05 December 2011

Kisah Tuala Wanita : Jangan Bersepah !


Dulu, saya ada jumpa the truth behind pad kan?
Baca--->>> Kisah Tuala Wanita : Boleh mandul? Awas!.

Sekarang ni saya nak sambung lah cerita pasal tuala wanita atau pad. Saya bertuah sebab bila dah akil baligh, masa tu teknologi dah canggih manggih pad pun memang dah sangat selesa dipakai. Mula-mula memang lah sangat malu nak pergi beli pad sendiri kat kedai. Solution? Ibu suruh adek laki saya pergi kedai.Punya la dia tak nak. Udahnya, diri kat belakang rak tunggu adik bayarkan kat kaunter.Malu! Ramai customer laki la pulak time aku nak beli pad. Amoi tu jeling saya kat belakang. Dia pun paham-paham aje yang saya segan. Dia siap balutkan pad dalam surat khabar. Good old times... (0_0) che-che amoi!!!

Bila dah masuk sekolah menengah, sekolah all-girl school pulak tu, keseganan nak membeli pad semakin berkurang. Heh, apa nak heran, sape ajelah yang jaga kaunter koperasi sekolah kalau bukan pelajarnya sendiri kan? Tak perlu lagi nak control muka beratur beli pad kat kedai. Bila dah naik upper form, nak pergi beli pad kat supermarket beratur panjang, troli penuh dengan pelbagai kaler pad pun dah tak heran. Bayu memang suka buat eksperimen siket. Suka cuba mende baru. So far, all top brand pad semua serasi aje dengan saya walaupun pad bergel saya jarang beli sebab mahal sikit dari yang biasa. Pad bergel pula, fungsinya adalah untuk menyerap kelembapan dan mengelakkan 'bocor'. Perkara yang tak elok pasal gel ni ialah, ianya susah nak dibersihkan berbanding 'kapas'. Oleh itu, persoalannya disini ialah bagaimana nak handle gel dalam pad ni?




Adakah gel itu patut di basuh sebelum dibuang? Buang dalam tong sampah atau dalam tandas? Kalau dah basuh, tak kisahlah kalau nak buang dalam tong sampah kan. Tapi, kalau tak dibasuh dan dibuang kedalam tong sampah biasa , ada masalah lain yang akan timbul pula. Darah haid yang masih melekat pada gel itu akan menarik perhatian haiwan dan entah hapelah lagi yang akan berkerumun di situ. Penyelesaiannya, kalau tak nak basuh gel tu, asingkan gel dari lapisan paling atas pad dan buangkan aje ke dalam lubang tandas bersama 'kapas'. Gel itu akan terlerai dengan sendiri bila dan bercampur dengan air.Pastikan anda kenal mana satu yang gel, kapas atau plastik.

I dunno....
Kisah yang kat bawah ini, adalah khusus untuk beginners. Adik-adik, ni akak nak bagitau lebih baik basuh pad dan buang kapas dalam lubang tandas berbanding basuh pad tapi tinggalkan kapas dalam tu dan balut dengan suratkhabar. Apa jadi kalau adik-adik terlupa? Sental macammana sekalipun, kapas tu masih akan ada kesan haid. Tapi, kalau adik basuh dan asingkan kapas dan plastik kalau-kalau terlupa pun, yang orang nampak hanyalah plastik pad yang bebas dari kesan haid. Tak perlu juga terkial-kial cari  surat khabar. Boleh aje guna bungkusan pad  yang baru untuk balut plastik yang ada kesan tu tadi.

Cara kat atas ni adalah lebih berkesan,selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Bayu rasa jelik dan gelilah kalu terjumpa bungkusan pad yang ada kesan haid dan terselit kat celah-celah tandas tunggu masa dibuang. Hadoi...Janganlah buat macam tu. Kalau plastiknye aje yang tinggal, kuranglah sikit rasa geli tu.

Haaha, orang yang suka tinggal-tinggal ni selalunya beginners lah kan. Yelah,dah biasa lepas mandi  pakai baju terus meluru keluar. Lupa nak bawak keluar bungkusan pad buang kat tong sampah. Bayangkan kalau tinggal dalam asrama, asal junior baru masuk mesti ada aje kes-kes pad tertinggal dalam tandas. Dahlah tertinggal, bila dah teringat buat-buat lupa pulak. Sampai kena buat operasi 'Perah Limau' nak cari pemilik pad.

Petua orang dulu-dulu atau memang cara berubat lah kot. Tak tau lah mana asalnya. Janjinya, bila ada kes pad tertinggal, ustazah akan perah air limau kasturi atau limau purut atas pad yang ada kesan haid tu. Dengar cerita, memang ramai yang guna cara ni untuk cari pemilik pad ni di kawasan asrama. Orang kata, pemilik tu akan rasa amat pedih pada pangkal rahim atau pemilik tu akan mengalamai painful spasmodic uterine contraction lah kalau nak ikut istilah saintifiknya. Sejauh mana kebenarannya? Tak tahulah.Naki ikut logik akal, memang dalam perahan limau tu ada acid yang boleh mengecutkan darah. Sel darah akan berketul-ketul dan acid juga mempunyai kesan yang amat pedih bila diaplikasikan pada luka. Walaupun mereka selalu buat. Saya memang tak pernah berada di tempat kejadian atau dengar orang merungut kesakitan pada waktu operasi dijalankan.  Perkara ghaib kita kena percaya, tapi tak boleh nak takut atau percaya yang benda ghaib boleh mendatangkan mudharat pada manusia. Kena biasa-biasa, jangan takut sangat atau berani sangat. Pesan orang tua-tua. Mungkin cara perah limau ni nak menakut-nakutkan pemilik supaya ambil balik pad tu. Mungkin juga nak ingatkan kepada pelajar lain supaya lebih berhati-hati dan ingat untuk buang pad selepas keluar dari tandas.


Kalau pergi camping pula, yang tengah period mestilah terkial-kial nak buang kat mane. Ada tandas nak buang kapas tu kira bernasib baiklah. Kalau takde tandas nak buat macammana?I have no idea lah. Setakat ni, tak pernah pergi berkhemah kat hutan nun. Kalau nak berkhemah mesti cukup segala kelengkapan. Paling kurang ada tandas walaupun takda tempat mandi yang elok. Dulu, seniors selalu cakap kalau main buang kat hutan, nanti ada momok ke pontianak ikut balik rumah. Ngeri weyyy.... Tu yang time yang camping punyalah doa ada tandas yang elok. Asal ternampak aje pad bersepah, mulalah darah nak menyirap. Tak pasal-pasal, orang yang lemah semangat kena sampuk pulak. Yelah, dah engko gi kotorkan rumah diorang, marahlah mika. Dia bukan kira nak kacau sape. Ni, siap histeria bersambung-sambung dari khemah ke khemah. Walaupun tak boleh solat, baca-bacalah wirid atau zikir untuk jadikan pelindung. Mintak simpanglah kalau benda-benda macam ni jadi. Nauzubillah!


Kenapa darah haid kena buang dalam tandas? Darah haid adalah darah yang kotor. Orang tua-tua selalu kata syaitan dan jin suka benda-benda kotor. Antara benda kotor yang menjadi tempat kegemaran untuk tempat tinggal adalah pad tidak bersih dan dibiarkan dalam tandas. Kalau tandas dalam rumah lagilah kurang enak kan?Kalau tengok rumah kampung, tandas semua kat luar. Eloklah, tapi bila nak terkucil ke hape, mesti kena bawak teman, takut dengan bunyi binatang kat luar. Seelok-eloknya, buanglah kapas tu kat tempat yang ada air mengalir.Kalau period tapi nak main air atau berenang seeloknya mandilah di tempat yang airnya lebih dari dua kolah atau senang cerita mandilah di tempat airnya mengalir.

Mandi bersih-bersih !


Ada orang bagi petua, kalau nak mandi atau berenang tak usahlah pakai pad. Bila dah masuk dalam air, outside pressure is greater than the presure inside the body. Daya graviti ketika di darat dan di dalam air juga adalah berbeza. Maka, my theory is darah takkan mengalir keluar kalau kita masuk dalam air yang dalam.airnya. Lagipun. pita pelekat akan larut air dan takkan melekat pada panty. Bayangkan tengah syiok kuak lentang ke hape, pad boleh tertanggal pastu terapung-apung atas air! GRosssssss! Knowing this fact, i prefer to stay out of water even though i know the presure-theory-thingy. Much more safe and i have more self respect that way. Tapi, kalau dah pergi taman tema beli tiket masuk mahal-mahal sekali peot, takkan taknak mandi pulakkan? Hmmmm...Pandai-pandailah........(-------_______--------)

Tukar pad sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bakteria akan mudah membiak dalam keadaan yang lembab  dan berair. Kalau tak mahu dijangkiti kuman atau lower urinary tract infection ataupun kanser pangkal rahim, tukar pad mengikut flow pada ghari itu. Kalau heavy flow kurangnya 3 kali sehari. Kalau nak lebih bagus, pakai yang herba. Lebih bagus lagi jagalah pemakanan sepanjang period. Elakkan minuman bergas dan makanan ringan. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jangan selalu makan painkiller seperti ubat panadol yang bercampur dengan antispasmodic seperti parabdom atau cyclopam. Kalau dah biasa sangat makan, nanti lama-lama akan terlalu bergantung pada ubat dan semakin sakit apabila usia meningkat kelak.

Awww...sakitnya!
Kalau dah terlampau sakit, cuba makan satu biji pil dan minum air panas. Tuam perut dengan douche bag atau isi plastik dengan air panas. Kalau ada heater dalam bilik air, mandilah air panas. Air panas dapat membantu mengurangkan sakit sebab blood vessel semua akan mengembang . Period pain tu sebenarnya berpunca daripada uterus contraction dan blood vessel spasm. Bila rahim dan pembuluh darah mengecut, abdomen akan rasa sangat sakit.Sometimes, we feel pain in our hands and feet, almost like cramp like pain. Don't worry about it. It is just because of hormones causing the contraction of blood vessels which spread into hands and feet. Sebab itulah, kalau boleh makan painkiller(analgesic) yang mempunyai kandungan ubat yang mampu melawan pengecutan pembuluh darah( antispasmodic action).






p/s : Rindu rancangan 3R kat Tv3. Alah, Respek,Rileks,Respon!  I miss Kartini, Celina Khor and Rafidah...These trio made my journey to womanhood much less difficult. Not to forget my mum who always guide me with her womanly knowledge.



2 comments:

Unknown said...

Kak, sya ni beginner.. pastu xpe ke buang kapas dalam tandas pastu flush??

Tabibbatunhawa said...

So far, akak buat takde masalah. (tandas tersumbat). Dulu kat asrama pernah ada kes tandas tersumbat. rupanya budak tu g flush the WHOLE pad.Adik just buang yang kapas je tau.Lapik luar sekali wajib buang dlm tong sampah ek. Tapi kalau gel biru tu susah sikit nak flush sbb jadi berat dan susah nak basuh. Akak tak berkenan sangat yang gel2 ni.