05 October 2010

Lost your Phone? How to track n Block it?

Assalamualaikum w.b.t,

Okayh, saya ada satu  pengumuman.

Handset saya sudah HILANG!!!!   (-_-)"

Sedih? Erm, tak la sangat..cuma terkilan. Sebabnya handset itu pemberian ayahku. Pulaknya, merupakan hadiah sebab dapat 'fly'. Handset itu dibeli 4 jam sebelum aku berlepas ke India.Wargghhhh!!! Terkilan sangat-sangat. Dah habis daya nak 'flashback', kat mane saya letak phone tue. Maka, mulalah bermenung je..
Bila phone hilang, sekurng-kurangya, nombor lama bolehlah retrieve balik. Tapi, kalau phone hilang , Macammana?  Sedang asyik 'melayan perasaan' depan lappy, saya teringat yang Google memang sangat terkenal dengan 'HOW to dot dot dot..." So, saya pun trylah taip, How to track my lost phone. Within seconds, macam-macam website yang keluar. Haha..Sekarang saya nk seru kawan-kawan skalian kalau-kalau phone kesayangan anda terutamanya Iphone, Nokia series n Blacberry yang mahal-mahal itu hilang atau dicuri orang, anda tahulah cara-cara untuk mendapatkannya semula. Munkin,  cara ini tidaklah 100% berkesan, tetapi sekurang-kurangnya kita dah usaha kan? Bukan apa, kalau  phone anda tu jatuh pada orang yang mempunyai niat yang tidak baik, gambar-gambar anda di'uploadkan" ke internet, atau di edit menggunakan photoshop, atau dibuat tatapan peribadi seumpama penyangak-penyangak menggilai gambar porno. Oleh itu, adalah wajar supaya anda tidak 'pose maut' dan simpan pula gambar tersebut dalam phone anda. Seperkara lagi, janganlah pula anda simpankan nombor-numbor rahsia anda dalam telefon itu. Bahaya sungguh.!!! Percayalah, saya ada buat, nasib baik, akaun itu memang takde duet, sebab dah pindah ke akaun baru. Alhamdulillah..  

Sudahlah hilang selepas qiam, kemudian pula, dalam masa 3 jam lagi, saya bakal menjadi pengacara majlis. Syukur,alhamdulillah... saya masih dapat kawal emosi. Saya SABAR dan  cuba untuk TENANG. Cuma, agak terkilan bila tidak dapat membuat keputusan terbaik bila situasi kritikal memerlukan saya membuat keputusan bijak dan pantas. Yelah, kepala dah BERAT. Susah nak berfikir. Sayup-sayup sahaja suara orang yang bercakap-cakap denganku. Aku  cuba istighfar banyak-banyak. Sedang aku ambil nama peserta-peserta JASSI dan berbincang dengan ketua mereka, aku jadi lembap. Fikiran celaru. Mata kelabu. Namun, aku gagahkan jua. Nasib baiklah, dia itu amat memahami. No 'wonder'lah dia jadi pemimpin mereka. Syukur, dia punya kesabaran dan ketenangan seorang pemimpin. Dia amat memahami keadaanku yang amat kalut , mungkin kerna kerut-kerut tebal di dahi tanda aku dilanda masalah. Tak tahulah, senyuman yang aku beri itu nampak ikhlas atau kelat pada matanya. Dari riak wajahnya, lakonan aku macam meyakinkan. Yelah, selaku tuan rumah, takkan nak tunjuk lemah dengan tetamu kan?

Tapi, sepandai-pandai tupai melompat.. akhirnya terkantoi juga. Mana mungkin mataku menipu sahabatku seorang ini , Si Mazni . Dapat juga  dia meneka perasaanku, dia pula yang risau.

" Hawa, ok tak nih?" penuh risau, Mazni berkerut.

Aku senyum. "Ok je kan?"

" Ye, Hawa senyum.. tapi, mata menceritakan segalanya !!!" Owh, kaku seketika. Termenung seketika.

Monolog hati, "Eh, tak boleh! Aku ada tanggungjawab!!! Aku tak boleh tunjuk aku lemah. Allah sedang uji aku. Aku harus sambut tetamu dengan baik!!! Uruskan forum dengan baik, supaya para peserta yang datang berbatu jauhnya tidak hampa dengan layanan tuan rumah! Ingat, mereka itu datang untuk menuntut ilmu daripada ustaz dan doktor yang datang jauh dari Malaysia semata-mata untuk memberi tarbiyah dan ilmu pada rakan-rakan. Aku tak boleh hampakan mereka!!! Kau mesti sabar!! "

Kemudian, ku kuntumkan semula senyuman dan berkata "Hawa kena kuat!!!" Ku pandang si Mazni yang juga kalut dengan borang-borang aktiviti.  Aku helakan nafas panjang dan ambil mikrofon di tangan tuan pengarah JASSI2010.

Pasal JASSI, syukur semuanya sudah tamat. Walaupun ada banyak menda yang tak dapat kami nak halang, tapi terjadi juga. nak buat macammana, sudah takdir. InsyaAllah, akan kami perturunkan ilmu yang kami ada untuk HICOM JASSI yang akan datang, supaya lebih tersusun dan berjalan lancar. Amin.



p/s: Semoga kehilangan handset ini memberi iktibar yang besar buatku. Hanya aku sahaja yang tahu, mana silapku. Tetapi,janganlah bertangguh lagi kalau mahu telefon ibu atau ayah. InsyaAllah, aku janji pada diri, takkan buat lagi,walau sibuk macammana pun. Aku hati sudah terpanggil, usahlah dilambat-lambatkan. Panggil sahaja, mungkin ini baru handset yang hilang, manatahu, selepas ini orang yang kita sayang pula pergi tak kembali. Nauzubillah... Ya Allah, Aku masih mahu bersama Ibu dan Ayahku! Mahu bersama adek-adek dan teman-temanku....Berilah aku peluang untuk berbakti pada mereka YA Allah. Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang terkandung di hati ini...



 Apa yang perlu anda lakukan kalau anda hilang telefon kesayangan anda?

1. Pergi buat report polis secepat mungkin.

2. Pergi ke pejabat 'provider' telefon anda yg terdekat. Misalnya, telekom, Digi, Maxis. dan bagi pelajar-pelajar di India, pergilah ke Airtell,Vodafone,etc. Beri salinan ID yang ada tarikh luput. Orang kt kaunter tu akan  minta sebarang nombor yang anda telah dail menggunakan sim kad tersebut. So, numbor pada sim kad lama anda akan di sekat. Dan anda akan dapat sim kad baru  tetapi nombor lama anda tetap kekal.

 3.  Lastly, prevention is better than cure.

Ok, selama ini saya memang tak pernah tahu yang kita boleh sekat penggunaan telefon dengan menggunakan nombor khas yang tertera di belakang phone anda. atau lebih dikenali sebagai

IMEI ( International Mobile Equipment Identity). 

Atau anda boleh cuba ini, taipkan *#606# .

Nombor yang tertera adalah IMEI. 





IMEI is a number which is unique to every GSM mobile phone. It is usually found printed on or underneath the phone's battery and warranty card. IMEI of any set can also be found by dialing the sequence *#06# into the phone. The IMEI number is used by the GSM network to identify valid devices and therefore can be used to stop a stolen phone from accessing the network.
For example, if a mobile phone is stolen, the owner can call Authorities and instruct them to "block" the phone using its IMEI number. This renders the phone useless, regardless of whether the phone's SIM is changed.


So, apa yang di tunggu lagi? Ambil kertas dan catat numbor IMEI anda. Who knows u r next to have the same fate as i am?


No comments: