Hempedu atau orang putih kata bile ni adalah kombinasi bile pigment,bile secretion, dan elektrolite yang dihasilkan oleh hati. Bahan ini kemudiannya di hantar ke kantung khas di bawah hati dan hanya di keluarkan ke usus apabila makanan berlemak di ambil.
Jadi, agaknya gara - gara makan rusuk kambing gril aka Rack of Lamb kat Sizzle ari jumaat dengan fellow Hibari gurls, ahad tu lepas mesyuarat tingkap sempena Ramadhan terus sakit. Sakit bawah rusuk tulang belah kanan. Mula-mula sikit aje,pastu terus pedih macam membengkak. Macam ada karang pun ye,macam rase kantung nak pecah pun ada.
Missy cucuk tang sane tang sini. Amek darah sakitnya takde hal,tapi kena iv dan intradermal injection antibiotic terus pedih. Memang nurse da warning, " antibiotic injection bit burning ok, " . Thanks for the heads up misy!
Yang aku tak menahan tu,bila nurse bagi bekas kecik. For your stool katanya. Bayu punya la ngeri kena cekup najis sendiri nak buat test tengok ada telur cacing ke tak. Lagi ngeri kalau sekali ada cacing besar-besar dalam badan. Adey amma! Patotla aku makan, zat, tenaga dan lemak semua hilang.
Punya ramai la doktor pakar mai tengok. Ada surgeon dan anak-anaknya,ada gastroenterologist dan intern yang mengekor kat belakang.
Kalau kat sini,yang dapat buat pakar tue dikira berdasarkan ranking. Ranking tinggi dapatlah jadi physician,surgeon,radiologist, etc. Tapi kalau rendah ranking, dapat buat yang speciality yang biasa aje lah,macam dermatology. Tu kawan yang citer la. Dengar cite, nak buat pakar kat malaysia payah.
Me? Entahlah, kanak-kanak, sakit puan atau plastic surgeon kot!
Ada doktor pesan,jangan decide dari sekarang, rase dulu semua,baru pilih mane yang sesuai.
Nampak kan? Gambar kat atas tu. Besok kena sodok ngan kamera la mulut nih. Eh,kasar lak bunyinya. Well,guess what? Memang kasar pun procedure tu. Kita tengoklah cane. Penat da ni. Esok cite lagi. Bye.
Published with Blogger-droid v1.6.5
No comments:
Post a Comment