16 July 2012

July Event : Fallen Star _Meteor Shower


Pernah nampah tahi bintang tak?

Saya pernah.Dua kali je. Dua-dua saya nampak masa zaman remaja.Ooops, terasa tua bila dah sampai umur mengundi!


Amy Mastura: Bintang Hati


Situasi satu.Masa kat STF waktu form one. Bayu dan dormmate kan juniors, so kenalah bangun awal-awal pagi pergi surau MUFAZ tu. Keluar-keluar aje, mesti dongak langit sebab nak tengok bintang. Waktu tu, saya masih ingat lagi yang langit gelap gelita,tanpa ada satu awan pun yang menutupi sinar bulan. Oh yea, waktu juga bulan separa sabit.

Saya lihat di langit ada banyak bintangpelbagai saiz dan warna. Antara bintang-bintang tu, bila diamati ada satu buruj yang sangat dominant. Buruj belantik atau lebih dikenali dengan empat bintang di sudut tepi dan tiga bintang kecil berderetan di tengah-tengah. Orang greek panggil   Orion constellation, orang Arab panggil Al Badabur. Biasanya buruj di dilukis menegak mengambarkan seorang pemanah, tapi bila dilihat dari khatulistiwa buruj tu jadi melintang lalu tiga deret bintang kat tengah pun seiring-sejalan dengan arah kiblat.

Nak baca pasal guna buruj ni untuk arah kiblat tengok sini.


Kita sambung citer, pastu bila dormmate semua asyik borak sesame diorang, saya yang tengah khusyuk dan kagum tengok bintang tiga beradik tu ternampak tahi bintang yang datang dari arah bintang tiga beradik ke arah bintang kiri bawah.Satu je lah tapinya. Semangat cakap kat kawan sambil tunding jari ke langit, tapi tak sempat diorang nak tengok dah habis.Sekejap aje pun. Tak sampai 10 saat pun.Tunggulah jugak tengok langit tu kalau-kalau ada lagi tahi bintang jatuh lagi, tapi rezeki sampai di situ aje.

Situasi kedua. Waktu tu tengah baring-baring dalam van on the way nak balik kampung Pontian. Tup-tup, bila tang lalu kat kawasan hutan, ternampak tahi bintang jatuh. Pelik gak, sebab waktu tu kat jalanraya yang agak terang lah jugak. Agaknya kawasan hutan, lagi tinggi kot peluang nak tengok tahi bintang. Kalau KL,hmmph jangan harep ler.

Bulan Julai ni, kalau ikut jadual ada meteor shower. Bukan re-make citer "Meteor Garden" ea. Meteor shower tika ni dipanggil Delta Aquarid Shower.

Sila baca lebih lanjut di sini.

Macam mana dengan persiapan untuk tengok langit waktu tu? Pastikan lampu semua tutup. Tikar atau bantal selesa.Selimut atau baju sejuk.Takyah nak pakai teropong, boleh je nampak asalkan takde awan cumulus kacau daun.

Tak tau apa lah nasib kita nanti, tapi Bayu nak try gak lah. Walaupun dalam artikel tu kata yang kebanyakannya orang selalu nampak Delta Aquarid ni kat kawasan hemisphera utara, Bayu yang duduk India dan rakyat Malaysia pun boleh nampak lah rasanya.Sekarang ni musim tengkujuh, hujan renyai dan kadang-kadang lebat lepas tengah malam.Fingers crossed! Doa banyak-banyak lah yang hujung bulan nanti tak hujan malam-malam. Huhu...

Owh ya! Tak lupa juga yang sepanjang bulan Julai ni ada empat planet yang kita boleh nampak dengan terang. Dua waktu petang dan dua lagi di waktu pagi. 
Saturn dan Mars dapat dilihat di langit Barat bila nak dekat senja . Venus dan Jupiter pula korang boleh nampak sebelum Subuh arah Timur.

4 Julai 2012,Perancis. Dari atas : Gugusan bintang Pleids, planet Jupiter dan planet Venus.


Tengok rajah ni kalau nak cari planet-planet tu ea.








Korang tengoklah apa peristiwa penting astronomy untuk tahun 2012 di sini.


Sekian!!! Trululu~~~*

No comments: