16 August 2012

Ramadhan Updates.


Assalamualaikum dear readers!

Mereka juga mencari rezeki di kala hujan membasahi bumi.


Eceh, macam lah ramai benor yang bacanyer. Ah tak kira janji ada orang baca. who cares kan? Yang penting menulis dari hati, bukan untuk glamour.

Baiklah, entry kali ni takde lah nak bebel banyak. Cuma nak update je mende-mende dan peristiwa menarik sepanjang bulan ni.

Nak dikabarkan berita lah, rupanya bila dah dekat akhir Ramadhan, elok pulaklah modem/router internet tu terbakar. Jugak tu, kebetulan adapter laptop pun turut sama rosak. Punyalah resah gelisah beberapa hari ni takde internet. Nasib baik duni dah canggih, ada 3G. Lepas jugaklah rindu nak berFB. Bukan apa, bila dah terbiasa rasa nak tengok berita, bukak FB je senang. Eh eh? Ye ke nak tengok berita je? Semua ada. Sekarang, dah makin mudah, boleh groupkan setiap 'interest' kat FB ikut kesukaan. Gunakan FB dengan bermanfaat ye kawan-kawan!

Berbalik kepada cerita 'terbakar' tadi. Dah tu, merasa lah juga, study tanpa internet dan Google...Merasa jugaklah hidup tanpa FB yang tak sah kalau tk bukak sehari, merasa jugaklah laptop tak bukak hanya untuk belek-belek fail-fail berselerak yang ntah tak tahu bila nak kemas.Merasa jugaklah beberapa hari ni tak edit post dan gambar-gambar dan banyak lagi lah mende lagha dengan laptop dan internet.

Di waktu gersang itu jugaklah, sempat BAyu tengok satu post berkenaan seorang JUTAWAN Arab yang jatuh miskin di hujung usianya. Cerita ni sempat lah saya kongsi kat meja makan waktu berbuka tadi dengan housemate. PAk Arab tu merupakan seorang yang sangat miskin dan tidak berharta di usia mudanya, namun dengan kebijaksanaan dan kecekalan hati beliau, dapatlah dia menjadi kaya-raya hingga disenaraikan orang yang ke-17 terkaya di dunia. Kebanyakan hartanya bersumberkan dari perbankan Islam dan ladang ternakan kambing dan lembu yang dipasarkan secara global. Masa baca tu, memang rasa sangat kagumlah dengan pak Arab ni. Walaupun sibuk mencari kekayaan dunia, beliau tak pernah lalai dan leka daripada tanggungjawab membangunkan ummah dan syiar Islam.Di hujung usianya, beliau menyatakan yang semua hartanya telahpun di sedekahkan dan dibelanjakan untuk kemasylahatan ummah. Harta warisan untuk anak-anaknya juga telah diberikan. Apa yang ada pada beliau kini hanyalah  pakaian beliau.MasyaAllah! Mampukah kita berbuat demikian ?

Apa yang nak dikaitkan dengan cerita 'adapter terbakar'  dengan  cerita Pak Arab ni ialah: Pernah suatu ketika anak lelakinya berlari-lari mendapatkan ayahnya setelah melihat salah satu daripada kilang tekstilnya terbakar hangus dan tiada apa pun yang dapat diselamatkan. Tahu tak apa Pak Arab tu kata kat anak dia? Dia kata : Alhamdulillah! Ada satu lagi malapetaka yang menyebabkan beliau kerugian berjuta-juta pound  dan akauntan yang cukup resah itu menyatakan berita itu kepada Pak Arab tu dengan sedih hati. Alangkah terkejutnya semua orang, yang Pak Arab tu memberikan  jawapan yang sama diberikan kepada anaknya tidak lama dulu iaitu dengan ucapan ALHAMDULILLAH!

So, apa pengajaran daripada cerita pak Arab ni? Apa yang BAyu faham, dan terkesan dengan cerita beliau ialah tentang REDHA tentang sesuatu harta dunia yang Allah ambil dari kita.Apa itu REDHA? Macam mana nak REDHA kalau harta itu ialah usaha dan titik peluh kita selama ni hilang macam tu saja? Ambillah contoh daripada pak Arab ni. Dia mengucapkan Alhamdulillah tatkala musibah menimpa beliau.Selalunya orang akan cakap Innalillah kalau ada musibah terjadi tapi kenapa pak Arab ni kata Alhamdulillah? Kesan daripada peristiwa 'terbakar' tu, saya mula faham kenapa pak Arab tu kata Alhamdulillah.

Pada pendapat BAyu, bila Allah ambil harta,pangkat,nama,apa sahaja milik kita di dunia ini kita sebagai hambanya sepatutnya bersyukur dengan ketentuan tu. Mungkin hikmah di sebalik musibah dan kehilangan tersebut dapat menambahkan lagi ketakwaan kita dan masa kita untuk Allah. Mungkin Allah nak kita spend more time with finding him than busy finding worldly-items.Allah nak kita ingat yang Allah Maha Berkuasa, dapat meletakkan dan mengambil apa sahaja yang Dia kehendaki daripada kita.Terpulang pada kita, untuk menilai kebaikan dan hikmah disebalik musibah tu.In this case, i should embrace the time i got when the adaptor went burnt. I got more focus on my ibadah and spent less time stalking people.More and more time to read Quran. Alhamdulillah, dah nak khatam ni!

Nak di ceritakan juga, a few days before end posting medicine, not having the so called one stop entertainment center aka laptop made me focus more on my studies.Ehehe, selalunya kepala mesti berserabut nak buat macam-macam nak dekat exam. Nak tengok video medicine lah, nak Google every syndrome,every signs,every murmur so on and so on. This time, my time is absolutely exclusive for READING Clinicall Medicine Arup Kumar Kundu and Hutchinson in which i never by heart anything.Alhamdulillah, managed to finish  both books but unfortunately still not doing so well during end posting.


Ni cerita end posting pula. Tunggu punya tunggu dari kol 9.30 pagi hinggalah 11 pagi, barulah Doktor datang nak tengok presentation. Kali ni, Unit 2 emphasized more on history taking and clinical diagnosis based on the history taken. I got Yamuna, elderly female with breathlessness and cough with expectoration. Kali ni, nasib tak berapa nak baik, sebab selalu nye nursing students yang posting kat situ boleh je available untuk tolong jadi translator tak berbayar masa end posting. Masa tu, diorang ni ada exam  la pula. Tinggal lagi lima belas minit nak habis masa barulah ada kawan batch lain yang baik hati tolong jadi translator. Bukan sorang tapi dua orang. Alhamdulillah. Rezeki datang bergolek dan urusan mudah pula di akhir Ramadhan. Alhamdulillah again, cause my history presentation went well and all came down to the differrential diagnosis of possible disease. Ada dua tiga soalan lah tak dapat jawab dengan yakin. Bagi jawapan pun , examiner tak terima. Dia kata, go back and read CAREFULLY. Yelah dalam perubatan ni, banyak perkara nak dekat sama, kalau gelabah aje kenalah cekup dengan examiner walaupun kita tau jawapan tu. Ni bukan sastera, ni sains. They want a DEFINITE answer!

Macam ni rasanya kalau tak dapat jawab satu soalan yang kita rasa patut boleh jawab.

Sedih memang sedih lah. Benda senang tak boleh nak jawab. Takpe baca balik ayat pengubat jiwa supaya jangan putus asa.

Az-Zumar : 53

Katakanlah, " wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri 
mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh,Dialah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang.



P/s: Dah ada kamera baru.Alhamdulillah.Harapnya dengan kamera dapatlah saya simpan kenangan dan pemandangan yang saya lihat di India bersama sahabat-sahabat tercinta. Jom tengok Membeli Sari dan Iftar dan Tazkirah 2012.InsyaAllah, BAyu akan update intipati pengisian Tazkirah tu nanti.Wasalam!

No comments: