02 June 2010

Imbau kembali kenangan lalu...



Bagi yang baru shaja mengenali diri ini..saya ucapkan selamat berkenalan.Dan bagi yang memang sudah kenal saya, selamat datang saya ucapkan..Semoga ukhwah dan  persahabatan ini tetap akan berkekalan.alah orang kata,ukhuwah fillah abadan abada..

Bagi yang sudah lama tidak mendengar khabar berita dari saya, setelah tamat SPM, saya membuat kursus persediaan di KOlej Teknologi Timur.Syukur,atas limpah dan kurnianya,saya memperoleh 'points' yang hanya cukup-cukup makan untuk membolehkan saya 'fly'.Walaupun pada asalnya, JPA menawarkan saya untuk melanjutkan pelajaran ke Poland,namun saya redha dengan kehendak Ilahi yang menempatkan saya di bumi 'Incredible India' ini. 

Maka pada tanggal 7 September 2008,pukul 10.05 minit waktu India,saya,Nurul Izzati Abdul Aziz dan Fatin Abdul Rahman tiba perkarangan lapangan terbang Mangalore. Pada waktu itu hanya Mdm Rashmi iaitu mentor kami yang menjemput kami.Kakak dan abang senior semuanya tidak mengetahui kedatangan mengejut kami.Takpalah,tiada sambutan dari para senior.. Nak buat camne,kami tahu result fly pun hanya dalam masa seminggu..Tergopoh gapah ke hulur hilir buat persiapan nak fly..Kami memang dah expect the worst..Tiada pelajar Malaysia yang menjemput kami.Ada mentor pun sudah cukup bagus..Itu cukup baik dari kami yang ditinggalkan oleh agen Nugrahan setibanya kami di lapangan terbang Banglore.Nasib baiklah saya dapat mencari semula secebis kertas putih yang kusangkakan tidak berguna di antara celahan barang-barang dalam beg luggage,nasib baik!! Sebabnya, itulah sebenarnya 'itenery ticket' untuk 'connecting flight' ke  Mangalore nanti. Haih..ape lah Nugrahan nih...Pulak kena tido dalam airport yang serba sejuk itu..dengan blazer dan jaket Jpa yang mahal itu..Tidorlah kami bertiga di situ atas bangku dan solat di tengah-tengah khalayak ramai.Haish..belum apa-apa dah banyak sungguh dugaan.Kami naik bus dari airport terus ke hostel baru.Sekarang dah ada nama baru..K.S. Hegde Medical Academy Girl`s Hostel..atau singkatannya KSHEMA Girl`s Hostel... Mula-mula,kami sebut hedge itu dgan sebutan english: h---edge. Tapi,salah rupanya..Kena sebut K.S. Hegggg(iqlab tue)---deyyyy.Lastly,guna K.SHema sahaja..kan senang....

Masa itu,dahlah kami tertinggal sebulan belajar.MAsuk-masuk kelas jer..terus dapat tepukan gemuruh.Kami yang berpakaian baju kurung terasa amatlah tidak selesa kerna asyik di pandang dari atas sampai ke bawah.Macam alien pun ader..Stress,tapi i`m okay..Lama-lama,saya dah biasa dengan keadaan tue...Mereka bukan apa,barangkali pelik tengok manusia yang berlainan kulit,bahasa pertuturan,pakaian dan cara pembawaan.They said that we Malaysians are so friendly..Of course lahh..Malaysia is a multiracial, multicultural,multilanguange dan segala multilah..Mesti dah biasa dengan adat orang..cara orang..heheh..sebab tue kami..."MESRA"!!

Proud to be Malaysian!!! Saya anak Malaysia!!

Okayh,nothing much to say about 1st year in KSHEMA.Other than issue nak pindah luar..dan bising-bising dengan management,dan pakai gigi besi dan ulcer yang tumbuh macam cendawan lepas hujan,sampai berat badan turun mendadak,cengkung muka macam orang sakit TB....Lain-lain,takde apa yang menarik..heheh..Yang lepas,tu lepas...Lega rasanya..sebab bila bangun pagi takde lagi 'guilt' and perasaan yang amatlah tidak tenteram..Tue lah..bila HATI tidak bersih..begitulah jadiknyer..Bila dah cuci dengan 'clorox' dan segala bagai..barulah ..HATI ini tenang..Syukur-syukur..

Bila tiba untuk periksa final..Hati jadik tidak seronok nak belajar..Yelah, bak kata UStaz Johari,"Ilmu itu letaknya pada tempat yang bersih.." Jadi,saya tekad untuk buang segala amarah hasad dengi,marah-marah tak tentu pasal,dan banyakkan lagi SABAR..Memang..duduk India ini anda perlu banyak SABAR..sabar dengan orang atau sabar dengan keadaan dhaif ini.. huhuh.. Alhamdulillah,penat lelah berhempas pulas untul periksa final...Akhirnya,saya LULUS final examination untuk tahun pertama MBBS, saya berasa amat bersyukur kerna masih dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Pejam celik pejam celik dah dekat dua tahun..huhuh..sekejap je kan??

dah ler...lme dah entry nie di buat..tapi ..simpan buat pekasam je ha...heheh...

No comments: