19 August 2011

Tangannya di potong.

 Kadang-kadang,

Ada manusia memang KEJAM.

Rasa macam nak sumpah seranah aje orang yang potong tangan Iyo...

Disebabkan dia mencuri seekor ikan,

habis kedua tangannya di potong.

Namaku HERO. Orang panggil saya Iyo. Ngee~~~



Tapi, 

Dunia ini bukan shaja ada manusia KEJAM,

Ada juga yang BAIK HATI,

Alhamdulillah, ada juga yang bersimpati, 

punyai rasa belas kasihan terhadap binatang.

Dibawa si kucing ini pulang. Dengan berlumuran darah.

Hati sebak mengenankan kekerasan hati penjual ikan itu.

Aduhai...

Apalah salah si kucing ini..

Ya, mereka tidak berakal seperti kita manusia.

Tetapi, bukankah Tuhan mengurniakan akal itu kepada manusia supaya dapat digunakan dengan sewajarnya?


Apalah harga seekor ikan itu jikalau nak dibandingkan dengan nilai kemanusiaan.

Marah sangatkah pada kucing yang tidak berakal dan bertindak mengikut naluri laparnya?

Aduhai, kasihan sungguh pada kucing ni...

Bayu kesian sebak sangat-sangat bila tengok kucing nih...





Tengok tu..

Masih lincah bermain-main. 
Masih berusaha untuk makan sendiri.
Masih terus berlari dengan dua kaki.
Masih lagi lagi gagah untuk terus hidup sendiri.

Masih terus HIDUP seperti biasa.



Ya,

Dunia ini ada macam-macam.

Ada jahat, ada baik.

Ada susah ada senang,

Ada sedih ada gembira,

Tetapi, pengakhirannya...

KITA.

Kita yang memilih.

Baik atau Jahat.

Senang atau Susah.

Syurga atau Neraka.

Berjaya atau Gagal.

Kita,

Kita yang tentukan itu semua.

Allah takkan ubah nasib kita kalau bukan kita mahu mengubahnya. 

Tuhan menyuruh kita untuk memerhatikan alam dan belajarlah daripadanya.



Contohilah haiwan ini.

Walaupun Iyo sudah cacat anggota, Iyo tetap terus berdiri.

Iyo tetap meneruskan kehidupannya.




p/s : Rasa semangat bila tengok Iyo terus hidup. Aku harus jadi begitu juga. Aku kena kuat. Manusia ada baik ada jahat, aku pilih untuk jadi BAIK. Kalau kubalas kejahatan itu, tidak ubahlah aku seperti si Jahat itu.



   Hakikatnya sekarang,




Kan exam nak dekat, beginilah aku sekarang ini.     

Tapi, rasanya most of the time begini lerr...
Tapi,

Kan sekarang tengah monsun....

Maka,

aku selalu je macam ni

atau begini,

Tolonglah, rasa MALAS dan MENGANTUK sangat-sangat mengada-ngada. Makin menjadi-jadi lak bila puasa nih. Patutnya, makin kuatlah, makin rajinlah... Setan kan dah kena gari. Hurm, kenapa ye? 

Okeh Bayu pernah baca kenapa jadi macam tu. Katakan kopi dan sudu. Bila kita kacau kopi tu guna sudu, air kopi akan berputar dalam cawan kan? Kalau nak tahu, air tu, perangai buruk kita, dan sudu tu lah setannya. Walaupun dalam bulan puasa ni, syaitan dah di gari, tetapi perangai buruk kita akan tetap berterusan seperti air kopi tu. Lagi-lagi kalau perangai buruk yang dah sebati betul dengan kita. Mestilah lagi susah nak berhenti. Haha, dah belajar fizik kan? Lagi laju, lagi susah untuk berhenti bukan?


Sekarang dah masuk fasa ketiga Ramadhan. Kuatkah aku untuk menempuhnya dengan amal yang lebih banyak? Harapnya, begitulah. Amin ya Rabbalalamin...



Heheh, TAK SABAR NAK BALIK!!!

 lalalala ~~~"  Dam dam dum Bunyik mercun!!! "

Meh layan radio Thailand yuk!!! Link Radio thailand. Hihi, suka ajuk bila dia cakap...


  

No comments: