Untuk adikku yang amat akak sayang!
Siti Hajar Binti Khairuddin,
TAHNIAH for your entrance to MATRIKULASI JOHOR di TAngkak..
Jangan slalu gi main air terjun ea...
*jeles*
Ni ada sedikit pesanan sebelum Hajar pergi merantau nanti..
heleh,bukan jauh pun, sejam je dah sampai..
tapi,
still akak nak bagi nasihat sikit ea....
Setibanya di tempat baru nanti, nasihat ini sahajalah yang mampu akak kirimkan dari jauh...
Sahabat.
Nanti ada orang kata yang masuk program dua tahun ni 'taraf' dia rendah. Mungkin nanti ada yang mencela, mungkin nanti ada yang menyakitkan kamu,mungkin juga ada yang ingin menjatuhkanmu. Namun, adikku ketahuilah, akak tahu adikku ini kuat dan kental. Selalu sahaja senyum untuk siapa jua. Ini peluang Aja before masuk University..So, strive to the best and get the best result. Sijil SPM tu boleh bakar aje. Sudah tidak bermakna.Yang penting is NOW and FUTURE...Lupakan yang dah berlalu.Mula kisah baru. Kalau Hajar dapat result yang cemerlang who knows we can travel around the world together kan? Dalam kita mencari ilmu, ibu selalu pesan, tundukkan ego dan rendah diri menuntut ilmu. Walaupun hendaklah kita sentiasa merendah diri,tetapi janganlah sampai kita merendah-rendahkan keupayaan dan kehormatan diri!
Sesungguhnya akak tahu sebelum ini Aja hanya selalu berada di samping keluarga dan rakan terdekat.Mungkin nanti kau akan rindu dan terkenang-kenang selalu dengan mereka. Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah. Mungkin juga nanti kau akan temui rakan baru.Ketahuilah, masa lapang lapang itu membunuh jiwa sang pemuda...
Di sana nanti, pandai-pandailah bawa diri. Jagalah hati orang. Jikalau bertemu dengan rakan yang baik akhlak dan budinya, pertahankanlah. Jika kau temui rakan yang buruk akhlak dan pekertinya, jauhilah dan bencilah pada perbuatannya.Jangan sekali-kali di jauhi dan sombong pada mereka.Kalau bukan kita yang menarik mereka ke arah kebaikan, siapa lagi kan? Oleh itu,jadilah rakan yang membawa haruman, memberikan tempias wangian pada orang sekelilingnya.Kalau ada yang bermusuh pada kita dan berbuat jahat pada kita, jangan dibalas kejahatan itu dengan kejahatan,Berbuat baiklah dan bersabar.
Andai adikku yang amat kusanyang ini dilantik menjadi pemimpin dikalanganmu, bersabarlah dengan kerenah mereka. Sesungguhnya, Allah lebih menyayangi dan mengangkat darjat orang yang hidup dikalangan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka berbanding dengan orang tidak mahu hidup dikalangan manusia dan merasa lemah dan tidak sabar dengan mereka.
Cinta
Ya, kita muda. Ya ,kita ingin mengenali dunia.
Ya, kita sudah dewasa. Ya, kita sudah pandai menjaga diri.
Tapi, ketahuilah...
Syaitan itu licik dan sangat pandai dalam menjatuhkan manusia.
Wahai adikku,
Bila semua hendak ber'couple'..kita pun cemburu..
Bila semua hendak bertunang..kita pun mula risau..
Mula risau akan nasib dan jodoh kita.
Tapi,
ketahuilah adikku,
perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik.
Jika kau mahukan lelaki bagai Baginda Muhammad S.A.W.,
peliharalah dirimu,perbaikilah akhlakmu sebagaimana Khadijah A.S.
Jadilah yang TERBAIK untuk diri sendiri,
supaya,
yang datang meminta hatimu nanti sudah pasti adalah TERBAIK untukmu,
ketahuilah,peribadi mulia itu kekal hinnga akhir hayatmu,
tetapi kecantikan wajahmu akan pudar dengan berlalunya waktu,
Oleh itu, carilah orang yang mencintaimu kerna IMANmu,
kerna orang yang mencintaimu kerna Allah,
pasti akan membawamu sama-sama ke arah rahmat dan REDHA ilahi...
Wahai adikku,
Jika kau jatuh hati nanti,usahlah kau gusar kerna itu fitrah manusia.
Jika kau sudah bertemu jododmu nanti, katakan padanya mintalah restu dari ibu dan ayah.
Peliharalah hubungan itu berlandaskan syariat Allah.
Jagalah ikhtilat dan perhubungan mu dengan rakan-rakan lelakimu.
Ketahuilah, bahawa adikku ini cantik orangnya,
Wajah yang cantik ini jugalah dijadikan senjata bagi merosakkan iman bagi mata yang melihatnya.
Bagi jiwa kotor dan rosak hatinya mungkin tertawan dengan kecantikan luaran itu,
maka, adikku berhati-hatilah dalam memilih pasanganmu kelak.
Wahai adikku,
Wanita mukminah ibarat permata yang mahal ditutup rapi hanya untuk tatapan orang yang layak sahaja.
Contohilah ibu kita yang hanya setia dan kasih pada suaminya ,
Ibu kita yang berpegang teguh dengan cinta murni yang lahir dari sebuah perkahwinan.
bukan hendak akak katakan HARAM untuk jatuh hati dan menyayangi...
tetapi, adalah lebih baik untuk disimpan CINTA dan
kemanisan mengucapkan tiga kalimah keramat itu hanya untuk suamimu.
Tapi, andai kau berpisah dengannya sebelum berumahtangga kelak, ketahui jugalah..
Bahawa Allah mempertemukan kita dengan orang yang salah,
Supaya kita akan memilih pasangan kita kelak dengan sebab yang betul...
TUJUAN BELAJAR,
Setibanya adikku di sana nanti,
Dua tahun getir itu mungkin juga boleh jadi batu loncatan bagimu,
SPM itu bukanlah segala-salanya.
Yang bijak itu belum tentu menjanjikan pekerjaan yang lumayan,
Yang bijak itu belum tentu menjanjikan hidup bahagia.
Cukuplah kalau kita hidup bersederhana,
Wahai adikku,
Kepandaian itu diperoleh dengan BAKAT.
Tetapi boleh juga dicapai dengan USAHA.
kalau kita berusaha dan berserah padaNya,
yakinlah apa yang dikurniakan itu TAKDIR kita.
Itulah yang terbaik buat kita.
Surah 2: 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Kita belajar bukan untuk mencari harta dunia semata-mata.
Tetapi untuk mencari bekalan untuk akhirat juga.
Niatkan hati supaya ikhlas dalam belajar,
LILLAHI TAALA jangan lekas lekang dari hati mu..
Kalau teruskan juga kerja tanpa IKHLAS,
kalau kau KECUNDANG,
kelak pengakhiranmu nanti hanya tinggal rasa PENAT.
kalau kau ikhlas, sudah pasti kau akan rasa SYUKUR.
DOA
Kita yang jauh daripada pandangan ibu dan ayah,
Syaitan itu akan sentiasa menghasut kita,
Iman kita bukan sentiasa di atas,
Sekejap banyak,sekejap sedikit,
bertambah dan berkurang,
Maka,
Berdoalah supaya kita sentisa dikurniakan kekuatan untuk sentiasa berdoa padaNYa,
Berdoalah supaya kita masih lagi merasai nikmat hidayah ALLAh,
Berdoalah supaya kita tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah,
Kadang-kadang kita malas,
kadang-kadang kita lupa,
kita manusia,
tidak sempurna.
Kalau kau jauh dari Allah,dan tidak pula berdoa padaNya,
makin jauhlah kita daripaNYa.
Allah tidak akan mengubah nasib kita, kalau bukan diri kita sendiri yang mengubahnya.
Orang boleh menghulurkan tangan untuk membantu, tapi kita yang kena kuat untuk berpeganag teguh dengan huluran tangan itu,
kalau kau tepis tangan itu, siapa lagi yang dapat membantu...
Salam sayang dari kakakmu yang jauh dirantau orang,
sudah hampir setahun tidak kuketemu,
sudah lama ku tidak mendakap mu,
sudah terlalu lama ku tidak dapat menjagamu..
Akak harapkan yang terbaik buat Hajar....
Berusahalah bersungguh-sungguh,
Jikalau kau patah hati, putus asa atau bersedih hati,
carilah Allah...
melalui ibadah,melalui rakan-rakan solehah,atau buku-buku motivasi..
Kalau adikku ini perlukan akak,
utuskanlah surat,tinggalkanlah sms, miscoll pun takpe..curahkan segalanya.
akak pasti setia berada di sisimu..
TAHNIAH again..!!! Gambatte neh!!!
p/s: kalau dah ada email,skype,add akak okey..nnti jangan lupa online selalu...
2 comments:
Post a Comment