22 August 2012

Raya3x! Sanah Helwah Malik!!





Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! 

Hooray! Tahun ni raya jatuh pada hari Ahad! Alhamdulillah, senanglah kami nak masak-masak...Pihak Malaysian Student Associates aka orang berkaki lebar-lebar membuat keputusan supaya raya kali ni kami sambut pada waktu malam.Pagi tu kami hanya bersiap-siap untuk solat sunat hari raya bersama rakan-rakan yang tak balik Malaysia samada atas alasan ada kelas atau ada cuti tapi sengaja tak mau balik.Yang balik tu, ehem-ehem, paham2lah, kenalah ponteng kelas kalau nak beraya bersama keluarga. Yelah, India bukan macam Malaysia boleh pulak kumpul-kumpul cuti semata-mata nak extend raya seminggu.

Hehe, tengok ler gambar kat atas tu,banner hijau letak gambar sendiri. Habis semua tudung aku cuba nak mix-match ngan kain sari-tenda-rona-biru-laut ni.Okaylah kan? Fesyen i tak pelik kan? Cuma tang nak pin selendang tu je tak gheti benor.Tu yang biar lepas macam tu aje.

HAri ni, 22hb Ogos 2012, maka genaplah adik Bayu si Malik berusia 22tahun. Nampak gayanya usia beliau meningkat seiring dengan meningkatnya lebar perut beliau. Mr Malek! Jagalah perut dan body anda, akak dah larat nak belikan seluar untuk ko tiap-tiap taun wey!Akak laen lah, boleh cover lagi dengan skirt, kalau takpun kat India ni , boleh pakai patiyalla(seluar kembang ropol-ropol). Dengan in akak nak mengucapkan selamat maju jaya kepada kesayanganku ini, eh adek lain pun akak sayang gak. Sori eh, hari ni kasik Malek can sket eh?




Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". [Maryam, 19:33]


Ni copy paste je dari post terdahulu...Hehe saje je nak ingatkan.

Semoga menjadi insan yang dimuliakan disis Allah..menjadi anak yang soleh, adek yang taat, pelajar yang baik,pekerja yang setia, abang yang baik tapi tegas dalam teguran..dan semoga bertambah ilmu, amal, umur..dan akhir segala...semoga adik akak ni dijauhkan dari segala bentuk sifat mazmumah..dan memiliki sifat-sifat mahmudah!!! Aminnn....



Jom tengok balik evolution of our LEMAK!

Daripada hensem, kurus kering..







Kepada.....





Hahaha....

Jangan mara ah..nanti kena jual!



No comments: