, meletup kat tangan, melecur kulit....

Mercun bom: Worr!!! Ni lagilah bahaya. Kalau meletup kat tangan memang putus lah jari-jemari.Kalau orang tua ke,budak besar-besar takpe lagi.Tangan depa keras. Kalau kecik-kecik dah main mercun bom ni, memang putuslah tangan yang lembut tulangnyer itu. 

Rindu nak jadi budak-budak balik. Dapat duit raya.Dapat main-main.Dapat main mercun.Bila dah besar gabak, kenalah santun sikit. Tak boleh dah nak galak-galak sangat. 

Bak kata orang, dah boleh jadi bini orang dah ni. Time raya, dah tak boleh duduk selonggok dengan sepupu-sepupu main itu ini. Dah jadi anak dara, layaknya duduk dapur ajelah engkau.Belajar buat rendang daging,rendang ayam, ketupat bawang,ketupat lopez,ketupat pulut(yang lonjong-lonjong), ketupat palas, buat lemang, buat kuih-muih, buat kuah kacang,buat wajik, buat kuih bangkit,kuih bahulu,kuih seri muka ,lompang,almond london,semperit dan banyaaaakkk lagi. Tradisi atau moden, dua-dua penting. Kena belajar dari sekarang. Heleh, cakap orang je lebih, entah-entah satu pun tak pernah buat. Hello, i try buat tau. Cuma tak berapa nak jadik aje. Huhu. 

Belajar jugak buat ketupa tu. Reti buat frame aje.Kiri atas kanan., blah2... Tapi, time nak menyulam yang selalu slack.Nak buat ketupat palas, selalu aje jadi ketupat bawang. Salah pusing aje, terus jadi ketupat versi lain. Kih3.



Sekarang

Memandangkan saya sudah punya duit sendiri,Bayu sudah tak kira budak kecik lah kan? Tapi, disebabkan saya masih belajar,maka saya tidak lagi WAJIB memberikan duit raya kepada orang lain.Ngehehe, bile dah kerja nanti, orang bagi okeyh? 

Bila dah di rantau orang, raya buat pertama kalinya di India adalah amat lain dari kebiasaan.Tiada nak berebut bangun pagi, tiada lagi nak kena tengok dapur rendang masak semalam hangus ke idak, tiada lagi bau ketupat yang siap di jemur di ampaian, tiada lagi pakai telekung pergi masjid sembahyang raya dengan keluarga tercinta, tiada lagi itu semua.

Hari Raya pertama kali di India adalah seperti hari-hari biasa. Kalau malam raya kebiasaaanya kita memasak di dapur, di India, kami kena lukis anggota badan manusia malam raya tu. Kalau orang lain pergi bertakbir kat surau, kami dengar aje takbir mp3 dalam radio atau pre recorded takbir. Kalau tengahhari kebiasaannya kita menjengah kubur saudara mara kita, di India kami menjengah ke rumah-rumah senior yang buat open house. 

Tujuan utama kenapa Bayu pindah daripada hostel ke luar adalah supaya Bayu boleh balik Malaysia tanpa ada halangan. Kelas bisa di ganti. Tapi, kalau waktu-waktu genting di biar berlalu begitu sahaja, kita tak mungkin dapat kembali waktu tu.Selagi ada masa dan tidak banyak halangan, Bayu baliklah.

Sekarang ni, Bayu berada di Lapangan Terbang Indira Ghandi New Delhi. Memang kecik sikit daripada KLIA .Rasanya sama besar aje dengan LCCT tu. Kemudahan di sini tak semewah dan semegah Lapangan Terbang di Mumbai. Lain kali, dah taknak amek flight from Delhi. Kalau kena stay lama, takde tempat nak baring-baring atau lepak-lepak dengan komputer. Naseb baek lah ada Caffe Coffee Day aka CCD. Ada satu meja hujung ni yang dekat dengan booth charge handphone.So, tarik sikit meja dan kerusi, berkampung lah dekat situ. Kalau korang tengok tourist yang datang sini, diowang sanggup tidur atas lantai yang sejuk nih,berkampung ramai-ramai kat ceruk-ceruk visitor's lounge. Memang takde tempat nak duduk dengan selesa. Lounge with Spa memang ada.Ada tempat mandi, tempat tidur tu semua.Tapi, bayangkanlah kalau satu jam mandi, main tenet sikit, ada kelengkapan mandi towel semua 1000rupee ,yakni bersamaan 60 ringgit! Mahal bebenor. Tak larat den. Baek bertahan ajelah, duduk kat airport dengan ala kadar sahaja. Esok-esok kalau aku kaya raya boleh lah nak tabur duit untuk bermewah-mewah.

















No comments: