01 January 2011

Wayang : Kingdom of Heaven



Kingdom of Heaven Poster

Saya tergerak hati untuk mengkaji lebih mendalam tentang filem ini yang banyak berkisar tentang titik penting dalam sejarah Islam. Apabila saya menonton filem ini, ada banyak persoalan yang bermain dalam fikiran.Antaranya,
  1. Well, kenapalah banyak sangat warna panji-panji Islam? Ada merah, ada putih. Yang saya tahu, Hijau adalah warna rasmi panji-panji. Ehmmm, jangan terpedaya okayh.
  2. Dalam filem ini, adalah unsur-unsur seksualiti. Janganlah ingat, ada je kemunculan Islam dalam filem Barat, takkan ada unsur-unsur 18SX nih.
  3. Salahuddin ? Banyak yang saya tak tahu pasal tokoh Islam ini. 
  4. Perang-perang yang terdapat dalam filem ini, saya tak tahulah sejauh mana kebenaran dan keaslian jalan cerita perang-perang ini. Kalau ikutkan cerita Salahuddin Al-Ayubi versi kartun, saya rasa memang cerita kartun tu berdasarkan fakta. Tidak diubah suai sama sekali.
  5. Babak Salahuddin meletakkan semula salib yang terjatuh dan tidak melangkah lantai berukir salib agak menarik perhatian. MUngkin, direktor sengaja nak menunjukkan yang Islam menghormati agama lain? Sama seperti babak Salahuddin melepaskan kesemua penduduk Jerusalem dan menjamin keselamatan mereka hinggalah meraka sampai di kapal untuk ke negara Kristian. Sedangkan banyak dialog yang menyatakan bahawa Jerusalem dirampas dari Muslimin dengan darah orang Islam.
  6. Dalam perang menentang tentera Salib, tentera Muslim telah menang mudah kerana tentera Salib telah dilemahkan oleh lapar dan dahaga ketika merentas padang pasir. Diakhir peperangan, tentera muslim meletakkan kepala Raynald yang telah dipenggal di atas timbunan kepala tentera Salib. Betulkah itu yang diamalkan tentera muslim? Tak pernah pulak saya dengar begitu. Macam tak kena aje.
  7. Ketika maut hampir tiba bagi King Baldwin IV disebabkan leprocy (tuberculous leprocy), dia ada membisikkan sesuatu kepada adiknya. Bila orang sakit tenat bisik, manalah kita nak dnegar kan? Saya hanya dapat tangkap"......in the name of Allah.." Well, kena cari subtitle untuk lebih jelas.
  8. Overall, saya rasakan ok aje. Cuma, mungkin akan lebih faham kalau ada subtitle.








------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Filem ini bercerita tentang Perang Salib pada abad ke-12, tentang seorang tukang besi dari sebuah perkampungan di Perancis yang pergi ke kota Jerusalem untuk mencari keampunan Tuhan, yang kemudian turut serta dalam perang melawan seorang Pemimpin besar IslamSaladin dan pasukannya yang hendak merebut kota itu dari pihak Kristian. Cerita filem ini diangkat dari kisah kehidupan Balian of Ibelin. Profesor Hamid Dabashi (http://www.hamiddabashi.com/)dari Universiti Columbia adalah penasihat filem ini.
Penggambaran filem sebahagian besar dilakukan di Ouarzazate di Maghribi tempat Scott membuat filem Gladiator dan Black Hawk Down. Replika kota tua Jerusalem dibuat di kawasan gurun pasir. Pengambilan gambar juga dilakukan di Sepanyol, di kota istana Loarre, Segovia, Valsaín, Ávila, Palma del Río dan gedung Casa de Pilatos di Seville.
Khabarnya, pemerintah Maghribi menugaskan ratusan pasukan keselamatannya untuk melindungi kawasan penggambaran dan para pekerja filem dari pengganas Muslim yang pernah mengancam untuk menyerang. Perlu diketahui, Ridley Scott telah menjadikan pasukan tentera Maghribi muncul untuk adegan peperangan.


SINOPSIS

No comments: