05 December 2012

Tips penjagaan muka


Dear adek-adek,akak-akak,makcik-makcik,nenek-nenek, Ni nak nak kongsi pula ilmu penjagaan kulit muka.Tapi, yang ni khusus untuk di buat secara mingguan. 

Bak kata orang putih, buat facial lah. Tapi, yang ni khusus untuk sape-sape yang nak buat facial kat rumah. Mane tau takde idea nak buat apa malam raya dengan adek-adek dan sepupu pompuan. Daripada carik kutu ramai-ramai, ada paedah jugak buat facial. Ahaha, gelak ea. Heleh, macam dia tak pernah ada kutu. Ooops, isu sensitip nih! Dah dah, gi cari ubat kutu sana.Kalau tak, upah kera sekor makan pisang dua biji bagi sejam cari kutu. Okayhlah tu, beruk tu tak boleh kata kita zalim atau buat laporan kat Majlis Buruh. Bersyukur lah wahai kera ea...

1.Bersihkan muka dengan pencuci muka. Apa-apa jenama pun boleh.Pastu, pakai scrub. Gosokkan selama 30 saat.Lama-lama nanti tercabut pulak. Biarkan scrub tu dalam 1 minit. Sambil-sambil tu, beruslah kaki ke,berus gigi ke,masukkan baju dalam mesin basuh ke.



2. Tuam muka dengan tuala panas. Rendam dalam air didihan beras bercampur  teh.Jaga-jaga ea, takut melecur pulak.





3. Hampas teh tu, kemudiannya di gaul bersama dengan tepung beras atau tepung jagung untuk sapuan masker.Kalau nak senang, gunakan masker sedia ada. Boleh je tambah sekali nanti. Kalau takpun, gosok muka dengan hampas daun teh. Tumpukan kat area yang banyak whitehead terutamanya kat hidung.



Pinjam gambar orang sat.

4.Kalau tak boleh je guna telur, kulit kayu manis dan madu. Huish, tapi awas! Sebab serbuk kulit kayu manis ni boleh menyebabkan pedih dan kulit muka jadi merah! Sabar lah sikit ye. Yang ni berkesan sungguh lah kalau nak hilangkan bekas parut jerawat nasi aka whitehead.Jerawat batu...Hamba tak de pengalaman lah.....Sowyy..Tak tahu nak komen. Tapi, ada kawan kata memang berkesan jugak untuk jerawat batu. Kalau kulit biasa pun pedih merah-merah, yang ada luka jerawat batu mestilah berganda-ganda sakit kan? Sabar ye kawan-kawan....















5.Kalau tak guna je face mask yang dah siap.Tinggal sapu dan biarkan selama1-2 jam mengikut tahap keperluan anda.



Sangat best. Kalau sengkek sangat, ngko pergilah terjun kat paya bakau.Kat sana banyak lumpur. Jangan sesat cari telur ikan tembakul sudah. Kang ada yang kempunan gi  masuk batu telangkup.

Yang ni pedih siket kalau pakai.
6.Sambil-sambil tu, mata pun nak kena jaga juga. Resipi macam biasa,  guna timun. Kalau ada kapas, blender timun dan rendamkan kapas dalam kisaran tadi.Nak letak dalam peti sejuk pun ok. Boleh buat supply banyak-banyak. Amek sekeping dua letak kat mata. Rehatkan mata selama mana face mask anda tak kering.



Kalau tak larat nak buat, guna je yang dah siap. teknologi canggih, semua senang. Tinggal beli dan guna. Shisho eye serum Body Shop shop ni erm, bolehlah tahan nak KURANGkan sembap mata. Nak buat ganer, takde yang sempurna. Nak betul-betul tak ada mata panda, sila guna concealer. The ENd.





Nah, ni nak promote siket minah ni. Nama dia Michel Phan. Vlog dia yang lama memang penug lah dengan beauty tips. Tengoklah kalau berkesempatan...









No comments: