16 July 2012

Tagih Simpati



Realiti hidup si ibu dan bayinya.

Si ibu akan pergi dari kedai ke kedai untuk meminta wang tanpa rasa segan silu. Si ibu akan tunggu di depan pintu untuk beberapa ketika sambil menadah tangan tersengeh-sengeh kepada tuan kedai mahupun pelanggan di dalam.

Selalunya tuan kedai takkan bagi duit. Tapi, kalau ada kumpulan lelaki dan wanita yang membawa gendang dan loceng membuat bising depan pintu,terpaksalah tuan kedai hulur duit. Janji tak ganggu pelanggan.

Kami yang duduk India dah lama memang dah tak rasa serba salah. Masa mula-mula datang, selalu je bagi kat mereka, tapi kalau mereka guna taktik begini memang tak bagilah. Orang tempatan kata jangan bagi sebab nanti diorang makin malas,tak mahu kerja dan hanya bergantung pada duit simpati orang lain.
Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: