28 July 2016

Housemanship HKL ,Jadi orang KL lah kita



Alhamdulillah, berita baik di hari raya ini,saya bakal menjalani latihan Housemenship selama 2 tahun di Hospital Kuala Lumpur, tempat dimana ibu saya dilahirkan. :) *ibu yang suruh* Tapi sebenarnya ramai sedara mara di sana. My nenek is Kl people yaw'l! 

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk beraya dan nikmati masa dengan keluarga. :(

Terima kasih pada ahli keluarga, sahabat seperjuangan #Anak2Nitte di K.S.Hegde Medical Academy dan guru-guru yang bersama saya susah dan senang. Saya ucapkan juga ribuan terima kasih pada pihak JPA, kerajaan dan rakyat Malaysia atas tajaan pengajian saya di India.

Semoga perjalanan saya lepas ini disampingi orang-orang yang membawa saya kearah kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat.


To all people willing to involve in my life , i pray that you will be given success and happiness wherever you go. My secret prayers are always with you. :)


To every person striving to achieve your dream, never let it go. Have hope even in the darkest of time,have hope even you cant trust and doubt yourself many time, have hope, even though you already gave up. Surround yourself with people who can lift you up when you're down. Be brave and take one more step to achieve your dream.

Alhamdulillah.

25.07.2016


#selamathariraya


#dapatkejedah #orangkllahkita


#habislahakuhahahahaha


*edited facebook status

27 April 2016

Lulus Temuduga UD41 SPA. Tapi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Akak nak bagitau ni. Ada berita baik dan tak berapa baik.Alhamdulillah! Akak dah lulus temuduga!! Yuhuu!!!

Alhamdulillah...Lulus jugak temuduga SPA...



Tapi!!!

Al-kisah , keputusan temuduga dah keluar kat website spa 10/4/2016. Aku punyalah tunggu emel SPA mane tak datang-datang ni. Rupanya kawan bagitau yang sape takde sijil ijazah MBBS tu tak boleh lah SPA bagi offer letter untuk intake Mei 2016 ni. Bayangkan akak dah temuduga 15/3/2016 , kisahnya di sini. , lulus temuduga 10/4/2016. Mei patutnya dah masuk, punyalah tinggi menggunung harapan akak nak keje cepat rupanya macam hampes je. 


Dey!
Rupa-rupanya SPA dah ada dasar baru yang dah dikuatkuasakan sejak November 2015. Mereka takkan ambil graduan yang tiada sijil ori  ijazah. Yang provisional certificate tu taknak. Aik, yang sebelum ni elok je senior semua keje dulu jadi HO, setahun keje HO baru degree diorang sampai ke Malaysia. 

Dah call uni supaya cepatkan sikit pengeluaran sijil tu. Pegawai JPA pun dah ready nak tolong katanya. Esok akak nak ke SPA Putrajaya untuk dapatkan penjelasan lanjut. Doakan ye. 

Sebenarnya akak dah dapat feeling yang akak akan kecewa. Setidak-tidaknya akak dapat sedapkan hati yang akak dah usaha untuk dapatkan hak akak. Huu. 😓😓😓

*Update: Kelmarin akak balik SPA. Dihantar oleh kawan adik naik kete kakak dia sampai ke Shah Alam. Sebenarnya akak tak masuk pun pejabat SPA. Betul-betul speechless bila jumpa Ai & Mi. Diorang kata Siti, betul-betul dah tak boleh nak buat apa dah. SPA kata diorang dah keluarkan surat offer pada budak intake Mei ni.Selagi tak dapat surat SPA, selagi tulah KKM tak boleh bagi offer letter untuk masuk ehousemen tu. Semua budak RGUHS(Rajiv Ghandhi University of health Sciences) hadapi masalah yang sama. Degree kitorang diorang tempe lambat lagi nak hantar. Paling kurang pun ijazah tu mesti dah sampai Malaysia dalam Mei Jun. Sebab next ehousemen bulan Julai. Bulan Ogos dah boleh mula kerja. Agak-agak lebih kurang dekat setahun lah aku menganggur(kerja dengan mak tak dikira lah). Huuu....

Kisah bersambung....

noneng lama sangat tinggal hospital.



p/s: Doakan ijazah akak sampai Malaysia dengan selamat. Amin, Btw, puasa dah dekat 40 lebih hari je. Dah buat persiapan? Jom bangun awal pagi. 

10 April 2016

Kenduri Kahwin BFF di Dungun #1

 Assalamualaikum ya sahabat,apa khabar imanmu?


Kita ke Dungun for the first time ever untuk ke kenduri BFF masa kat STF, my dear Dr Zatil & Dr Taufiq.Turns out the groom was my senior at KTT. Keciknya dunia ni ha. Kawen dengan 'bad boy' katanya. Haha, tak sangka kawan aku yang aku sukesangat-sangat tu, sangat lemah lembut dan sopan santunnya kawen dengan 'bad boy'. Haha. pape jelah. Akak dah siap pesan kat pengantin laki, jaga dia leklok. I'm watching you dude!




Sesampainya di sana aku ingtkan bolehlah nak citer panjang lebar, rupanya masing-masing sibuk nak buat persiapan kenduri. Al-maklumlah, rindu sejak keluar STF 2006 kot. Sekarang dah 2016.  Haha,malam tu akulah yang tukang inaikan, siangnya aku jadi pengapit. Bila borak macam sume soalan kena tangguh dulu mana yang tak relevan. Rasa tak puas nak borak lagi. Hu..selalu skype pun kena tengok jarak masa Alexandria, Jordan dengan Mangalore,India.

 Ni yang kali kedua lepas jadi pengapit untuk Tiqah kat Kuala Terengganu. Walimah Tiqah sangat simple dan aku sangat-sangat terinspirasi dengan cara dia buat majlis. Sekali harung kongsi satu dewan, dapat orang kampung gak. Takde kompang,PA sistem, baju tukar-tukar ke hape. Cuma pelamin dan meja beradab untuk ambil gambar kenangan dengan keluarga dan tetamu.Rupanya tak mustahil untuk menerima lelaki pilihan ibunya. Arranged marriage ni kan jarang sangat orang buat. Alhamdulillah, aku beruntung dapat saksikan dengan kepala mata aku sendri macam mana mereka nak buat walimah.. Jumpa beberapa kali je untuk urusan walimah, lepas tu terus nikah. Malam nikah dia gtau seyes takde perasaan. Haha, first time dating keluar masa dia n hubby dia hantar aku ke stesen bus. Kacau daun je kan aku ni? Ish2... 

Me? Takde harapan dah... nak bercinta ke nak kahwin. Aku nak keje dulu. Bagi settle down siket. Nak luangkan masa dengan keluarga. Dah lama weyh aku dok terperuk kat India nun. Order roti canai kat Malaysia pun aku geleng pale lagi. Jalan selok belok kat Segamat Johor ni pun aku tak tahu. Kata je JDT , puih! 



 Okeyh, memandangkan puan pengantin sibuk dengan hubby baru. Adik pengantin dengan sukarela bawak kitorang pergi jalan-jalan pantai-pantai kat Dungun. Asal pelannya nak bermalam satu hari je, lepas kenduri terus gerak Segamat. Tapi, kakak pengantin ajak pegi outdoor shooting kat masjid putih. Alamatnya, baju sume kena pinjam. Okeyh, ni akak belanja gambarnya. 



Pantai Teluk Bidara . pandangan daripada pintu masuk gua.




Bajet Hindustann siket..

Akak tak larat nak bukak mata. Tak bawak shades.



Huih, buat outsood shooting pengantin kat sini oun cantik. :)

Model tak berbayar jakun tengok air punya jernih. 




Bila kitorang cuba turun bawah , rupanya-rupanya terjumpa mahkluk yang sedap ini. Sotong Katak ni  baru je terdampar. First reaction bila nampak makhluk ni aku pikir'Uish, sotong katak! Mahal ni! Mesti sedap kalau bawak balik." Sekali, si adik pengantin kata, kesiannya jom selamatkan! (--__--)" Maka, terselamatlah sutun ni daripada jadi hidangan makan malam aku. Huuu..



Sukarelawati Jabatan Perikanan Malaysia in action.
Makan tengah hari di atas batu tepi pantai kaki celup air makan nasi goreng ikan masin sayur kacang botol lauk kenduri semalam. Masyuk weyh, masyukkkk!!!





Bersambung...Pantai Tanjung Jara pulak lepas ni.

15 March 2016

Post Interview SPA UD41 Mac 2016 (Melaka)


Assalamualaikum, w.b.t.


Alhamdulillah, selesai sudah temu duga dengan SPA semalam 15 Mac 2016 di Menara Persekutuan Melaka (MITC). Akak dapat surat panggilan temuduga tu 24 February 2016. Jadinya, konon ada banyak masa untuk persiapkan diri tu untuk temuduga panel SPA dan KKM.

Akak dijadualkan untuk hadir pada sesi 8 pagi. Ada bnyak sesi rupannya. Sebab mungkin tak ramai yang daftar. Akak tengok hanya ada 17 orang sahaja yang perlu bertemu dengan SPA. Jadi, hanya empat orang satu jam. Ikut giliran. Bajet 15-30 minit untuk setiap orang.

Tetapi, memandangkan hari semalam hanya ada satu panel, iaitu SPA (orang KKM ada event besar rasanya). Maka, kami bertujuh belas terasa amat beruntung. :)

Disebabkan akak datang awal, 7.30 dah sampai SPA, maka akak yang jaga kaunter pun bagi no 1. Walaupun dalam list ko no 2 atau tiga. Tetapi, kalau ko datang lambat, maka ko akan dapat slip angka giliran yang lambat. First come, first serve okeyh!!!

Then , nak dijadikan cerita akak minum kopi power punya kat kedai roti canai mamak, bila 5 minit nak pukul lapan, perut dah mula berbunyi. Bila kena panggil masuk dalam, memang jawab sambil dok menahan bunyi perut. Cakap kuat-kuat supaya konsert perut tak kedengaran. Oh ya, ahli panel SPA tu jangan risau akak tu akak bagitau siapa nama dia. Doa banyak-banyak supaya hilang gugup dan dipermudahkan.

Jangan risau, kalau panel SPA ni cuma nak borak-borak pasal diri anda sendiri. Siapa anda, dari mana, ibu bapa macam mana, adik beradik macam mana. Bab perkenalkan diri tu bolehlah berlatih daripada rumah. kalau nak meleret -leret kat sini pun takpe, takde lah dia nak tanya pasal mende kita tak tahu kan?


Antara soalan yang SPA tanya :

1) Perkenalkan diri.
     Ikut suka masing-masing ler.

2)Pasal prestasi akademik.
   Ada tanya pasal CGPA. Jujur ye.

3) Buat apa kat rumah?
  Akak kat kaunter akan tanya gak. Dia akan tick kat kertas kerja apa awak buat sementara menunggu temuduga.Akak dia tulis 'kerja sendiri'.  Dia nak tengok budak ni produktif tak kat rumah. Tak mengular je kat rumah. Kot. Entah. tak tau apa signifikannya.

3)Kenapa nak jadi doktor? ( standard..)
   Nyesal pulak tak ikut skrip. Perut dah macam ape dah.  (--__--)"

   Kalau boleh mulakan ayat anda dengan ( Saya memang minat _____ ).  Contoh ayat cliche- Nak       penuhi impian ibubapa, nak gaji besar(really?), nak penuhi fardhu kifayah, sebab mencabar, takde      rutin yang bosan, just follow the flow, etc. blala. Bagi ler, reason yang personal sket. Kalau ada  pengalama yang berjaya mencetuskan inspirasi untuk menjadi doktor, silalah ceritakan. Masa ni dia  akan bersikap sceptikal, jadi ko kenalah tegas sikit. Jangan nampak ada perasaan was-was!
 


 4) Kenapa mesti doktor? kenapa tak pharmacist ke, engineer ke? Ini pilihan pertama anda ke?
     Sebab ini memang cita-cita saya sejak kecik tuan. :)

5) Kalau saya hantar awak ke Sabah Sarwak, awak sanggup tak? Kang kalau sanggup,pastu mintak tukar pulak.
    Aih, tak reti-reti lagi nak cakap ko sanggup? Apa salahnya kerja Sabah Sarawak. Airasia kan ada? Kalau nak kasi power , cakaplah dah mintak izin ibu bapa. Lagipun , kalau dah namanya scholar JPA kenalah bagi balik servis ko kat rakyat kan? Bukan selama-lamanya pun.Bila lagi nak kenal-kenal orang Borneo kan? Kalau tak sanggup, aih , janganlah cakap gitu dong. Sila sanggupkan!

4)Tempat terhad. jadi apa kelebihan anda berbanding calon-calon lain? ( Masa ni, jawab laju tak pikir ape dah. Perut memulas ya amat!!!)

Akak cakap jujur je. Bila lagi nak angkat bakul sendiri kan? Haha.

5) Apa pula kelemahan anda? ( Ni lah paling malas nak jawab, sebab kena buka pekung dada sendiri)
   Dia akan gasak ko masa ni. Jadi jauhi jawapan yang ada kaitan dengan good traits of a doctor dan kelemahan yang boleh membahayakan nyawa orang lain. Macam malas,pelupa,cepat keliru,cepat letih,tak tahan tak tidur,tak berani,was-was,ego,tak suka kerjasama,susah nak mintak tolong dan banyak ler lagi. . Kokye pun ada , jangan ler luruih sangat! Nanti kena jerkah, Ha! habiskan tu kalau tertukar ubat patient mati cane? Hah! Kalau tiba-tiba awak meletup depan patient camne? Akak bagi jawapan susah nak luahkan perasaan kat orang terutamanya marah atau sedih.

6) Bagaimana anda hadapi kelemahan anda?
    Disebabkan akak tak boleh cakap, akak tulislah. Takpun , akak luahkan melalui gambar-gabar yang akak ambil.Tulis kat blog. Cakap ada join usrah. Ada kawan yang  peka lagi supportive.  Kena rajin mintak tolong. Kena rajin bertanya. Kena ingat balik tujuan kerja dan hidup. Siapa kita . Banyakkan bersabar. Gitu.

7) Baiklah, ada pape nak beritahu saya?
 
     Takde tuan. ;) Ya Allah, nyesal akak tak merayu ke nyatakan harapan ke supaya boleh dapat kerja cepat. Tolong pertimbangkan permohonan ke. Adeyh. Seyes, Otak akak ,mulut akak dan perut akak dah bergadoh. Nak kena lekas ke tandas. Masuk tandas  tengok cermin barulah kuar macam-macam jawapan yang lebih menarik. Ceyt!

8) Baiklah. Itu saja.
 Jangan lupa cakap terima kasih tuan :) Senyum lebar-lebar.



p/s: Jangan minum kopi waktu pergi temu duga. Now, back to being a nanny.


Reading materials:
-Patriotic stuff
-Latest health issue


Resume
-Free Word templates (http://www.hloom.com/download-professional-resume-templates/ ) best oo, tinggal edit je.


Some related blogs regarding SPA interview experiences
-http://hazwanainal.blogspot.my/2012/10/interview-spa-jawatan-pegawai-perubatan.html
-http://random-spill.blogspot.my/2013/06/post-interview-interview-spa-jawatan.html
-http://itisamadicallife.blogspot.my/2011/07/spa-interview.html
-http://doktorsiti.blogspot.my/2015/01/panduan-permohonan-kerja-pegawai.html
-http://aurisshaira89.blogspot.my/2013/07/interview-spa-for-medical-graduan-doctor.html
-http://nurfarhanaabdullah.blogspot.my/2010/11/temuduga-spa-ada-tips-tak.html
-http://rnrforme.blogspot.my/2015/01/getting-ready-for-interview-p.html