Okeyh, kalau baru-baru nih kita di gemparkan dengan banyak cerita. Antaranya, banjir di Johor dan negeri-negeri di pantai timur. Mari kita lihat, apa lah yang jadik kat tempat tinggal bayu nih. Kawasan dalam gambar ni memang amatlah dekat dengan rumah. Tapi, disebabkan kami duduk kat kuarters kerajaan yang letaknya kat tempat bukit,jadi family dan harta benda keluarga saya memanglah selalu selamat dari banjir dan kehilangan harta benda. Dengar cerita, air sungai naik cepat giler. Sudahlah bandar Segamat ni, memang letaknya dekat dengan Sungai. Nama Segamat ni pun diambil bersempena dengan air sungai Segamat nih. Dulu-dulu, orang-orang besar dan pahlawan selalu singgah dekat bantang sungai nih. Bila diminum air nih, mereka dapati bahawa air sungai ni segar amat !!!. Maka, jadiklah nama Segamat. Gambar dan video nih, bayu amek dari youtube sape ntah, dan dr facebook sipolan. NI semua gambar-gambar terkini dari 31 Jan 2011. Silalah tengok yerk.....
Video kat kanan nie menunjukkan pemandanagan banjir di jalan sekitar Segamat Utama.'Hot spot' Segamat yang terbaru. Habehlah kedai Secret recipi yang baru nak naek tue. Pasal tue lah banyak kedai lingkup bila bukak kat Segamat nie. Kalau ade rase nak bukak francais kat Segamat, silalah timbang tara sewajarnya untuk meletakkan kawasan tapak perniagaan anda. Maklumlah, banjir dan bencana alam tidak termasuk dalam polisi insurans...Kalau banjir besar macam nie, sape yang rugi??? Ente jgak kan yang rugi?
Video kat kiri ni pulak dekat jer ngan sugai Segamat. Pemandangan dari jambatan kedua yang baru dibina dua tiga empat taun yang lepas.(aku pun tk sure bile).So, gerun kan? Kalau hari-hari biasa tebing tue nmpak tinggi jer...Bila dah banjir besar gini, tinggi tebing pon tak nampak. Makin lame, makin luas lah sungai Segamat nih. Seb bek, lepas banjir besar 2006 kat Segamat, JPS dah buat penahan tebing daripada konkrit. Harap-harap lepas banjir nanti tak pecah dan retak ler gamoknya.Mase tuh, air naik siap atas jambatan lagi. Naik sampai tenggelam jalan kat Segamat Lama tu. Totally bocked!!! Mase tue, TV3 ade kuarkan berita pasal banjir terbesar dalam 100 tahun ni. Kat klip yang bpe lme minit ntah, kelihatan orang ramai meyerbu pasaraya Genuang kat tepi sungai tue. Malu...malu...aku sebagai warga Segamat. Sudahlah jatuh ditimpa tangga. Dah le kawan tue, rete dia rosak dek air, engko gi curik pulak rete yang masih elok.. Ada ubi ada batas beb!!! Goverment tengah misikin nih. Ya Tuhan, selamatkanlah kami dan keluarga kami di Segamat...Aminn...
Jalan pon dh kena block..Caner nak gi jalan-jalan ???
Air sungai pun dah cecah jambatan.Gambar terkini tak dapt lagik.Dengar citer, air dah naek sampai atas jambatan.
Siannya...Rumah sapelahhhh nie...
Korang..cintailah sungai kita. Penat tau ayah saya jaga sungai nih. Nak bagi generasi kita air bersih.. Korang nampak kan logo hijau biru kat tepi "Cintailah Sungai Kita". tulah Jabatan Pengairan dan Saliran aka JPS.Takler femes cam JKR tue. Tapi, penting lah jugak. Tika banjir cam nilah, ayah bayu 'on-call' thaww!!! dah tu, air cepat giler naik. Pintu air nak kena jaga.Takut pecah!!! Eh..FYI, SMART tunnel yang jugak among top 5 Engineering Wonders of the World under kelolaan JPS la tue !!! Kalau JKR terkenal dengan sistem jalanraya bak litar perlumbaan , JPS pulak femes ngan SMArt tunnel lah!
Awas..jangan main air. Nanti domam ekau seminggu. Pas nie, tunggu lah nyamuk-nyamuk mesti happy dapat beranak banyak-banyak kan??? Pastu, engkorang sukerlah nak maen air kotor tue...yang dah bercampur air kumbahan...JiJik..Tapi, biler dah syioookk mesti tak hengat dah kan mende-mende tu semua???
Nie jambatan keretapi. Orang ramai nak balik selatan pun dah tak boleh.Pengankutan awam dah dihentikan buat smentara waktu. Jalan tutup, jambatan tutup. Bus kena bwak dek air. Pak cik teksi takut kete rosak. Motosikalnye enjin masuk air. Abeh nak jalan guna ape? Plane? haish...Sgamat nih ada satu je lapangan terbang kecik kat golf club tue. Tak seswaii nak angkut korang-korang...Laenlah, kalau korang VVIP...
RIbut petir kat Bandar segamat pada waktu malam...
Ramai jugak orang kuar untuk mengundi kat mukim Tenang . Itu hak rakyat. Masing-masing kena tunaikan. Tak kesahlah hujan ke hape ke, janji tanggungjawab harus di tunaikan. Ada orang kata, pilihanraya kecil ni,nampak gayanya lebih ramai orang yang datang untuk mengundi berbanding pilihanraya umum seperti selalu tu. Dapat duet ke bang? Entahlah. Dengar jugak cerita nanti kalau sokong kerajaan, bantuan RM300 tu sudah pasti dapat. Kalau nak sokong PAS, orang-orang kampung yang rata-ratanya kerja kat ladang dan kerja kecil-kecilan tak dapatlah bantuan tu nanti. Kalau dah terdesak, apa pun boleh. Alhamdulillah, En Azhar dari BN menang. Kepada Cikgu Mala dari PAS, cuba lagi pada pilihanraya umum nanti. InsyaAllah, pemimpin yang jujur,adil, dan amanah pasti disokong rakyat. Kita lihat dulu cane kerja orang BN nie. Lepas tu, nak kutuk ke , nak gulingkan ke, terpulang pada hak individu. Mane satu pemimpin yang kita nak ikut. Wallahualam....
Sekian sahaja, entri untuk citer banjir-banjir nih.
FAKTA : Jumlah mangsa terkini dari Johor adalah sebnyak 39,659orang dengan sebanyak 211 pusat banjir di buka di seluruh Johor.Setakat ini hanya ada dua kematian dua orang wanita. Seorang berbangsa Melayu dari Segamat dan seorang lagi berbangsa Cina dari Kulai Jaya. Segamat sahaja sudah mencatatkan mangsa seramai 17,986 di 80 berada di pusat banjir seluruh daerah Segamat.
Baru aje timbang tara nak balik Malaysia ke tak. Bile dah ambil view kawan-kawan dan gambar-gambar banjir, rase macam tak jadik balik lah. (-___-) lahhhh...
No comments:
Post a Comment