22 August 2011

Beza Wanita Dulu dan Kini Pada Tuala Wanita

Tadi saya ada jumpa artikel menarik pasal Tuala Wanita. Meh baca, apa yang blogger ni jumpa.

Sumber : http://cetusanhati.com/

Maafkan aku jika tajuk ini agak menyentuh sensiviti kenjantinaan. Lama sudah aku ingin mengeluarkan pandangan yang tersimpan dalam benak sanubari ini tetapi masa sering mencemburui aku dan saat ini, aku meluangkan masa sebentar untuk mengarang. Mengapa aku katakan beza wanita dulu dan kini adalah pada tuala wanita? Kerana, semakin berkembangnya kemajuan dalam dunia ini, maka semakin advance seorang wanita memakaikan sesuatu pada badan mereka tanpa memikirkan kesan jangka masa panjangnya khususnya berkenaan tuala wanita yang menjadi sesuatu yang wajib di saat berdepan dengan period.
Jika kita kembali kepada zaman dahulu, ibu-ibu kita, semasa masih muda, nenek dan moyang wanita kita tidak kenal akan tuala wanita yang semakin rancak di pasaran kerana mereka hanyalah memakai tuala “good morning”, tuala mandi yang dikoyak kecil dan kain batik sebagai alas. Aku yang mengetahui fakta agung ini pada mulanya juga tergelak kerana agak mustahil untuk berbuat begitu. Tetapi setelah aku menekuni akan hikmah di sebalik sesuatu itu, lihatlah ibu-ibu kita, nenek dan keturunan di atas sana, mereka terhindar daripada penyakit berbahaya kerana tidak memakai bahan kimia ketika datang bulan dan mereka melahirkan ramai zuriat buat penyambung ummat di atas muka ini!
Mungkin sukar untuk diterima dengan kenyataan ini, selain penyakit berbahaya, ramai wanita sekarang susah mendapat zuariat juga kerana tuala wanita. Begitu hebatkah tuala wanita moden ini sehingga berjaya memandulkan seorang wanita? Ya, lihatlah betapa ramainya wanita yang mengadu di blog dan website yang berkaitan sakit puan, penjualan herba dan banyak lagi kerana gagal memberi zuriat kepada sebuah keluarga yang dibina. Sedih? Memang sedih!!
Cara Pemprosesan  Tuala Wanita


Sebenarnya, tuala wanita yang ada di pasaran, bukanlah 100% kapas.Ia diperbuat dari serbuk kayu pulpa.Tuala wanita diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia pada tahun 1970. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching?
Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.
Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari.
Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Jika anda sering menonton TV & terperasan iklan mengenai tuala wanita, cuba perhatikan tulisan `permukaannya seperti kapas asli’ yang membawa maksud ianya bukan dibuat dari 100% kapas asli. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.
Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.
Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.
Nak tahu lagi? Berapa ramai wanita yang sebenarnya tertipu (termasuk akulah ni) dengan jenama tuala wanita yang kononnya superbrand sedangkan mana-mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dari gedung pemprosesan yang sama dan mula mem’patern’kan tuala wanita mengikut patern masing-masing. Dah siap dipatern, dipasar dan dijual kepada pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun telah memakai tuala wanita ini tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yang akan dihadapi padd masa hadapan.
Jika kita memakainya pasti terdedah kepada ancaman tersebut.Bayangkan bila usia menginjak 10 tahun sudah mula memakai tuala wanita yang bertoksin. Bahan-bahan kimia yang digunakan mula menyerap masuk dalam salur peranakan yang amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Bila usia 30 tahun, kita dah mengunakan tuala wanita bertoksin selama 20 tahun. Keadaan ini yg menyebabkan masalah bau, lendir putih/kuning dan bermacam-macam lagi.
Berjela aku membebel kali ini kerana ingin berkongsi rasa dan kesedaran dengan kaum wanita di luar sana. Akhir-akhir ini aku pun dah bertukar kepada tuala wanita yang tidak berkimia. Banyak sudah di pasaran seperti Avail, Susen, Bluemoon. Kalau syarikat tu tipu, kita jumpa di akhirat lah ok. Oh ye,hati-hati juga ketika membeli tuala wanita kerana terdapat makhluk lain yang hidup dalam tuala tersebut jika sudah lama dipackagingkan tapi tak terjual.


Walawei????

Betul kah? Lama giler dah pakai pad. Pelbagai jenama lak tu...
Cess,selama ni ingat kan kapas...


Kalau begitu, bukan takat pad aje, malah dari kecil lagi generasi alaf baru semuanya sudah mula terdedah dengan bahan kimia ni. Tak ingat? Kan mase kecik-kecik kita pakai diaper? Masa adik yang keempat lah sempat pakai lampin kain kapas, kena basuh taik adik. Huikk!!! Geli, tapi buat jugak sebab masa tu ibu sakit dan penat nak layan kitorang. Saya kan anak sulung.Kenalh jaga adik-adik . Agaknye, sebab tu orang sekarang dah lame kawen pun, susah nak dapat anak, kalau tak susah anak tak ramai pun ye.
Dulu kat STF selalu jerk wakil-wakil syarikat pad especially Kotex datang bagi ceramah pasal nak pakai pad. Mereka kata, lepas guna, kopek lapisan paling atas pad, dan buangkan 'kapas' dalam pad ke dalam lubang tandas. Kalau isinya aje, memang takkan tersumbat tandas tu.Tapi, kalau engko gi masukkan sekali plastik balut tu, memanglah tersumbat tandas cik adik oi. Hah, sebab tu selama ini saya ingatkan memang kapas! Dah orang yang kotex kata begitu. Saya percaya ajelah.... Tapi, kalau betul 'kapa' itu adalah gentian kertas hancur, maka tak ada masalah lah kalau di pam ke dalam lubang tandas. Basically, kertas adalah bahan organik sama macam najis yang komposisi majoritinya adalah serat dan fiber yang tidak boleh dicernakan oleh perut dan usus.Jadi, usahlah risau kalau loji najis akan rosak atau susah nak diproses sebab orang pompuan selalu pam 'kapas' dalam tandas. 


Yang paling best, setiap kali diowang datang, kami semua akan dapat goodies bag. Lawa !!! Siap kumpul lagi  buat koleksi. Pulak tu, ada yang macam-macam warna dan corak, patern ada wing atau takde wing, yang nipis atau yang tebal, yang berbau herba atau berbau harum macam perfume tandas dan lining pad juga berbeza-beza samaada kapas atau plastik poros. Ingat lagi, kalau time tengah period tu, gi lari-lari dari dorm ke dorm minta jasa baik sponsor pad. Ahah. round satu dorm 10 orang , dah sepuluh pad! Ada orang, tak suka tukar-tukar jenama. Ada yang jenis setia dengan brand tu, jenis tu aje. Saya? Hentam aje. Janji tak bocor dan tidak berbau. Yes, kadang-kadang orang yang tengah period ni, badan dia sangatlah berbau. Orang keliling aje yang perasan.Dia tak perasan pun. 






Hah, pasal pad saya nak tambah sikit lah cerita benar. 
Dulu, masa mula-mula kena period, ibu selalu cakap yang kami ni untung sebab orang dulu semua mende susah. Bayangkan, dulu mana ada teknologi lagi. Macam manalah orang dulu survive yerk?
Ibu saya kata, dia dulu pakai tuala 'Good Morning' alas dengan kain batik lah. Sama aje kot macam cerita kat atas. Kalau period tu, jangan haraplah nak mengganas main kat luar ke, nak berlari-larian ke, nak lalu depan tetamu ke. Malu wei, takut orang terhidu! Lagipun, dengar cerita orang laki boleh detect orang perempuan tengah period! Seyesly! Cuba tanya kawan-kawan laki. Lagi-lagi yang ada 'ilmu' .Senang-senang aje dia tengok kat dahi korang tu ada cop   "ALLAH BAGI CUTI". Hehe.
 Cikgu sejarah saya cakap, dulu-dulu kalau perempuan period memang duduk rumah terus langsung tak keluar-keluar. Nak cakap freely pasal period pun tak. Ini kita generasi sekarang, sedap-sedap je gi post kat FB ke, gi cakap kuat-kuat kat semua orang, "Wey! Aku tak solat ler..." Kalau anak dara dulu, malu sangat-sangat nak borak pasal period depan laki. Kalau boleh, tak nak kasi klu pun yang mereka tak boleh solat. Hah, bukan apa, lagi-lagi bila dah Ramadhan, budak-budak yang period mesti senang-senang hati makan depan orang puasa. Haish, nampak benor tak puasanya. Kok ye pun kak, makan sorok lah siket. Tu yang cikgu dok bising-bising anak dara  sekarang memang takde adab langsung. 


Hah, terlupa pulak nak cerita. Korang bayangkan kalau dulu memang takde pun lagi gedung nak buat tekstile. So, takdelah tuala 'good morning' kan? Nak tahu ape diorang guna? My nenek KL says orang dulu-dulu lagi ler, pakai SABUT KELAPA aje alas dengan dengan kain batik! Wow! And Hah? Macam tak percaya. Cuba lah tanya pada nenek-nenek korang yang masih hidup.Tanya macam-mana mereka hidup sebagai wanita di zaman perang. Dasyat worr. Eh, tak ley citer kat sini, kang panjang berjela lagi...ehehe...

Alhamdulillah, dari kecik lagi, ibu dah ajar kami anak-anak perempuan untuk jaga badan. Makan buah,makan sayur, makan akar-akar kayu,herba-herba, daun-daun hijau tu semua. Minum daun pegaga siap dengan akar campur kunyit hidup? No hal...rilek je minum. Lauk sayur peria? Heh, orait beb! 







Bila dah baca entri di atas. Terasa macam terpanggil untuk buat siasatan sendiri.Hehe, kita tengok macam-mana ye? 

Bersambung... 


*updated post Kisah Tuala wanita : Jangan Sepahkan!


Wahai perempuan-perempuan sekarang! Silalah jaga badan anda dari sekarang. Jaga badan bukan sahaja untuk kecantikan yang lebih kekal lama, tetapi juga menjaga badan untuk kesihatan diri dan anak-anak yang bakal lahir kelak! Jagalah pemakanan dari sekarang dan elakkan daripada menelan junk food atau minuman bergas. Makanlah buah-buahan, sayur-sayuran  dan tak lupa juga susu dua gelas sehari untuk elak osteoporosis! 




No comments: