Makan?
Owh, sudah semestinya semua orang suka....
Kalau tak suka makanan, bukanlah dia dari kalangan orang yang boleh 'ngam' ngan aku...
Ahaha,
Lantakkan lah....Okayh...Selain, makan, aku juga suka amek gambar makanan yang aku rasa macam sedap.
So, saya mempersembahkan MY FOOD STORY....
|
Ini, OMG !!! my Faveret among all...Ketam murah aje...4 ekor ketam besar dalam 100rupee bersamaan 7 hengget. Baru mengunyah dua ekor, dah tak larat..Masuk ketam yang ketiga, makin expert.Yelah, 1st time makan, rasa susah nak gigit ketam sampai hancur, lama-lama, makin laju, makin cekap pulak.Ketam nih, kalau boleh, GORENG paling bagus. Segala jus manis tersimpan rapi dalam ketam.Kalau masak kuah atau rebus, hmmm jawabnya, jus tu masuk dalam kuah ler. Jadinya, apa yang anda lihat nih, semuanya di goreng. Kat sebelah tu, kueh tiow masak kuah udang. Pergh!!! Memang seafood Ori lah gua kate..Manis-manis, pedas-pedas, berlainan tekstur dan rasa, lembut dan keras, rangup dan gebu.Semua dalam satu.Eceh, aku nih, layak jadi pengkritik makanan lah. Takpe, suatu hari nanti, asal pegi je restaurant, gua kasi kritik baek punyer....!!! |
|
Ini pulak, ayam panggang dalam microwave.Sekejap je dah siap. Tekan aje grill,set untuk 200gram ayam, 8minit dah siap. Gaul dengan pepper dan madu. Isinya lembut,manis dan berlemak.Nugget dan kentang ni pun saya bakar. kurang lah sikit kolesterol tu kan? |
|
Ini pula, Bubur Ayam ala-lambuk. Ada isi daging,kacang dan sedikit ermmm ,Belacan untuk menguatkan rasa masin.Jadi, tak payah lah susah payah letak garam dalam bubur. Sayur bendi pula, memang senang nak dapat kat sini. Goreng dengan sos tiram dan telur hancur. Jangan letak garam lagi, sos tiram dan telur dah cukup untuk perasa.Kurangkan garam , elakkan penyakit!!! |
|
Ikan bakar masa birthday party kawan. Gaul dengan minyak yang di sapu menggunakan serai sebagai berus. Wangi dan segar dari laut. |
|
Ni lah lauk ekspress, telur goreng pepper with milk(bau macam cheese!), ayam panggang,sayur kubis goreng,nasik putih panas dan sos kicap taruk bawang la sket. Sos merah tu beli kat sini, sos cili manis. Semuanya siap dalam 15 minit. Mudah cepat dan sedap ! |
|
Hmm...yang ini, macaroni ke pasta ke ape2 lah..janji kawan si mee. Kuah masak hentam dan ada ayam goreng rangup. |
|
Mee kari rasa udang dan ayam. Ada pengaruh masak merah sket. Gabung dengan bawang goreng , isi daging yang kenyal dan kentang rebus yang gebu.(lupa lah apa term yang sepatutnya).Tulah, asyik terminum air yang ada semut je.
(0_O) |
|
Haha, sebagai doktor-to-be, saya tak sepatutnya mempromosi' makanan sebegini. Tapi, nak buat macam mana, memang sedap pun.!!! Nak elok kesan negatif karsinogen, makanlah sayur,tomato dan timun sekali ye. Sebab tu, sate mesti ada timun. Dalam gambar ni, ada keledek bakar. Wa cakap sama lu, memang sodap tahap dewa.!!! Makan masa panas lagi sedap. Tapi, hati-hati, sebab kesan tak berape berkenan untuk kaun perempuan, keledek ni boleh buat perut berangin aje..Al,kisah, proootttt...pbrootttt.... Yang protttt senyap-senyap lagi bahaya,DASYAT!!!
Sekian sahaja, pada hari ini. Nanti, saya Makan dan tangkap gambar lagi.Uhuhu....Bubbaih!!! |
1 comment:
Post a Comment