28 December 2010

Kejadian alam semesta


Diantara makhluk dan pencipta, tentunya kita sebagai makhluk terfikir-fikir mengenai kejadian alam semesta Penciptaan alam ini secara umum telah dijelaskan dalam Al-Quran.Tetapi, pembuktian ayat-ayat suci ini hanya dapat di temui berdasarkan kajian saintifik oleh para saintis  hanya pada abad milenia ini.

Tahukah anda bahawa alam semesta termasuklah alam ghaib ini dicipta dalam masa  6 hari ? Sesungguhnya terdapat bukti  saintifik yang menyatakan bahawa alam semesta diciptakan bermula dari asap( Dukkhan). 

Sungguh,Tuhanmu (adalah) Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas Arasy.Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat.(Dia ciptakan)matahari,bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintahNya.Ingatlah!Segala penciptaandan urusan menjadi hak-Nya.Mahasuci Allah,Tuhan seluruh alam. [Surah Al-A`raf 7:54]

Yang menciptakan langit dan Bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa,kemudian Dia bersemayam di atas Arsy,(Dialah) Ynag Maha Pengasih,maka tanyakanlah (tentang Allah)kepada orang yang lebih mengetahui(Muhammad).[ Al-Furqan 25:59]

dan dalam [surah Fussilat 41: 11-12]

Kemudian, Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap,lalu Dia berfirman kepadanyadan kepada bumi,"Datanglah kamu berdua menurut perintahku dengan patuh atau terpaksa".Lalu keduanya menjawab,"kami datang dengan patuh".

Lalu diciptakanNya tujuh langit dalam dua masa dan pada setiap langit Dia mewahyukan urusan masing-masing.Kemudian langit yang dekat (dengan bumi),kami hiasi dengan bintang-bintang, dan (Kami ciptakan itu)  untuk memelihara. Demekianlah ketentuan (Allah)yang Maha Perkasa,Maha Mengetahui.


Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman, ayat 27 :

‘’Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan lagi tujuh lautan setelah keringnya ia, nescaya tidak akan habis ditulis kalimah (ilmu) Allah. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana’’.






Pernahkah  juga anda terfikir, bagaimanakah Bumi ini terbentuk? Bagaimanakah bulan boleh mengelilingi bumi? Bagaimanakah Galaksi itu turut berputar pada paksinya yang tersendiri? Sudah pasti ada satu ‘kuasa’ yang Maha Hebat dan Bijaksana yang mengatur dan mengawal pergerakannya. Kuasa yang mampu mencipta dan memusnahkan. Tidak lain tidak bukan, Dialah ALLAH, Tuhan semesta alam. Raja bagi seluruh langit dan bumi. Subhanallah..namun, tahukah kalian bahawa terdapatnya golongan2 sesat lg menyesatkan yang cuba untuk memesongkan akidah ini dengan menjadikan SAINS sebagai alasan?
                                        http://www.seopher.com/images/universe.jpg


Wujudnya golongan ‘MATERIALIST’
Golongan ‘materialist’ adalah ahli falsafah yang wujud pada kurun ke-19 dan menjadikan kisah Greek    Kuno sebagai asas ‘akidah’ mereka. Secara Amnya, golongan ini tidak percaya akan kewujudan tuhan (ATHEISM) dan mempunyai DUA rukun ‘agama’ yang sangat tidak relevan dan mengelirukan.   
Pegangan2 berikut adalah :
  1. Alam semesta wujud dalam masa yang tidak terbatas (infinite time) kerana ianya tidak punyai permulaan dan penghujungnya. 
  2. Semua perkara yang berlaku di alam semesta (pergerakan planet, supernova, kejadian dwarf star,    red giant , black hole, etc) adalah sesuatu yang berlaku secara rawak dan spontan.                       Ianya tidak dirancang dan tidak mempunyai sebab2 yg khusus. 



Begitulah ‘rukun2 agama’ golongan Materialist ini yang mana sudah terang lagi bersuluh telah menolak kewujudan Allah yang Esa. Namun demikian, pada pnghujung abad ke-19, Teori ini menjadi goyah dan kurang stamina apabila golongan2 yang mempercayai Tuhan mula menyiasat, melakukan eksperimen dan mengumpul data bagi membuktikan bahawa Alam semesta ini dicipta, dan bukan terjadi dengan sendirinya.Hal ini kerana sesuatu teori Sains hamya akan diterima seandainya terdapat BUKTI yg kukuh sahih, dan relevan berdasarkan pengiraan dan eksperimen yang dilakukan.

Pada tahun 1922, ahli fizik Russia, Alexandra Friedman telah pun menemui sesuatu yang menakjubkan. Berdasarkan pegiraan melalui computer yg canggih abad itu, beliau mendapati bahawa alam semesta ini sebenarnya sedang ‘Berkembang’ dengan kadar yg tertentu. Sekaligus menolak pendapat golongan Materialist yg menyatakan alam semesta ini tidak bernyawa, tidak bergerak (static) dan tidak berkembang.

Kajian demi kajian dilakukan. Akhirnya pada tahun 1929, Edwin Hubble berjaya membuktikan bahawa teori alam semesta itu berkembang (expand) adalah benar berdasarkan pemerhatian terhadap perubahan warna bintang yang menunjukkan perubahan jarak antara bintang dari bumi.

Beliau berpendapat bahawa andai masa itu diputar ke belakang, maka alam semesta ini hakikatnya akan mengecut dan mengecil sehingga mencapai satu tahap dimana seluruh alam semesta dan masa dikumpulkan di dalam satu titik yang tidak mempunyai isipadu (zero volume). Titik ini lebih dikenali dengan nama point of singularity. Hasil daripada letupan yang besar yang dilakukan oleh Kuasa yang Maha Hebat inilah yang menyebabkan sepihan2 letupan tersebut disusun dan diatur dengan cantiknya sepertimana yg sedia ada hari ini. Hasil daripada letupan itulah,juga masa terbentuk dengan izinNya. Sekaligus menyangkal tanggapan golongan materialist bahawa masa itu infinite Letupan yang kuat itu lebih dikenali sebagai Big Bang.






Banyak kajian dan eksperimen yang membuktikan berlakunya letupan besar (Big Bang). Antaranya adalah penemuan Cosmic Background Radiation pada tahun 1956 oleh Arno Penzias dan Robert Wilson yakni tenaga yang terbebas hasil daripada letupan. Secara logik, setiap letupan yang blaku akan disertai dengan pembebasan tenaga samada radiasi, haba atau bunyi. Teori ini dibuktikan melalui penemuan sejumlah tenaga radiasi yang terdapat di angkasa yang mana mempunyai kadar yang tetap dan tepat berdasarkan pengiraan matematik. Nah! Sekarang terbuktilah bahawa alam semesta ini terhasil akibat letupan besar (Big Bang) yang telah dilakukan dengan mudah oleh Allah S.W.T. Benarlah bahawa alam semesta ini diciptakan dan bukannya wujud dengan sendirinya. Di dalam Al-Quran turut dijelaskan perihal kejadian alam semesta akibat daripada letupan yang besar, perihal alam ini sedang berkembang dan pelbagai bukti yang menunjukkan kehebatan Allah dalam mencipta alam semesta.
Dalam Surah Al-Anbiya, dengan panjang lebar di jelaskan bahawa setiap makhluk dijadikan dari air dan setiap planet berputar pada paksi dan garisan orbit masing-masing:


 30. Dan apakah orang2 kafir tidak mengetahui bahawa di langit dan bumi dahulu keduanya menyatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air. Maka mengapa mereka tidak beriman?
31. Dan telah kami jadikan bumi ini gunung-ganang yang kokoh agar ia (tidak) guncang brsama mereka,dan kami jadikan (pula) di sana jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.
32. Dan kami jadikan langit sebagai atap yang terpelihara,namun mereka tetap berpaling dari tanda-tanda(kebesaran Allah)itu ( matahari,bulan,angin,awan dan lain-lain.)
33. Dan Dialah yang menjadiakan malam dan siang,matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya.
 

                                     http://www.hecklerspray.com/wp-content/uploads/2006/04/big%20bang.jpg




Pembuktian theory alam semesta sentiasa berkembang.

Dan langit kami bangun dengan kekuasaan (kami),dan kami benar-benar meluaskannya.
[Surah Az-zariyat : 47]




Terbuktilah bahawa wahyu Allah yang turun 1400 tahun dahulu merupakan penjelasan
yang benar dan tidak dusta.Al-Quran itu benar dan tiada kepalsuan. Hakikatnya, Sains
 pada hari ini telah membuktikan kewujudan tuhan dan membawa kita untuk lebih
 mendekatiNya khususnya sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta.
Sedarlah kalian sekalian bahawa agama Islam itu adalah agama yang benar
dan merupakan cara hidup yang terbaik. Beruntunglah bagi merek
yang mengabdikan diri padaNya.



Pandangan golongan Materialist mengenai Teori Big Bang
Sudah dasar golongan tidak bergama, sudah pasti mereka akan terus dan ingin menegakkan Jarum yang sudah jelas basah dan kuyup. Terdapat 4 teori yang telahpun dikemukakan oleh ‘cendiakawan2’ mereka bagi menolak kesahihan Teori Big Bang dan seterusnya menolak kewujudan Allah yang Esa.


Antara teori2 tersebut adalah :
  1. Steady State Hypothesis Theory
  2. The Oscillating Universe Model Theory
  3. The Quantum Model of Universe Theory
  4. The Imaginary Time Theory

Disediakan oleh :
Muhammad Afiq bin Kamaruddin

Di sunting semula oleh Siti Hawa Khairuddin
Sumber Rujukan :
1. Al-Quranul Karim (Tafsir Ibn-Kathir dan Yusuf Ali)
2. Buku The Creation of Universe dan Keindahan Langit
    karya Harun Yahya.
3. Buku The Last Three Minutes karya Paul Davies


4.The Quran and Modern Science karya Dr Maurice Bucaille


.







27 November 2010

miyavi...the rock star!!!!




pergh....terror la miyavi main guitar.....tk terkedip mata aku tengok deh!!!!

08 November 2010

Sesi Lepas GEram -- Cerita si Tempeh dan Telefon

Assalamualaikum, kali nih...entry saya sempoi..sebab saya nak buat trend baru..



hahah... hal ini beikutan kerana saya rasa teramat  geram dengan mamat-mamat yang tak reti bahasa..
yang tak ada akal..yang tak ada belas kasihan... tak ada sifat simpati ke hape..wut so ever lah kan..

tapi yang penting, I want to tell you lah.. Di pendekkan lah cerita...

Ringggg...ring....

sape lah ni....*angkat tepon*

 Hawa : ......
Tempeh : .....
HAwa : hello..?
Tempeh: ello..
HAwa : yeahh..who is this?
Tempeh : &&*><
Hawa : hah..Bollo..tum kia chahiye he?
Tempeh : allo, u MAlaysia?
HAwa : sudah budak nih nak maen-maen ngn aku..ok..memandangkan aku belum sampai kaunter nk ambil buah-buahan dan sayur-sayuran..aku layan je..aku nk psycho dia jap...Tengok boleh ke tak..mamat nih kena kelentong...i`m in !!!

HAwa : ha, so???
Tempeh : U Malaysia? i`m calling from M.G rOad..
Hawa : so?
Tempeh : Where r you?
Hawa : In my friends house..hhahaha..aku kelentong..

Then,  ada pulak blender tempat buat jus kat SPAR tue, time tu jugak lah dia nk buat kerja..

HAwa : What???? Can`t hear you..Call back..( alasan sungguh!!!)
Tempeh: ***&^%$*)%^$#@&*...(tak dengar ape dia ckp...blender tue kuat le pulak..
Hawa : Why were u calling me? What do you want? Who are You? Are u Muslim?
Tempeh : My name Shiraz..i`m Hindu..
Hawa : (okayh, kasik tazkirah sket sama budak ini...nk kelentong, tp, nama muslim...ceyt!!)
          :Then, tum hara bhagwan pagal hogaya? tum pagal hogaya? *aku geram*
          : Tum Muslim!! me jhanti hua...( u r muslim, i know..)
             What? are u saying u Hindu..Nauzubillah, u are murtad already!!!
Tempeh : oowh..sory2...i`m muslim....*tau ko takut*
Hawa : Then, what is the prove ? say the syahadah then..
Tempeh : LailahaillahAllah, Muhammad Rasul Allah..

Alhamdulillah, peluang baik..!!! Bukan ape,dah kena tipu banyak kali sebenarnya..Ngaku muslim asal nampak aje budak Malaysia. Ngaku muslim konon-konon nk mintak duet lebih, konon-konon budak-budak malaysia akan tolong diorang, konon-kononnya budak-budak Malaysia baik-baik, generous belaka,...hahah, tapi AWAS !! kami tidak mahu laburkan duet pada si Penyagak, atau penipu..LESSON LEARNT!!)

 HAwa: ok, U R MUslim..so, i assumed that u already know the limit of communication between a girl and a
             boy..especially to stranggers..!!! And the sins for making people is distress???
Tempeh :but..but...

              Arghh...peduli ape..aku potong aje cakap dia..,kan  dah terguna AKU,
             darah JAwa..begitu lah..AKU kan aje kalau Geram..

Hawa :  Then, what R U DOING???  Do U like some crazy PERVERT Indian man disturbing your sister,
             your mom,etc..What u do is Wrong..I dont Like it..!! I HATE it..!! Why on earth you want to disturb
              people huh??? U know as a muslim we cannot harm other people, especially among muslims..
              NAUZUBILLAH...!!! And plus, There is a lot of Indian man calling me for this week..!!!
              Indians are BAD!!  ( pak cik kurus kering amek sayur cepat-cepat, takot kot dengar suara aku dah
              tinggi semacam...sorylah pak cik, i tak marah U, i marah kat mamat tak reti bahasa nih..)

Tempeh : WHo?? WHo?? tell me..let me blast those man..i`m sory, i thought u like Hindu , so, i say Hindu.
               I`m Muslim..

              What the buck ? berlagak hero kunun..I like Hindu? ( bukan racist ye..tapi..kok ye pun..)

 HAwa :  I`m sorry, i wish to end this conversation now..I assume u haven`t pray for Asr rite?? U are delaying me from my duties.. So, i`m sorry, i don`t know you, but i know i have Doa..I Pray to Allah, If this man keep disturbing girls, may Allah`s wrath fell upon  him.
Tempeh : Wait..wait....aaaaaaaaa....
Hawa : Assalamualaikum...

*********************************************************************************

                                                                      The END....

*********************************************************************************

He keep on calling..tapi , aku buat dekkkkk jerk... dahhh...bnyak lagi barang nak kena beli..Seb baek jumpa kak Sah yang bermuka bersih dan suci...tenang sikit jiwa..Mengucap panjang dah aku..Dah3!!! balik!!! n mam daging kambing yukk!!!

Then, bile balik rumah,mulalah belek-belek tepon baru Samsung Galaxy 3..Sekali, bila tengok kat  directory phone.. Owh!! ada reject list rupanya.. *evil mode* Bagus..tak sia-sia aku beli phone baru...(#_#)
Kawan-kawan panggil samsung nih, SAMSENG.Maka, .aku pun dah jadi ahli kelab SAMSENG..hehe..

+9784******** >>>>>> Add to reject list..

Al-kisah, dia try call banyak kali, dan setiap kali itulah, his call was REJECTED!!! hahah..LEGA.....
Takyah lah nak asyik angkat tepon semata-mata nak habiskan kredit dia..kalau kat Malaysia tak kisah lah, Top up mahal..so, at the end mamat sakai tu give up lah kan? Tapi, kat India, apa lah setakat 30min bercakap baru jalan 20rupee.Tak sampai berapa sen pun ha. Tu yang depa dok rajen gila takda kerja kaco anak orang.Haih..(-_____-)"

Moralnya, belilah phone yang boleh block call orang-orang yang tak sepatutnya kalau anda sudah masuk dalam golongan orang POPULAR.. (saya bukan perasan, ok? Tapi, hakikatnya itu yang saya perasan sejak akhir2 ini.)Tak tahulah dari mana mamat-mamat nih tahu numbor aku...budak-budak nih main pass up number agaknya.Lantak lah korang. Korang col, aku REJECt..hahah....BUbbbaih!!!





          

JOhor ku Saaayang...

sebut betul-betul yer ( T.T ) �

*gobok(almari)
*mangkok( korg tau ape)
*periok( periuk)
*bok ah/ bok sini/ bok mari(hendak) lebih sedap gune *bak sini( nak yang itu)
*bobok(tepuk)
*dok sne(duduk sane) �
*engko nih kaco ah( engkau nih ganggu aku lah)
*ekkk ?(oh ye? dan boleh juga ganti tanda soal...)
*lastik /playstik ( oh..bukan Aaa..tapi ayyy..layystick leystik. kena tegur kt perhimpunan kot!!)�

heheh...pada bakal-bakal org2 johor dan org2 johor yg bukn dok joho dh..sile lah ingt kembali asal usul kejadian mu.... dan pada orang baru silalah belajar ekkk.....hahah..dedikasi khas untuk org baru family saya..dan kawan-kawan saya yg dh kawen itu....saye? owh..tungggguuu....(*.*)"


Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
                                                            

Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri Johor, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam.
Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan kata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH"
                                                          
                                                                       Lagu Bangsa Johor


Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia segala kehormatan
sihat dan ria kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

04 November 2010

Upside Down Writing | Flip text generator

Upside Down Writing | Flip text generator


menarikkk......


Upside Down Writing

Have you ever wanted to freak people out with some crazy text? Now you can do exactly that by writing your text upside down with our flip text generator! Start by entering your text below and it will be flipped for you.

Enter your text to be flipped

Ini Untuk Ibu!!!






Pada, tanggal 24-Oktober-1957

LAhirlah seorang anak merdeka...

anak yang tak pernah kenal erti putus asa, yang tabah hati, baik budinya..

yang tidak pernah jemu menyiapkan bekalan untuk ayahnya..

Ya, dialah ibuku...yang melahirkan, yang membesarkan, yang menemani ku saat ku perlukan,

Akak rindu sangat maskan ibu, paling sedap di alam semesta...!!!

eh, dah tak jadi sajak la pulak...

Yumm...2!!!!

Ayam masak masam manis my fevret... saat nih pun dah terliur...

Walaupun resipi yang akak gunaka sama,

tapi , rasa dan nikmat tu takkan sama...

sebab masakan tu bukan air tangan ibu...

macam kasih sayang ibu...

Akak sayang sangat ibu..

Ibu jangan sedih-sedih akak duduk jauh-jauh...

Internet kan ada...selalu lah ibu tengok blog akak nih ye..

Ibu, sempena hari lahir ibu..akak tak sempat nak buat yang special untuk ibu...

Harap-harap ibu terima lah warkah yang tak seberapa ni....



Salam anak rantau.

India.

Selamat hari lahir!!!!

07 October 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله



Walau apa pun yang terjadi, letakkan Allah sebagai tempat untuk mengadu. Jadikan Allah sebagai tempat memohon pertolongan. Jadikanlah perjalanan bertemu Allah sebagai kekuatan. InsyaAllah, Allah pasti akan menolongmu. Maka, berdoalah padanya.

05 October 2010

Lost your Phone? How to track n Block it?

Assalamualaikum w.b.t,

Okayh, saya ada satu  pengumuman.

Handset saya sudah HILANG!!!!   (-_-)"

Sedih? Erm, tak la sangat..cuma terkilan. Sebabnya handset itu pemberian ayahku. Pulaknya, merupakan hadiah sebab dapat 'fly'. Handset itu dibeli 4 jam sebelum aku berlepas ke India.Wargghhhh!!! Terkilan sangat-sangat. Dah habis daya nak 'flashback', kat mane saya letak phone tue. Maka, mulalah bermenung je..
Bila phone hilang, sekurng-kurangya, nombor lama bolehlah retrieve balik. Tapi, kalau phone hilang , Macammana?  Sedang asyik 'melayan perasaan' depan lappy, saya teringat yang Google memang sangat terkenal dengan 'HOW to dot dot dot..." So, saya pun trylah taip, How to track my lost phone. Within seconds, macam-macam website yang keluar. Haha..Sekarang saya nk seru kawan-kawan skalian kalau-kalau phone kesayangan anda terutamanya Iphone, Nokia series n Blacberry yang mahal-mahal itu hilang atau dicuri orang, anda tahulah cara-cara untuk mendapatkannya semula. Munkin,  cara ini tidaklah 100% berkesan, tetapi sekurang-kurangnya kita dah usaha kan? Bukan apa, kalau  phone anda tu jatuh pada orang yang mempunyai niat yang tidak baik, gambar-gambar anda di'uploadkan" ke internet, atau di edit menggunakan photoshop, atau dibuat tatapan peribadi seumpama penyangak-penyangak menggilai gambar porno. Oleh itu, adalah wajar supaya anda tidak 'pose maut' dan simpan pula gambar tersebut dalam phone anda. Seperkara lagi, janganlah pula anda simpankan nombor-numbor rahsia anda dalam telefon itu. Bahaya sungguh.!!! Percayalah, saya ada buat, nasib baik, akaun itu memang takde duet, sebab dah pindah ke akaun baru. Alhamdulillah..  

Sudahlah hilang selepas qiam, kemudian pula, dalam masa 3 jam lagi, saya bakal menjadi pengacara majlis. Syukur,alhamdulillah... saya masih dapat kawal emosi. Saya SABAR dan  cuba untuk TENANG. Cuma, agak terkilan bila tidak dapat membuat keputusan terbaik bila situasi kritikal memerlukan saya membuat keputusan bijak dan pantas. Yelah, kepala dah BERAT. Susah nak berfikir. Sayup-sayup sahaja suara orang yang bercakap-cakap denganku. Aku  cuba istighfar banyak-banyak. Sedang aku ambil nama peserta-peserta JASSI dan berbincang dengan ketua mereka, aku jadi lembap. Fikiran celaru. Mata kelabu. Namun, aku gagahkan jua. Nasib baiklah, dia itu amat memahami. No 'wonder'lah dia jadi pemimpin mereka. Syukur, dia punya kesabaran dan ketenangan seorang pemimpin. Dia amat memahami keadaanku yang amat kalut , mungkin kerna kerut-kerut tebal di dahi tanda aku dilanda masalah. Tak tahulah, senyuman yang aku beri itu nampak ikhlas atau kelat pada matanya. Dari riak wajahnya, lakonan aku macam meyakinkan. Yelah, selaku tuan rumah, takkan nak tunjuk lemah dengan tetamu kan?

Tapi, sepandai-pandai tupai melompat.. akhirnya terkantoi juga. Mana mungkin mataku menipu sahabatku seorang ini , Si Mazni . Dapat juga  dia meneka perasaanku, dia pula yang risau.

" Hawa, ok tak nih?" penuh risau, Mazni berkerut.

Aku senyum. "Ok je kan?"

" Ye, Hawa senyum.. tapi, mata menceritakan segalanya !!!" Owh, kaku seketika. Termenung seketika.

Monolog hati, "Eh, tak boleh! Aku ada tanggungjawab!!! Aku tak boleh tunjuk aku lemah. Allah sedang uji aku. Aku harus sambut tetamu dengan baik!!! Uruskan forum dengan baik, supaya para peserta yang datang berbatu jauhnya tidak hampa dengan layanan tuan rumah! Ingat, mereka itu datang untuk menuntut ilmu daripada ustaz dan doktor yang datang jauh dari Malaysia semata-mata untuk memberi tarbiyah dan ilmu pada rakan-rakan. Aku tak boleh hampakan mereka!!! Kau mesti sabar!! "

Kemudian, ku kuntumkan semula senyuman dan berkata "Hawa kena kuat!!!" Ku pandang si Mazni yang juga kalut dengan borang-borang aktiviti.  Aku helakan nafas panjang dan ambil mikrofon di tangan tuan pengarah JASSI2010.

Pasal JASSI, syukur semuanya sudah tamat. Walaupun ada banyak menda yang tak dapat kami nak halang, tapi terjadi juga. nak buat macammana, sudah takdir. InsyaAllah, akan kami perturunkan ilmu yang kami ada untuk HICOM JASSI yang akan datang, supaya lebih tersusun dan berjalan lancar. Amin.



p/s: Semoga kehilangan handset ini memberi iktibar yang besar buatku. Hanya aku sahaja yang tahu, mana silapku. Tetapi,janganlah bertangguh lagi kalau mahu telefon ibu atau ayah. InsyaAllah, aku janji pada diri, takkan buat lagi,walau sibuk macammana pun. Aku hati sudah terpanggil, usahlah dilambat-lambatkan. Panggil sahaja, mungkin ini baru handset yang hilang, manatahu, selepas ini orang yang kita sayang pula pergi tak kembali. Nauzubillah... Ya Allah, Aku masih mahu bersama Ibu dan Ayahku! Mahu bersama adek-adek dan teman-temanku....Berilah aku peluang untuk berbakti pada mereka YA Allah. Hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang terkandung di hati ini...



 Apa yang perlu anda lakukan kalau anda hilang telefon kesayangan anda?

1. Pergi buat report polis secepat mungkin.

2. Pergi ke pejabat 'provider' telefon anda yg terdekat. Misalnya, telekom, Digi, Maxis. dan bagi pelajar-pelajar di India, pergilah ke Airtell,Vodafone,etc. Beri salinan ID yang ada tarikh luput. Orang kt kaunter tu akan  minta sebarang nombor yang anda telah dail menggunakan sim kad tersebut. So, numbor pada sim kad lama anda akan di sekat. Dan anda akan dapat sim kad baru  tetapi nombor lama anda tetap kekal.

 3.  Lastly, prevention is better than cure.

Ok, selama ini saya memang tak pernah tahu yang kita boleh sekat penggunaan telefon dengan menggunakan nombor khas yang tertera di belakang phone anda. atau lebih dikenali sebagai

IMEI ( International Mobile Equipment Identity). 

Atau anda boleh cuba ini, taipkan *#606# .

Nombor yang tertera adalah IMEI. 





IMEI is a number which is unique to every GSM mobile phone. It is usually found printed on or underneath the phone's battery and warranty card. IMEI of any set can also be found by dialing the sequence *#06# into the phone. The IMEI number is used by the GSM network to identify valid devices and therefore can be used to stop a stolen phone from accessing the network.
For example, if a mobile phone is stolen, the owner can call Authorities and instruct them to "block" the phone using its IMEI number. This renders the phone useless, regardless of whether the phone's SIM is changed.


So, apa yang di tunggu lagi? Ambil kertas dan catat numbor IMEI anda. Who knows u r next to have the same fate as i am?


04 October 2010

Alangkah Indahnya Hidup Ini - Raihan


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...


hijrah itu payah..hijrah itu susah..tapi hijrah itu rahmah~~

22 August 2010

MALIK adekku sayang....happy 20th!!!!



Tahniah saya ucapkan kepada IBU saya yang melahirkan adek yang memang GEMPAK ini..
Dan  terima kasih kepada Ayah yang selalu menghatar kami adik-beradik pergi dan pulang dari sekolah yang jauhnya..alahai..hanyalah tak sampai 10 minit jalan kaki...(kalau jalan laju2 lah)..



heheh...

tapi, mula-mula kenalah bersyukur pada Tuhan yang mengurniakan saya adik ..buat teman sepermainan....kena denda duduk luar rumah sebab main kat luar sampai magrib...lepas tue panjat tembok yang maha tinggi tue untuk masuk rumah melalui tingkap kecil..Akak ingat  lagi..masa tu, masuk-masuk je rumah.. Ibu dah menunggu di atas sofa panjang seraya berkata"pergi mandi cepat!!"..Maka, terkedek-kedek lah kita bertiga berkejar masuk bilik air..Tue, kisah lalu..yang menjadi kenangan manis akak dan kamu...huhu...

Orang yang lahir bulan Ogos ini.. kelakar orang kata...Yupp..Memang tak kering gusi akak dengar lawak ko..Di layankan ajelah..apa yang ko bebelkan..kalau marah..perghh...habis emua jiran dengar...begitu juga saya...So, sejak akak pindah ke STf , mengenangkan masa di rumah amatlah singkat..akak cuba untuk tak SENSITIF..dan tak MARAH-mARAH.. Akak sabarkan aje.. Walaupun akak memang pantang betul kalau korang pinjam barang akak, then korang tak letak balik...Melilau akak mencari..bukan  marah sebab korang tak pulangkan..tapi, marah sebab korang buat akak yang ber mata empat ini mencari barang yang tidak di ketahui tempatnya.!!!.
(-_-)"

masa kecik-kecik..akak selalu panggil ko..BOtt...instead of BOY..

mungkin sbb nak bezakan ko ngn BOBOY si adik kak Shidah itu...

bezanya..ko GELAP..dia PUTIH...heheh..

rileksss..adekku,jangan marah dulu..puasa-puasa nih...

bagi akak, GELAP itu MACHO..

haha..

(kalau ikut maksud dalam kamus dewan DBP, MACHO= pendek,hitam, gemuk)

akak rasa ko tak termsuk dlm kategori pendek kan??

Well...

memandangkan akak nie busy pulak hari ni..tk sempat lah nk berkongsi cerita tentang Pe'el ko mser kecik2....So, akak citer yang pendek ajerlah...

dulu,
ko pendek, kurus, cekung.. dan amatlah SENYAP...senang kena buli..
akak pulak, tinggi, gebu, dan chubby, dan BISING..memang jadi 'Protector' korang..
lagi-lagi dh berstatus PENGAWAS...

"sape buli adek aku SIAP korang!!!"

konon garanglahh,sambil cekak pinggang yg cam semut itu..
Ecehh....bangga tak dapat akak macam AKAK??

mase nak anta akak fly to India....

gamba masa kite kecik-kecik...heheh...

 Nie kali terakhir akak  beraya di Malaysia..rumah atuk kat Pontian..

Mase Low Yatt... ko memangg chubby!!!!!

nie muka orang amek gambar muka sendiri.....

NIe abng hensem dan macho..kacak lagi bergaya....All BlAck!!!

mAse berenti makan2 on the way balik kampung...

Baru akak faham perasaan ditinggalkan...Masa tue akak anta ko g Penang.. Hari lusanya, akak fly ke India pula..

Ok..akak baru je habis basuh pinggan segala...tadi ber moreh kt rumah jiran sebelah...ada orang masak bubur kacang hijau...akak offer dirang makan buah tin je( tertulis di peket tu Figs fruit)..dapat rasa teh perisa markisa, macam2 lah...seminggu berpuasa....macam2 mende akak dapat tengok kat hospital tue...huhu.. Wokeyh..sampai di sini shaja..ngomelku...nanti akak tulih versi yang lagi.ehh..nak kena siapkankerja rumah yang banyak ini...ngeheh...(kantoi buat kerja last minit..takpe..asal siap..kan???)


Then..

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". [Maryam, 19:33]



Semoga menjadi insan yang dimuliakan disis Allah..menjadi anak yang soleh, adek yang taat, pelajar yang baik,pekerja yang setia, abang yang baik tapi tegas dalam teguran..dan semoga bertambah ilmu, amal, umur..dan akhir segala...semoga adik akak ni dijauhkan dari segala bentuk sifat mazmumah..dan memiliki sifat-sifat mahmudah!!! Aminnn....

16 July 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

: Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita dengar..

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...




Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab - 

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.




Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...







Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...








Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.